View: 4992|Reply: 47
|
Di Mana Mawi? Terperangkap Di Alam Bunian?
[Copy link]
|
|
"Firasat saya sebagai seorang ibu boleh merasakan dia masih hidup, namun saya tahu dia tidak akan pulang ke rumah," luah Rozita Abu Hassan, 64, yang juga ibu kepada Muhamad Asmawi Jalaludin.
Foto: Harian Metro
Sebelum ini, media melaporkan Muhamad Asmawi yang mesra dengan panggilan Awi hilang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari taman permainan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini, pada 9 Mac 2008.
Menceritakan semula pengalamannya itu, Rozita berkata, dia mencuba pelbagai ikhtiar termasuk mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional bagi mengenal pasti lokasi Awi yang hilang ketika berusia 11 tahun.
"Dari Kuala Lumpur hingga Langkawi, Kedah, saya pergi untuk mendapatkan khidmat daripada pengamal perubatan tradisonal sementara menunggu perkembangan daripada pihak polis. Namun, semuanya (pengamal perubatan tradisonal) menyatakan Awi ada (masih hidup) tetapi sudah pergi jauh.
"Malah, ada yang menyatakan dia terperangkap dalam alam bunian. Sepanjang tempoh lebih 10 tahun kehilangannya, saya mimpi dia setiap hari. Namun sejak dua tahun kebelakangan ini, sudah tiada lagi mimpi sebegitu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Permai 5, Pantai Dalam, di sini, semalam.
Rozita berkata, dia sudah berhenti mencari Awi sejak 2015 selepas pelbagai usaha dilakukannya menemui jalan buntu apabila anak bongsu daripada sembilan beradik itu belum ditemui sehingga kini.
"ernah juga saya berangan akan ada lelaki dewasa sebaya dia kini yang berusia 24 tahun muncul di hadapan pintu rumah ini memberi salam dengan harapan bahawa lelaki berkenaan adalah dia.
"Tiada apa yang boleh saya buat kini. Hanya mampu meluahkan rasa rindu kepadanya dengan bercerita pada anak-anak lain atau menatap gambar swafoto terakhir yang diambil Awi sendiri sebelum dia hilang," katanya.
Menurutnya, dia ada bertanyakan kepada polis mengenai status siasatan berkaitan kehilangan Awi dan difahamkan kes berkenaan masih berjalan meskipun tiada petunjuk baru diperoleh.
"Setiap kali saya rindukan dia, saya akan bacakan surah al-Fatihah. Sukar untuk saya membayangkan keadaan dia ketika ini memandangkan muka dia tidak mungkin lagi sama seperti kali terakhir kami melihatnya.
"Bagaimanapun saya reda dengan apa yang berlaku kerana saya percaya ini adalah ketentuan Ilahi," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kerichi ada bunion ke chuols...? |
|
|
|
|
|
|
|
tengok documentary luar negara
mmg ramai kanak2 hilang
dr taman permainan
sedang main2
parents leka je kanak2 tu pun hilang |
|
|
|
|
|
|
|
banyak gak kes kanak-kanak hilang yang tak terungkai sehingga kini.....
adik Sharlinie, adik Ting Song Seng antara yang masih misteri...
macam manalah keluarga diorang berdepan dgn kisah trajis ni selama bertahun-tahun agaknyer yer..... |
|
|
|
|
|
|
|
BicaraHatiku: Kerichi ada bunion ke chuols.. ...
Ada uols.. dulu ada orang hilang dalam 3 hari. Dia kata dia masuk perkampungan tu tak sampai sehari. Perkampungan tu dekat atas bukit @BicaraHatiku |
|
|
|
|
|
|
|
ai pelik anak2, lelaki rupa helok anak2 orka tak hilang kene rembat dek bunian plak ya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ellejo: ai pelik anak2, lelaki rupa he ...
Kaka nak cakap budak ni tak cute ke? [em:3:]
|
|
|
|
|
|
|
|
klu hilang dlm alam jin, patut gomen tubuhkn jawatankuasa penyelarasan hubungan jin sedunia.. lantikla sorg menteri dari UMNO ke.. pstu
AJK tu terdiri dari kalangan expert psl jin, bole runding dgn jin2 yg ada dlm malaya ni, utk dptkn info jin mana culik bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 28-10-2021 12:35 PM
klu hilang dlm alam jin, patut gomen tubuhkn jawatankuasa penyelarasan hubungan jin sedunia.. lantik ...
Comment paling win. |
|
|
|
|
|
|
|
Agk2 dh brapa byk makcik ni brabeh kt bomoh utk bwk blk ank dia? |
|
|
|
|
|
|
|
serious ahhh ..bukankah bunion suka tempat2 sunyi dan murni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau iol ni ada kuasa psikik
Iol nak tolong mak pak yang hilang anak ni
Ala2 cam movie gitu |
|
|
|
|
|
|
|
pedihnya kalau anak hilang gini. kot la mati sng cerita. bila hilang kdg2 mak2 ni mai terfikir apa la nasib anak dia, jd hamba ke?jd peminta sedekah ke?kalau dijaga elok oleh org lain takpe la jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana semua yg terer tenung nampak rasa bagai? Xkan xboleh track? |
|
|
|
|
|
|
|
yesss
bajet 1 tahun...600juta lulus...kan kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
BicaraHatiku replied at 28-10-2021 12:47 PM
serious ahhh ..bukankah bunion suka tempat2 sunyi dan murni..
Bukit tu sunyi murni.. sekarang ni dah ditarah jadi bukit gasing. Sian bonian kampung dah ditarah |
|
|
|
|
|
|
|
BicaraHatiku replied at 28-10-2021 12:47 PM
serious ahhh ..bukankah bunion suka tempat2 sunyi dan murni..
Bukit tu sunyi murni.. sekarang ni dah ditarah jadi bukit gasing. Sian bonian kampung dah ditarah |
|
|
|
|
|
|
|
dah 13 thn berlalu.. ntah hidup ntahkan mati budak Awi ni |
|
|
|
|
|
|
|
tupaiterbang replied at 28-10-2021 04:15 AM
Kaka nak cakap budak ni tak cute ke? [em:3:]
takla. aku tak tengok pun rupa budak tu tapi in general. aku perati org2 laki yg hilang konon diculik bunian semua rupa tak siap. yg kaya raya tak hilang pula. tu belum yg diclaim jin suka dan jatuh cinta.
|
|
|
|
|
|
|
|
ellejo replied at 28-10-2021 04:06 PM
takla. aku tak tengok pun rupa budak tu tapi in general. aku perati org2 laki yg hilang konon dicu ...
Hahaah logik jugak pemerhatian chuolls.
Anyway semoga adik ni baik-baik aje kat mana pun dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|