Pendedahan mengejutkan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq yang mengaku dirinya tidak divaksin dan membawa jemaah yang tidak divaksin ke Tanah Suci, mendapat reaksi dari perlbagai pihak termasuklah pengacara dan penyampai radio terkenal, Haniff Hamzah.
Kredit foto: IG Abu/Haniff
Menerusi Twitter, Haniff tidak menolak Malaysia bakal mendapat masalah sekiranya kerajaan Arab Saudi mengambil tindakan berhubung isu jemaah tidak divaksin dibenarkan untuk menunaikan Umrah.
Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa bimbang sekiranya pelaksanaan dan tindakan sedemikian akan diambil sekaligus akan melarang Malaysia untuk menghantar jemaah ke Mekah kelak.
Terdahulu, Murai MY melaporkan Abu Syafiq membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia adalah individu yang membawa jemaah yang tidak divaksin ke Mekah. Malah, dia turut mengakui tidak mengambil imunisasi untuk mencegah wabak COVID-19 itu.
Sumber: Murai |