View: 12635|Reply: 42
|
CEREKARAMA : AIR MATA NURSALINA [TV3 10MLM 18hb SEPTEMBER 2010]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 15-9-2010 23:14
Kerana Salina, Umie Diheret ke Tali Gantung
![](http://photo.murai.com.my/8232010_umieremy%28a%29.jpg)
Teks & foto oleh Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 23 OGOS 2010: Dulu ketika memegang watak kontroversi menerusi filem Dukun, kudrat dan semangat pemegang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-16, Umie Aida, 37, hampir lumpuh kala detik diheret ke tali gantung. Perasaan itu dirasainya apabila penggambarannya menggunakan Penjara Pudu sebagai lokasinya.
Waktu berlalu, selepas mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan,45, pada Mac tahun ini, dia ditawarkan satu lagi watak berat oleh kakaknya, Erma Fatima iaitu sebagai Salina yang menuntutnya untuk beraksi sekali lagi di tali gantung menerusi drama Air Mata Nursalina.
Watak Salina iaitu seorang wanita yang menjadi mangsa keadaan sang suami yang rakus, telah menuntut kesabaran dan ketabahan pelakon itu untuk menjayakan peranan di bilik perhitungan Penjara Kajang, meskipun jauh di sudut hatinya takut jika getaran serupa dirasai kembali.
"Alhamdulillah, kali ini semuanya berjalan lancar. Mungkin juga kerana Penjara Kajang usianya agak baru jika mahu dibandingkan Penjara Pudu. Saya langsung tak merasai pengalaman serupa sebagaimana ketika menjayakan penggambaran filem Dukun dulu.
"Tapi saya masih tidak dapat melupakan kejadian ketika merakamkan babak tali gantung di Penjara Pudu dulu. Menggigil satu badan saya dibuatnya selepas bertanyakan kepada diri sendiri, bagaimana perasaan orang yang nak ke tali gantung.
"Ketika itu, Tuhan saja yang tahu apabila perasaan itu datang kepada saya secara tiba-tiba. Saya beristighfar kepada Tuhan dan terus meminta pembantu saya membawa saya keluar dari sel penjara berkenaan, tanpa mahu membabitkan orang lain. Oleh kerana itulah, babak tali gantung filem berkenaan telah di buat di dalam studio.," katanya.
Umie yang ditemui selepas berakhirnya majlis berbuka puasa dan sembahyang terawih di kediaman mewahnya di Mont Kiara baru-baru ini berkata, berbeza dengan drama Air Mata Nursalina, tiada sebarang kejadian pelik berlaku terhadap dirinya sepanjang pengambaran selama sehari di penjara berkenaan.
Bagaimanapun jelas Umie, drama berkenaan benar-benar menguji kewibawaannya apatah lagi selepas sekian lama tidak beraksi di hadapan lensa kamera. Lebih hebat lagi bila dipertemukan pula dengan hero drama dambaan ramai, Remy Ishak.
Takjub dengan bakat lakonan semulajadi pelakon muda berkenaan, Umie menyifatkan Remy sebagai generasi pelapis yang bukan saja mampu memegang watak dengan cukup mendalam, malahan juga dibekalkan dengan tahap disiplin terpuji.
Menerusi drama arahan dan tulisan Erma itu, Remy telah memegang watak sebagai Afkar iaitu suami kepada Salina yang sama-sama berkahwin atas dasar cinta tapi mendapat tentangan daripada ibu-bapa wanita berkenaan.
Kerana terlalu sayangkan isterinya dan mahu melihat isterinya gembira, Afkar telah terjerumus dengan aktiviti judi yang telah menyebabkan Salina di rogol sebagai ganti rugi. Salina akhirnya membunuh suaminya dengan begitu kejam dan telah mengheretnya ke tali gantung.
"Seronok melakonkan watak ini, kerana saya bergandingan dengan pelakon yang pandai bermain watak seperti Remy. Saya percaya inilah watak paling berat yang pernah di bawa oleh Remy dan dia sesungguhnya seorang pelakon yang sangat berkarektor.
"Malah inilah juga drama pertama saya selepas berumahtangga kerana sesungguhnya saya mahu melepaskan gian selepas begitu lama tak berlakon, lebih-lebih lagi dengan watak berat seperti ini.
"Penat itu memang penat kerana saya terpaksa mengumpulkan seberapa banyak emosi dalam satu babak. Lagipun bukannya ada 3 atau 4 kamera untuk sekali penggambaran, hanya satu saja. Semuanya perlu dibuat berulang kali. Bayangkan habis saja penggambaran, badan saya jadi letih dan terus tidur," katanya terperinci.
Drama Air Mata Nursalina akan ditayangkan di TV3 pada 18 September ini menerusi slot Cerekarama jam 10 malam. |
|
|
|
|
|
|
|
1. cantik umi gambar tuh....dah mcm rupa bini johan raja lawak
2. lakonan umi - sudah semestinya mantap |
|
|
|
|
|
|
|
mesti tonton nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti tonton tp x de heroin muda ke nk dipsngkan ngan Remy Ishak. Atau mmg kisah dia perempuan berumur berkahwin ngan lelaki yg lbh muda, sbb tu m'dpt tentangan dr keluarga. Mmg suka tgk lakonan Umie tp x sesuai bila dipsngkan ngan Remy Ishak. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka giler ngan Umi.Lakonan dia mmg lagenda sgt.Tak pernah keciwa...x sbr nk tguu nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# jue7269
yup.. rasanya ni kisah isteri lg tua dpd suami.. ok kot umie & remy |
|
|
|
|
|
|
|
1. cantik umi gambar tuh....dah mcm rupa bini johan raja lawak
2. lakonan umi - sudah semestinya ma ...
Syd Post at 24-8-2010 06:43 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
YUP...LAKONAN UMI MMG TERBAEKKKKK![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
xbpe minat umi. biasa2 jah. tp cite cam best! harus tgk nih. ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar nak tengok cite ni.....![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
1. cantik umi gambar tuh....dah mcm rupa bini johan raja lawak
2. lakonan umi - sudah semestinya ma ...
Syd Post at 24-8-2010 06:43 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
syd, mcm bini johan raja lawak? ozlyn kah? jauhnya la hai mummy rasa....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
harus berada di depan tv menontonnya... |
|
|
|
|
|
|
|
macam best jalan citer, kene tengok ni |
|
|
|
|
|
|
|
a'ar cam best jek kan....
pehh.....beriyer....si umi ni puji2 mr. remy......![](static/image/smiley/default/shy.gif)
hmmmm...mesti tgk...harusssss![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
iyelah.. promo utk drama kakak dia jugakkk.. kenelah beria2.. |
|
|
|
|
|
|
|
harus nengok ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
remy dan umie bduet utk lagu tema ceta ni..xsabar nak dgr sora remy..umie dok puji sora remy ni blh jual.. |
|
|
|
|
|
|
|
remy dan umie bduet utk lagu tema ceta ni..xsabar nak dgr sora remy..umie dok puji sora remy ni blh ...
vee_168 Post at 29-8-2010 12:40 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ye ker....mesti best kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# adifrs
ye kot.. johan nawawi pun duk muji2 suara dia.. tone sedap katanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|