View: 362|Reply: 0
|
[Kedah]
Pesawat tergelincir landasan, juruterbang pelatih cedera
[Copy link]
|
|

Anggota bomba memeriksa keadaan pesawat yang tergelincir landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hari ini. Foto Ihsan JBPM
Langkawi: Juruterbang pelatih terselamat apabila pesawat ringan digunakan untuk latihan penerbangan tergelincir landasan ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di sini, malam ini.
Bagaimanapun, juruterbang berusia 28 tahun yang mengendalikan pesawat jenis Diamond-14 itu mengalami kecederaan ringan di pinggang dan lutut kedua-dua belah kakinya dalam kejadian pada 8.10 malam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.15 malam.
"Seramai 13 pegawai dan anggota bersama empat jentera termasuk masing-masing sebuah jentera tangki air dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.
"Setiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah pesawat latihan tergelincir landasan ketika melakukan pendaratan," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Sayani berkata, anggota bomba mendapati seorang mangsa mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.
"Mangsa dikeluarkan oleh anggota Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) sejurus ketibaan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi.
"Pasukan bomba masih membuat pemantauan dan pada masa sama menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|