View: 5422|Reply: 22
|
Melayu sebabkan Portugis jumpa New World di Amerika?
[Copy link]
|
|
Pelayar-pelayar Melayu disebut oleh ahli-ahli sejarah sebagai skilled navigators yang mampu merentas lautan tanpa menggunakan kompas dan peta. Mereka hanya menggunakan angin dan bintang sebagai panduan. Mereka membaca cuaca dengan meneliti bentuk awan dan warna langit, air dan alun serta riak ombak. Melalui pemerhatian terhadap burung dan alun laut mereka dikatakan dapat mengetahui kedudukan sesebuah daratan dari jarak 30 batu dari laut! Jong-jong Melayu pula diperbuat daripada kayu keras dan tidak menggunakan paku. Papan dan kayu diikat menggunakan penyambung kayu dan jika perlu rotan dan akar yang tahan akan digunakan. Jong-jong ini dilengkapi dengan empat layar dan dua kemudi. Setiap jong juga boleh memuatkan barangan seberat 500 hingga 1000 tan melebihi keupayaan mana-mana kapal layar pada masa itu. Menurut Tome Pires dari segi efisiensi jong Melayu adalah lebih baik daripada mana-mana kapal yang wujud pada abad ke 15. Keunikan jong Melayu yang membezakannya dengan kapal-kapal lain ialah semenjak beberapa abad sebelum masihi sehingga 4 masihi adalah kebolehannya meredah angin dan justeru itu meneroka lautan yang luas dan dalam.
Setelah melihat kehebatan jong-jong Melayu ini selama berabad-abad berniaga, bangsa-bangsa pedagang lain seperti India, china, Arab sehingga sepanyol dan portugis mula meniru teknologi yang dipakai oleh orang Melayu. Teknologi unik yang membolehkan orang Melayu meredah badai ini adalah layar yang berbentuk empat segi yang dipasang satu didepan dan satu di bunyikan jong. Layar ini dicondongkan ke bawah dan boleh pula dipusing-pusingkan ke kiri atau ke kanan. Layar istimewa ini membolehkan jong Melayu meredah dan menentang badai dengan mudah dengan cara menghadapkannya di bahagian hadapan kepada tiupan angin secara menyerang. Layar empat segi di belakang dipusingkan untuk memerangkap angin tadi supaya ianya bertiup secara terlencong ke hadapan menolak layar-layar di tengah melawan badai. Justeru jong dapat bergerak kehadapan secara menyerong. Dengan memanipulasikan layar empat segi secara menggilirkan pusingannya maka jong dapat berlayar terus menerkam menentang tupan angina dan badai mengikut laluan zig-zag. Dengan menggunakan layar ini para pelayar Melayu mempunyai banyak competitive advantage untuk berdepan dengan pedagang lain. Mereka boleh ke China, India, yaman, malahan mungkin Madagaskar dan Mesir pada bila-bila masa mereka suka tanpa menunggu tiupan angin yang sesuai.
Penggunaan teknologi ini bertahan ditangan orang Melayu sehingga abad ke 1 sebelum masihi dimana para pelayar Arab yang berdagang sekitar lautan Hindi mula menirunya. Pada abad ketiga selepas masihi pelayar Arab mula menggunakannya di lautan meditranien. Iainya kemudian ditiru oleh pelayar portugis pada abad ke 15 masihi. Dengan menggunakan teknologi inilah kapal-kapal portugis dapat berlayar merentas badai sehingga ke Melaka dan kemudian menemui New World di Amerika. Satu lagi teknologi ciptaan Melayu ialah outrigger yang menjadi pengimbang untuk menstabilkan perahu induk. Dengan perahu yang menggunakan outrigger ini orang Melayu berhijrah 3000 batu ke barat menduduki pulau madagaskar dan berbelas batu ke selatan menduduki pulau-pulau pasifik semenjak millenium sebelum masihi. Pendek kata sifat berani orang Melayu telah wujud sejak 5000 tahun sebelum masihi lagi!
Artikel Penuh |
|
|
|
|
|
|
|
melayu mana ader sumbangan yang bagus dalam sejarah manusia.. yer tak... |
|
|
|
|
|
|
|
apsal tak laku thread ni?? takpele meh aku tolong.
mmg ade seciput le sumbangan bangsa melayu. tapi seciput ajele dan itupon zaman dulu. zaman skang??? hampehhhh..
tuan tanah pegi dekat sungai melaka tu. celup 2 tgn dlm air sungai. angkat tgn. air yg membasahi tgn itulah byknya sumbangan melayu kepada dunia. air yg tinggal dlm sungai itulah byknya sumbangan barat kepada tamadun melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam biasa la... sumbangan orang Melayu ni takkan didedahkan.... oleh org Melayu jugak... mat saleh tu lagi la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai mat saleh pun sanggup datang ke Pulau Duyung... nak buat kapal layar... |
|
|
|
|
|
|
|
yang jumpa amerika bukan orang viking ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulannya, sesuatu bangsa yg nak maju kena tiru pembuatan barangan bangsa lain dan kemudian membuat penambahbaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang jepon mengambil cara ni untuk memajukan negara mereka...lihatlah hasilnya. Tak salah meniru, lagipon zaman tuh mana der copyright punya akta lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Org Sepanyol yg jumpa New World aka America, bukan Portugis... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by koboi at 16-10-2010 17:35
wah
benda benda mcm gini patut diketengahkan
patutnya pehak berwajib perlu round the world utk cari kalau kalau ada lagi peradaban melayu yg digunapakai dunia cam gini
barulah jatidiri melayu tegak berdirilepas tu buat dokumentari, abadikan dalam buku sejarah
ngiang ngiangkan kepada hamba rakyat
bukan mcm skrng, apa yg ada dinafikan
apa yg ada dikurang kurangkan
apa yg dipunya, dibahagi-bahagikan
sampaikan jatidiri org melayu dah mcm telor dihujung tandok
sampaikan dengar lagu inggeris menjadi kebanggan
sampaikan dengar lagu melayu sendiri jadi kemalu-maluan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# zacko_inc
teringat time kecik2 dulu biler tgk langit, arwah musti tau biler ikan byk la, sotong tgh bertelur la..time tengkujuh tgk style cuaca ke mcm mana, leh agak2 air naik kat hulu ke hilir ker..kire org2 tua neh mahir la memahami alam berdasarkan kejadian alam itu sendiri...kita skang neh...? |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada apa yg nak dibanggakan....orang Melayu ni terkenal dgn perasaan hasad dengki, tak boleh lihat orang lain maju, mulalah mereka cari jalan nak menjatuhkannya...Suka mengamalkan ilmu hitam, hanya pada nama Islam tapi suka melakukan kemungkaran...terutama orang Melayu yang berniaga barang makanan....! Kalau tak percaya cuba tanya kepada peniaga2 tersebut yang telah terkena sihir tu...ramai diantara mereka yang berniaga dah gulung tikar kerananya... |
|
|
|
|
|
|
|
yg bawak columbus pegi 'west indies' -- adalah kerajaan islam last andalucia..
nothing to do with malays..
everything was written in 'ard majhooloa' |
|
|
|
|
|
|
|
takkan melayu hilang di donia |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni ada la yang kata INDONESIA la pioneer perkapalan nusantara.... |
|
|
|
|
|
|
|
seni pembuatan jong orang melayu ditiru oleh orang portugis, pedagang arab dan lain2..salah satu sumbangan jugak tu terhadap peradaban manusia zaman skang |
|
|
|
|
|
|
|
seni pembuatan jong orang melayu ditiru oleh orang portugis, pedagang arab dan lain2..salah satu sumbangan jugak tu terhadap peradaban manusia zaman skang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# zacko_inc
ada, perkataan .....AMUK....yg digunapakai dlm bahasa Inggeris. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa ibunda sky telah memperkaya bahasa Melayu jugak, hehehe
garpu, sudu, palsu, bola, almari, boneka, bahulu, peniti, peluru, et cetera macam tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|