View: 318|Reply: 0
|
[Kedah]
Kawasan Bebas Berniaga dilanjutkan hingga hujung tahun
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Kerajaan negeri Kedah akan melanjutkan Kawasan Bebas Berniaga sehingga hujung tahun ini bagi terus membantu meringankan beban peniaga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), hari ini untuk memberi ruang atau tempoh persediaan membantu peniaga menghabiskan stok makanan dan barangan mereka.
Beliau berkata, ia bagi memberi peluang kepada peniaga terbabit untuk mencari alternatif lain agar dapat berniaga menggunakan saluran perundangan dibenarkan seperti berniaga di kawasan berpremis dan memohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Memandangkan bulan Ramadan dan Aidilfitri semakin hampir, tempoh persediaan diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu peniaga dan penjaja kecil menambahkan mata pencarian sebelum mereka berpindah dan mencari kaedah lain untuk kelangsungan hidup.
"Mereka yang ingin berniaga disarankan untuk berniaga di tapak disediakan PBT masing-masing," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Pada 25 November 2020, kerajaan negeri memutuskan melaksanakan Kawasan Bebas Berniaga di Kedah dan ketetapan itu berkuat kuasa sehingga ke semua fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.
Dr Mohd Hayati berkata, kerajaan negeri bersetuju menamatkan pelaksanaan Kawasan Bebas Berniaga di Kedah berkuatkuasa pada 31 Disember depan.
Pada masa sama, turut mengingatkan peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan dapat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama menjaga penjarakan fizikal dan mengimbas MySejahtera.
"Individu yang mempunyai simptom seperti batuk, selsema atau demam perlu membuat ujian saringan Covid-19 dan menjalankan kuarantin kendiri sekiranya positif.
"Umat Islam yang akan melaksanakan solat sunat tarawih di masjid atau surau diingatkan sentiasa mengambil berat kesihatan diri walaupun solat jemaah sudah boleh rapatkan saf," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|