CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5717|Reply: 34

Mentor 4 raya catat 3 juta penonton atasi Stylistika CT and Fenomena FT

[Copy link]
Post time 1-10-2010 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Mentor Raya, Air Mata Nur Salina hebat    Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
2010/09/30              
   
   
              
KEJAYAAN diraih Mentor Musim ke-4(Edisi Raya) apabila mencecah rating hampir tiga juta penonton selepasditayangkan di TV3 pada Aidilfitri lalu.Menurut hasil kajian AGB Nielsen, TV3 terus mendominasi peratusanpenonton berbekalkan pelbagai sajian program Aidilfitri yang menarikdengan tagline, Sinari Lebaran.

Lebih hebat lagi, Mentor Edisi Raya mengatasi program StylistikaSiti dan Fenomena Faizal Tahir yang mencecah rating lebih sejutapenonton.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,Datuk Seri Mohd Farid Ridzuan, berkata, kejayaan Mentor Edisi Raya itudisebabkan ia menampilkan kelainan daripada mana-mana stesen TV lain.

“Kami sentiasa membuat kajian pendekatan terkini agar semualapisan penonton terhibur di musim perayaan ini. Kami juga memastikanartis yang diundang dalam program kami bukan artis sama dengan stesenTV lain kerana ada artis yang terlalu ‘over exposed’ di kaca TV,”katanya.

Farid berkata, telefilem Air Mata Nur Salina arahan Erma Fatimayang menampilkan lakonan hebat Umie Aida, Remy Ishak dan Ady Putra pulaberjaya mencecah seba­nyak 2.5 juta penonton.


“Manakala, filem Blokbuster Jangan Pandang Belakang Congkak menjadipilihan utama malam raya pertama dengan jumlah penonton sebanyaksebanyak 2.6 juta hingga melonjakkan rating TV3.

“Program menarik lain yang disiarkan adalah Akustika 2010, AnuarZain: Semuanya Untukmu, Hikayat, Bas Raya, Melodi Raya, Ewah-Ewah Raya,Sebenarnya... Black, Saya Terhebat, Manikam Kalbu, Madrasah Di PinggirSyurga dan Salam Mangkassara.


“Antara program yang meraih jumlah peratusan tinggi ialah SampaikanRaya 2010, Syawal Pertama, Bas Raya, Bang Bang Boom Raya, Ewah-EwahRaya, Cheritera dan Manikam Kalbu dengan kadar melebihi 1 jutapenonton.

“Filem blockbuster seperti Momok The Movie, Kecoh Betul, Susuk,Syurga Cinta, Senario The Movie, Jin Notti yang ditayangkan sejak HariRaya Pertama hingga Hari Raya Ke-10 pada waktu perdana pula mencecahrating hampir tiga juta penonton,” jelasnya.

Farid berkata demikian ketika majlis rumah terbuka Media PrimaBerhad (MPB) yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baruini.

Menurutnya, stesen nombor satu yang mencecah usia 26 tahun juga telus dalam soal pemilihan drama yang disiarkan di TV3.

Sementara itu, rumah terbuka MPB yang dihadiri lebih 1,500 tetamudisemarakkan dengan kehadiran Menteri Penerangan, Komunikasi DanKebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bersama isteri.

Hadir sama, Pengerusi MPB, Datuk Johan Jaafar; Pengarah UrusanKumpulan MPB, Datuk Amrin Awaluddin; Pengarah Eksekutif Berita danOperasi Editorial MPB, Datuk Ahmad Abd Talib; Ketua Rang­kaian RadioMPB merangkap Ketua Pegawai Operasi Alt Media dan Pengarah Eksekutif8TV, Ahmad Izham Omar serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, KumpulanAirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun.
  
Majlis disemarakkan dengan persembahan artis popular tanah airseperti Faizal Tahir, Adibah Noor, Aizat, Black dan Jaclyn Victor, IfaRaziah dan Roslan Shah.

Artis popular lain yang hadir termasuklah Datuk Siti Nurhaliza dansuami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Rozita Che Wan, Farah Ashikin, AzharSulaiman, Yatt, Sharifah Shahirah, Kartina Ayub, Tam Suhaimi, EryPutra, Rozie Rashid, Hans Isaac, Fouziah Gous dan Iqram Dinzly.

Tidak ketinggalan, Komposer terkenal Ramli MS, Ahmad Idham, Aziz MOsman dan Azwan Ali. Barisan personaliti MPB yang hadir ialah AhmadFedtri Yahya, Azizah Ariffin, Aidit Marcello, Adriana Aris, FaraFauzana, Karl Shafek dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2010 11:45 AM | Show all posts
dah semstinya 3 juta penonton tu disebabkan peminat setia ziana zain adalah yang terbesar kan...hehehehe

cayalah!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 06:40 PM | Show all posts
tapi cimut x penah nengok pon....adesh....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 08:15 PM | Show all posts
saya lagi laa ketinggalan ketapi, tak tau pun Mentor tu wujud lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 08:54 PM | Show all posts
cam too gud to be true lol
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 09:03 PM | Show all posts
orang nak tgk kak ziana zain RAP malam tu...tu pasal la rating naik..hari ahad plak tu kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2010 10:40 PM | Show all posts
dah semstinya 3 juta penonton tu disebabkan peminat setia ziana zain adalah yang terbesar kan...hehe ...
the_builder Post at 1-10-2010 11:45



    hmm aku pun rasa mcm tu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 11:51 PM | Show all posts
saya lagi laa ketinggalan ketapi, tak tau pun Mentor tu wujud lagi..

kroit92 Post at 1-10-2010 20:15

cimut tau still wujud pon coz kak ziana jadik mentor... hikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2010 09:04 AM | Show all posts
wow! x sangka! tahniah... tp mungkin betul faktor rating tinggi adalah disebabkan ade nye kak ziana... kite minat sgt kak ziana
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 11:21 AM | Show all posts
mentor TV3.....program CT n FT tu kat astro..

teknikali   program astro takkan cecah 3 juta penonton mcm tu, pelanggan astro ada 1 juta lebih je...

sebab tu konsert mingguan mentor pun rated higher than AF tapi pengaruh AF jauh lebih kuat....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 04:44 PM | Show all posts
adakah disebabkan penonton ingin melihat aksi ZIANA 2006 @ CLONE????
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 10:59 PM | Show all posts
mentor ni tak menyumbang kemajuan dalam industri pown. Vote banyak2 duit tu bukan dapat naikkan kualiti muzik
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 11:49 PM | Show all posts
hmm....iye lah tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 07:36 PM | Show all posts
wow,, Tahniah Mentor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2010 08:10 PM | Show all posts
mentor TV3.....program CT n FT tu kat astro..

teknikali   program astro takkan cecah 3 juta penon ...
sampobo Post at 2-10-2010 11:21


Eh hello, nak cakap tu buatlah research dulu dik... Stylistika CT and Fenomena FT tu program TV3 lah. tak der maknernyer TV3 nak compare bagai dengan rancangan asteruk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 09:05 PM | Show all posts
reseacrh

okla aku salah...tp nape plak ko yg emo ek?? aku x kutuk sapa2 hatta ko pun...

rilex ar beb...komuniti zianafolks ni bukan besar sgt, kalo ko pk ko fan no 1 n tau semua pasal Kak G...fine, tp berbudi bahasa la skek ek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2010 09:10 PM | Show all posts
reseacrh

okla aku salah...tp nape plak ko yg emo ek?? aku x kutuk sapa2 hatta ko pun...
...
sampobo Post at 3-10-2010 21:05


Emo ker tu??? u trase ker?? i tak sentap pape pun..cuma membetulkan kesilapan. i taip sambil tersenyum lg
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:31 PM | Show all posts







Betul tu... Zeonite tu sekadar membetulkan apa yg telah org ramai terkonfius/terpengaruh dgn info yg Sampobo tersyilap tu...   






Waaaaahhhhh... Semua rancangan tu dari TV3 ya... Hebat ya Ziana Zain...







                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
                  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 07:50 AM | Show all posts
Betul tu... Zeonite tu sekadar membetulkan apa yg telah org ramai terkonfius/terpen ...
elbee Post at 3-10-2010 23:31


Thanks elbee kerana memahami...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 11:44 AM | Show all posts
ni mesti angkara aura kak jena....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.286243 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list