View: 7520|Reply: 74
|
Ruhainies Rapat Dan Manja Di Set Supaya Pelakon Lelaki Selesa Dengannya
[Copy link]
|
|
Ruhainies, 29, selesa bersikap manja dan sangat mesra di lokasi penggambaran bersama rakan pelakon lelaki yang bergandingan dengannya untuk mewujudkan keserasian.
Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ditemui berkata penting untuk dia menjalin hubungan mesra, baik dan rapat dengan rakan pelakon lelaki yang menjadi pasangannya untuk melancarkan kerjasama mereka.
Foto: IG
"Ketika di lokasi penggambaran, saya tidak hanya rapat dan mesra dengan pelakon lelaki yang menjadi pasangan saya saja. Sebenarnya, saya baik, rapat dan mesra dengan semua pelakon lelaki dan juga perempuan. Termasuk, dengan kru produksi.
"ada saya, apabila saya datang ke set penggambaran, saya nak semua orang 'happy'. Kalau 'mood' saya sendiri tak okey, nanti semua orang mesti tak okey juga. Nanti, seluruh set akan jadi 'sendu' dan saya tak nak macam itu.
"Saya nak orang 'happy' walaupun diri saya tidak sihat. Biasanya, saya akan pastikan makan ubat tahan sakit atau apa saja yang sesuai dulu untuk bagi saya bertenaga semula. Sebabnya, saya tak nak 'effect' orang lain di set, kalau sakit," katanya kepada Harian Metro.
Terbaharu, Ruhainies kini terbabit dengan penggambaran drama Sorry Naik Lori bergenre komedi sebagai watak Nadia yang begitu terpengaruh dengan media sosial. Drama ini juga adalah siri original iQIYI Malaysia.
Berbicara lanjut mengenai sikap positif dirinya itu, Ruhainies berkata dia memang manja dengan semua orang. Tegasnya, sama ada pelakon lelaki dan perempuan, pendekatan dilakukan tetap sama bagi memudahkan kami membentuk keserasian sewaktu bekerjasama.
"Saya memang nak orang mudah rasa selesa dengan saya. Tak mahulah orang rasa janggal atau orang takut-takut dengan kita. Saya tak nak situasi yang sebegitu ketika bekerja," katanya.
Ruhainies berkata dengan aura positif dan ceria dibawanya dalam diri juga membuatkan dia kelihatan 'awet muda'. Katanya, sekarang kalau orang tanya berkaitan perkahwinan pun boleh ditepis lagi.
Sebelum ini, Ruhainies pernah mencetuskan gosip sensasi bersama pelakon Zul Ariffin berikutan hubungan mesra dan rapat mereka ketika membintangi drama Wifi Sebelah Rumah pada Mac lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama tak dengar khabar si kemut ni. Ni Baru ada, tapi kisahnya tak lain tak bukan, pasal lelaki/jejantz.. |
|
|
|
|
|
|
|
masih dgn cerita jejantans xsudah2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tu bukan manja dik, tu namanya gedix. |
|
|
|
|
|
|
|
Because you are cheap, plain and simple. |
|
|
|
|
|
|
|
sewel nya lah pelakon pelakon yang keluar statement garit macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
azie5zoe replied at 27-6-2022 04:45 PM
Tu bukan manja dik, tu namanya gedix.
Nama lain menggeletis |
|
|
|
|
|
|
|
kemut dan ja tan berpisah tiadaaaa. hahahaha.. okay tunggu @Kurex juga ni.. hahhahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Mana @Kurex sila hadirrrr memberi sepatah dua kata |
|
|
|
|
|
|
|
???????????? Ok dik..
akak suka dengan keyakinan ko..
walaupunnnn????????????????
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dgn suami orang pun nak bermanja ke, nak dptkan chemistry teruk benar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn la jual murah sgt dik |
|
|
|
|
|
|
|
Ah bimbo ni. Sidai tepi je la |
|
|
|
|
|
|
|
dgn watak mak2 xde lak ko nak manje mcm ni..ngan hero je kan...nmpk sgt..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap nampak ok..kejap mcm byk bedak lak |
|
|
|
|
|
|
| |
|