1. Semua forumer fans CTCARI yang berdaftar SAHAJA berhak mengemukakan penilaian terhadap lirik yang dihasilkan peserta.
2. Pemberian kredit terhadap komen adalah lumayan!
3. Tidak dibenarkan segala cacian yang keterlaluan, provokasi melampau, lucah sepanjang penilaian.
4. Anda MESTI menilai kesemua lirik lagu. Jika ketinggalan salah satu lirik peserta, maka markah penilaian anda setiap peserta tidak akan dimasukkan dalam data.
5. Peserta TIDAK dibenarkan menilai lirik lagu kepunyaannya dan juga peserta lain. Penilaian ini hanya terbuka kepada ahli fans CT CARI yang tidak menyertai pertandingan ini.
6. Selepas menilai dan memberi komen, sila namakan "lirik lagu raya" yang berjaya memenangi hati anda. 7. Akhir kata - setiap fans CT CARI mempunyai hak untuk menjadi juri bagi pertandingan ini.
1. Penilaian adalah dalam bentuk 10p. Min point: 0 & Max point: 10 . Setap satu kriteria diperuntukkan point tertentu.
2. Kriteria yang digunakan semasa mengomen: (Pastikan anda tidak mengubah markah bg setiap kriteria!)
(i) Keaslian lirik 2/2- adakah penulis berjaya membuktikan lirik lagu rayanya "asli", unik dan berlainan berbanding lirik lagu asal darimana lagu itu diambil?
(ii) Komposisi lirik 4/4 - adakah tajuk lagu sesuai dengan "content" lirik tersebut? Jika lagu bercorak kegembiraan, adakah lirik lagu seragam dengan tema tersebut? (iii) Gaya bahasa 2/2- Tentukan gaya bahasa - samaada peserta berjaya menggunakan teknik gaya bahasa melayu yang baik, menaikkan aroma lirik tersebut dan tidak bersifat provokasi serta lucah. (iv) Kesesuaian lirik lagu dengan CT 2/2- jika ditakdirkan CT menyanyikan lagu raya peserta tersebut, adakah anda rasa lirik mereka layak mendapat keistimewaan itu? Adakah lirik tersebut boleh menyebabkan CT menangis sendu, berjoget mesra atau bertempak gembira?
3. Anda boleh pilih untuk memberikan komen selepas menilai. Penilaian tanpa komen mendapat kredit juga.
4. Pastikan anda tidak lupa menilai kesemua lirik lagu raya!
5. Sample :-
Lirik no. 1 (Tiada kaitan dengan peserta no.1)
Penilaian: 1. keaslian - 1.5/2 2. komposisi lirik - 2.4/4 3. gaya bahasa -0.8/2 4. Kesesuaian lirik lagu dengan CT - 0.5/2
Komen: Anda berjaya membuktikan anda bukan penulis lirik yang bertanggungjawab! Sudahlah teknik gaya bahasa sangat malap, malah saya seperti tertanya-tanya di mana tema lirik lagu raya anda... Saya jamin CT takkan pandang lirik anda, malah pihak SNP akan mengoyak-ngoyak kertas sehingga yang ternampak di mata anda, hanyalah cebisan tinta dakwat hitam yang tertulis lirik tersebut!!
Lirik no. 2 (Tiada kaitan dengan peserta no.2)
Penilaian: 1. keaslian - 1.2/2 2. komposisi lirik - 3.6/4 3. gaya bahasa - 1.9/2 4. Kesesuaian lirik lagu dengan CT - 1.7/2
Komen: Wah, saya rasa seolah-olah berada di dunia kayangan. Impak penggunaan gaya bahasa yang sangat persis dan berbunga bakal membuka hati pendengar! Tema amat bersesuaian dengan lirik lagu. Penulis berjaya mengolah isi hati nuraninya dalam nukilan lirik tersebut. Namun, di sebalik segala kesempurnaan, terserlah jua kepincangan yang mana lirik anda seakan-akan lirik lagu asal tersebut. Pastikan anda terus menyerlahkan bakat terpendam itu!
1. Pilih lirik lagu raya terbaik dari kalangan peserta. 2. Cth: