Bandar raya moden dan futuristik, NEOM di Arab Saudi tidak menolak kemungkinan akan membenarkan penggunaan minuman keras, kata seorang pegawai kanan kepada AFP pada Rabu.
Jika penggunaannya dibenarkan, ia mungkin menjadi titik perubahan untuk negara Islam yang amat konservatif.
Tidak seperti negara-negara Teluk yang mengehadkan warga-warga asing untuk minum minuman keras tetapi ketika ini Arab Saudi melaksanakan pengharaman penuh minuman yang mengandungi alkohol.
Kredit foto: ABC
Pakar-pakar menyatakan, larangan tersebut menghalang lawatan dan minat untuk bekerja di negara beraja tersebut.
Namun, negara itu kini sedang melalui pembaharuan ekonomi dan sosial serta membuka negaranya kepada dunia luar.
Bandar raya NEOM yang bernilai AS$500 bilion (RM2.07 trilion) dan dibina di tepi Laut Merah merupakan salah satu Visi 2030 yang dirancang Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman untuk mempelbagaikan ekonomi negara bagi mengelak penggantungan ke atas pengeksportan minyak.
Ia akan beroperasi di bawah undang-undangnya yang tersendiri dan sedang dirangka.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Tech and Digital Holding Company di NEOM, Joseph Bradley tidak dapat mengesahkan kebenaran meminum minuman keras di bawah undang-undang baharu di bandar raya itu.
Namun, beliau memberitahu 'setiap orang memahami' keperluan untuk menarik kehadiran bakat-bakat asing dan pelancong ke Arab Saudi.
"Kerap kali kami ditanya ialah adakah terdapat alkohol (di bandar raya NEOM)," katanya ketika diwawancara pada Inisiatif Masa Depan di Riyadh.
"NEOM bermakna menjadi kompetitif. Kami mahu yang paling bijak dan terbaik di dunia datang ke NEOM," ujarnya.
Bradley berkata, NEOM akan menggunakan robot dan teksi udara selain akan menyambut kedatangan penduduk dan bisnes menjelang tahun 2025.
Sebelum ini, seorang pegawai Arab Saudi memberitahu AFP bahawa cadangan membenarkan penggunaan minuman alkohol dalam bentuk yang terhad di kawasan-kawasan tertentu atau hanya dikhaskan kepada warga asing sedang dipertimbangkan.
Post time 28-10-2021 10:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalau kt turki..muslim blh mnm kan..i tgk dorg mnm ..cuma time meninggal jer baru baca alfatihah mcm kita..dorg ikut mazhab mana..
i nak bela anjing ..kalau lah kat mesiaa ni blh bela..i nak sekoq
edayildiz: kalau kt turki..muslim blh mnm kan..i tgk dorg mnm ..cuma time meninggal jer baru baca alfatihah mcm kita..dorg ikut mazhab mana..i nak bela anjing .. ...
u jangan sis. masa i hantar barang satu rumah kat Seputeh K.L ni ada penerima nama melayu.
rumah depan dia ada anjing berikat. anjing dia tu kalau kiut takpe la ni jenis anjing polis body besar
nasib baik jenis berikat. rumah pulak takde gate.
masa anak dia keluar tu i is sempat geleng-geleng kepala lepas tu i blah.
You suka yg kedek2, pendek ketot macam bawah ni, ke? Comel, kan.
Ustaz Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir ada ulas topik Muslim membela anjing di radio IKIM 2 minggu lepas. Segala hujah beliau berpandukan nas Al-Quran dan hadis. Sesiapa yg punya keinginan utk bela anjing, boleh la dengar perkongsian beliau ini. Semoga bermanfaat.