Menerusi perkongsian di laman Instagramnya Dr Say berkata, seawal usia anaknya itu 6 bulan lagi isterinya, Dr Azura Abas sudah mulai merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Ace apabila anak lelakinya itu kurang 'eye contact", namun mereka berpendirian untuk "bagi masa dulu".
Di usia 9 bulan satu lagi ciri-ciri autisme muncul apabila Ace tidak memberi tindakbalas apabila namanya dipanggil. Ketika isterinya mula menangis kerana yakin ada yang betul-betul tidak kena dengan Ace, Dr Say masih lagi berbelah bahagi sama ada anaknya betul-betul autisme atau hanya sekadar mengalami perkembangan yang lambat.
Penghujung tahun 2020, di usia anaknya 1 tahun 6 bulan, Dr Say dan isteri membawa anak mereka berjumpa 'child development therapist', namun Ace didapati tidak mempunyai ciri-ciri autisme iaitu tidak mengepakkan tangannya, tidak melakukan perbuatan yang berulang dan tidak menyusun sesuatu di dalam satu barisan dan cuma didiagnosiskan mengalami perkembangan lambat dan antara puncanya seperti yang diakui sendiri oleh Dr Say adalah pendedahan berlebihan kepada 'gadget' seperti telefon mudah alih dan sering dibukakan televisyen untuk Ace.
Ketika itu juga dikatakan masih terlalu awal untuk mengesan ciri-ciri autisme pada Ace.
Foto : Instagram Dr Say
Enam bulan menjalani terapi sehingga usia 2 tahun, pada Oktober 2021 Ace dibawa berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak, Dr Cindy dan didiagnosiskan sebagai 'moderate autisme'. Menurut carian di Google, ciri-ciri 'moderate autisme' ini menyamai ciri-ciri salah seorang anak autisme pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal.
Walaupun sukar diterima dan sedih, Dr Say akhirnya menerima kenyataan anaknya itu merupakan anak istimewa dan walaupun dilarang oleh ibu dan isterinya, dia tetap ingin berkongsi kisah anaknya agar menjadi panduan kepada pada ibu bapa yang lain supaya sentiasa peka dengan perkembangan anak-anak mereka dan tidak alpa seperti dirinya.
[/ig]
Dr Say mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua cahayamata lelaki, Ace atau Aezriel, 2 dan Sefriel, 2 bulan. -
CARI