CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3643|Reply: 47

[Tempatan] 81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan

[Copy link]
Post time 5-10-2022 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-10-2023 02:16 PM

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) hari ini mendedahkan 81 peratus atau 2.58 juta daripada 3.2 juta pencarum Bumiputera yang berumur 55 tahun ke bawah memiliki simpanan ‘amat kritikal’ iaitu kurang RM1,000 dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Memetik Utusan, Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Datuk Md Silmi Abd Rahman berkata data yang diperoleh daripada KWSP itu jelas menunjukkan penyusutan ketara penyertaan ekonomi Bumiputera sejak pandemik Covid-19 melanda.

“81 peratus iaitu 2.58 juta ahli daripada 3.2 juta ahli Bumiputera berumur di bawah 55 tahun berada pada tahap simpanan yang amat kritikal iaitu kurang daripada RM1,000.

“Pada masa sama, 75 peratus atau 4.99 juta ahli adalah ahli daripada golongan Bumiputera mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000,” katanya.

Pengeluaran khas seperti I-Citra yang dibenarkan oleh KWSP ketika tempoh pandemik sebelum ini turut menyebabkan simpanan pencarum dalam tabung simpangan itu merosot.

Md Silmi menjelaskan lagi bahawa peningkatan jumlah graduan yang terpaksa bekerja dalam pekerjaan separa mahir sementara menunggu proses pemulihan ekonomi juga menjadi indikator penting yang boleh menjejaskan keupayaan Bumiputera meningkatkan sosioekonomi.

“Pada tahun 2019, dianggarkan sebanyak 40 peratus graduan Bumiputera mampu memenuhi peluang pekerjaan dan peratusan ini menurun kepada 27 peratus bagi tahun 2020.

“Ini menyebabkan lebih ramai graduan terpaksa bekerja dalam pekerjaan separa mahir sementara menunggu proses pemulihan ekonomi.

“Semua faktor-faktor di atas adalah indikator penting yang boleh menjejaskan keupayaan Bumiputera meningkatkan sosioekonomi mereka terutama di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, yang berkait rapat dengan isu pemilikan ekuiti korporat Bumiputera,” katanya.

Justeru, tegas beliau, Teraju telah membangunkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) yang merupakan pelan hala tuju 10 tahun bertujuan memperkasa ekonomi dan sosioekonomi bumiputera.

https://www.agendadaily.com/isu-semasa/81-pencarum-kwsp-bumiputera-miliki-kurang-rm1000-laporan/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 09:41 AM | Show all posts
non bumi x mencarum ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar tembikai, hari2 pergi kerja jalanraya jem ramai2 kereta sesak nak mampus utk apa
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:51 AM | Show all posts
betul ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:53 AM | Show all posts
macam tak percaya....macamana boleh ada <1000 kalau kita gi kerja balik kerja unless x mencarum.
I rasa kalau gaji 3000/sebulan pun, sebulan dh 690. sethn dh 8,280...takkan kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin pencarum 81% ni simpan duit tempat lain mcm ASB, TH. Ntah2 lagi kaya raya daripada pencarum yg ada ratus2 ribu kat kwsp.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai dah keluarkan.. masuk kat instrument lain. Yg spend pun ramai…. Nak tunggu hari tua buat apa sedangan nak survive pun day to day…dah tak boleh dek!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 01:18 PM | Show all posts
masa time cobid kan banyakkk i-sinar i-lestari i-citra sampai la i tercirit

so lagi mau tanyaaa awat tinggal serbuk dalam kwsp? yihhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada kak

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5069316&extra=page%3D1&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap nk tanya kwsp ni kita cuma zakat bila dh dpt nanti kan? Selagi blm dpt x perlu byr kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawah RM1000 ke bawah RM10,000? Mcm pelik sangat data ni.. ke ramai pencarum dah tak memcarum?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 5-10-2022 01:16 PM
Ramai dah keluarkan.. masuk kat instrument lain. Yg spend pun ramai…. Nak tunggu hari tua buat apa  ...

Setuju dengan kak
Cousin & anak saudara yang keluar segala i- selain settlekan apa yang patut, depa juga simpan TH dan accounts bank yang lain bagi memudahkan depa untuk menggunakan masa emergency dan terdesak
Depa kata dah lah kerja di private sector so lagilah kena selalu beringat & berhati2
Alhamdulillah walaupun sekarang ni masih menerima gaji tetap yang lumayan tapi bak kata pepatah 'Langit Tak Selalunya Cerah'
Di tambah kan lagi sekarang ni dengan kenaikan harga barang dan kos kehidupan yang tinggi so memang terasa sangat nilai duit semakin kecil
Aku memang tahu depa2 ni bukan kaki boros dan sentiasa beringat menyimpan duit
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 5-10-2022 01:21 PM
Dah ada kak

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5069316&extra=page%3D1&mobile=2

Larrrr aku tak perasan ni thread baru
No wonder lah aku cari posting aku sebelum ni tak ada, aku ingatkan dah di telan dek bumi tapi rupa-rupanya ini thread baru dengan issue yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 02:44 PM | Show all posts
aku harap data kwsp ni tak menipulah sebab kredibliti dia juga yang hancur bila menipu.

kalau betul data tu memang teruklah. 75 peratus dari 4.99 juta ada simpanan kurang dari 10,000...

dah jadi macam tu, memang ada yang kena kerja sampai matilah ni.. dah enjoy duit kwsp dulu maka kerajaan sepatutnya lepas tangan sahaja untuk golongan yang dah ambik duit ni sebab kalau mereka pentingkan kehidupan selepas 55 tahun mereka kena bajet duit untuk masa itu, kalau dah guna mereka anggap mereka akan mati selepas 55...

jadi, kepada yang dah enjoy duit kwsp sila meninggal semua selepas umur 55 tahun, kalau simpan tempat lain sila hidup lagi kerana anda nampaknya masih ingin hidup selepas 55 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 02:50 PM | Show all posts
aku rasa berita ni agak misleading.
dia nak ckp, daripada yg simpanan bawah 1k, 81% tu bumi.
bukannya 81% bumi, simpanan bawah 1k
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 02:52 PM | Show all posts
mana sumber data dorang dapat ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 5-10-2022 02:50 PM
aku rasa berita ni agak misleading.
dia nak ckp, daripada yg simpanan bawah 1k, 81% tu bumi.
bukanny ...

tu la.. pening aku baca ayat tu.. berpusing2
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tak logik pun ada kan.... tp maybe laa ada some explanation behind these numbers..

Semoga dipermudahkan urusan.. semoga ada bekalan di usia tua dan seterusnya

Somehow di US pun sama.. ramai je geng2 tak beringat and extremely low 401k fund

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:31 PM | Show all posts
topic last week in PBB - employment will prevent destitute & poverty.. persidangan Human Rights Council sedang berlangsung sekarang di Geneva. dah kerajaan Malaysia bodoh tak create peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia, memang la rakyat kejap kerja kejap tak kerja... dah sibuk nak menang pilihanraya je, benda lain tak jalan

yang nampak usaha untuk perbaiki taraf hidup rakyat ni Najib Razak... Pak Lah pertanian untuk kurangkan kebergantungan pada minyak mcm berlaku di Venezuela. PM yang lain haram bawak masuk pelabur asing untuk create peluang pekerjaan

owner2 company kalau betul nak tolong orang ramai, cut expenses pada benda lain tapi lebihkan pada employment dan jangan combine scope of work...ini kalau PA tu dialah segala benda, baik bayar sorang 2,500 untuk 3 jawatan berasingan - daripada bayar gaji sorang staf 8 ribu. so everybody could be employed
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku Salah seorg nye la ni..abis dah duit kwsp Aku.... tp aku ade gak trade saham, emas ade la skt2..tgk la kalo ekonomi Dan politik dah stabil br aku memcarum blk.. nak memcarum pun skrg ni sale sendu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.065491 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list