View: 3130|Reply: 31
|
Amin Idris Dakwa Ustazah Siti Afifah Tiada Background Pengajian Agama
[Copy link]
|
|
Ustazah Siti Afifah telah menjadi bualan hangat selepas dia mengeluarkan kenyataan ‘mendayuskan’ para suami yang membenarkan doktor lelaki melihat aurat isteri sewaktu bersalin.
Bukan itu sahaja, video lamanya yang menghina golongan artis juga mendapat kecaman umum serta tindakannya yang menyelar semula penjelasan Ustaz Azhar Idrus telah mengundang rasa kurang senang warganet.
Susulan itu, penceramah motivasi, Amin Idris telah mendedahkan bahawa ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain.
“Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar.
"Kita kena hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak juga kenyataan di media sosial yang sangat misleading.
Terbaru, mereka mendakwa semua suami yang hantar isteri bersalin diuruskan oleh doktor lelaki dianggap dayus. Kena faham! Dayus ini dosa besar.” ujarnya.
Amin Idris juga menekankan perihal prinsip perubatan yang ada hukum umum serta pengecualian lebih-lebih lagi kepada pegawai perubatan seperti doktor.
Tegasnya, doktor lelaki yang menguruskan wanita bersalin dikira sebagai darurat memandangkan ada dua nyawa yang harus diselamatkan ketika itu iaitu ibu dan bayi di dalam kandungan.
“Kita kena ingat, dalam hukum Islam ada prinsip hukum umum dan ada pengecualian. Betul! Prinsip umum doktor lelaki haram melihat aurat pesakit wanita. Begitu juga doktor wanita, haram melihat aurat pesakit wanita.
“Namun kenapa boleh? Atas sebab darurat dan tujuan perubatan. Saya ada bertanya kepada para doktor dalam kalangan kawan. Dalam etika kedoktoran, ketika doktor lelaki menguruskan wanita bersalin mesti kena ada peneman.
“Darurat ini bukan sekadar tak ada pilihan tetapi demi jaga nyawa. Bukan satu nyawa tetapi dua, anak dan ibu.
“Bila kita baca lebih sikit, bercakap atas landasan ilmu dan fakta, kita tak akan keluarkan kenyataan yang bukan-bukan.”
Tambahnya lagi, doktor wanita yang terlibat dalam bidang Obstetrik & Ginekologi (O&G) tidak ramai memandangkan ia memerlukan kudrat yang kuat. Jadi, tanggungjawab itu perlu ditampung bersama doktor lelaki.
“Apatah lagi, doktor O&G tak ramai. Bila ustazah itu kata doktor dah ramai, itu betul iaitu doktor secara umum. Doktor perempuan O&G tak ramai, yang ramai itu lelaki.
“Sebab nak sampai tahap pakar O&G itu tak senang, beban yang luar biasa dasyat. Tak semua wanita mampu untuk memikul. Oleh demikian, disebabkan itu timbul soal darurat. Di mana para suami tidak ada pilihan.”
Amin juga menyelar kenyataan yang meminta agar para suami mengumpul duit untuk menghantar isteri bersalin di swasta kerana bukan semua masyarakat di Malaysia terlahir dalam golongan berada.
“Dan dicadangkan wajib suami simpan duit demi hantar isteri ke hospital swasta. Amboi senang cakap.
“Tau tak sekarang ini, rakyat Malaysia masih ramai yang struggle, tak ada kerja tetap, masih mencari-cari rezeki. Tetiba nak suruh simpan duit. RM4,000 itu harga dulu, sekarang mana dapat!” tegasnya. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dia juga geng doula yaachhh |
|
|
|
|
|
|
|
So dia branak semua anak dia dalam paddling pool kat rumah ke? Tapi cerita branak kat spital gini gitu...pergi pun tak pernah kut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak melayu nampak beriman tapi sebenarnya tidak. Hanya merasa diri beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
lah doula jgk ka ptotla aihh |
|
|
|
|
|
|
|
.dicadangakn jgn guna bahasa tinggi mahupun ayat darurat...yg bengap bengap di luar sana still takpaham.
Kalau dah ampa pun kelas belakang mana celah nak ada doktor wanita |
|
|
|
|
|
|
|
tadi baru jumpa patient low class macam ni..dia nak jumpa dr pakar je utk penyakit dia..dlm masa yg sama merendahkan dr gomen lain yg bukan pakar..sekali aku tanya,kalau u nampak MO i rendah dan bukan pakar,so u buat apa kat sini? u takde duit kan? terkulat kulat dia aku smash.Takde duit tapi nak belagak puik. |
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen replied at 15-11-2022 11:43 PM
tadi baru jumpa patient low class macam ni..dia nak jumpa dr pakar je utk penyakit dia..dlm masa yg ...
Sll gitu kan..yg berlagak tu x berduit mn pun..nk bayo rm3 sehari pun bising kan..servis nak hebat mengalahkan prince courte..
kawan aku ajar kalo nj bersalin sblm bersalin ms menunggu blh request kat nurse nk bilik bersalin first class..boleh mintak yg bilik seorg,bilik 2 org dan 4 org.. Aku try bt minta bilik seorg..best weiii...br aku tau kwn2 bt mcm ni kat hospital krjn..bayo x sampai 3k duk dlm hospital dekat 3 minggu siap czear emergency...Kalo yg keje krjn lg untung kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ghalibboy at 16-11-2022 07:03 AM
I bersalin semua govt hosp.. selamat semua, yg pasti kat maternity ward semua staff wanita. Dari tukang sapu hingga ke nurses n bidan. Cuma ada lah doktor2 lelaki. Tapi yg sambut delivery semua staff
wanita , tak ada staff lelaki, mungkin nasib. Dapat first class ward , free of charges sebab govt servant.
Bila balik rumah ada bidan2 datang check ibu n baby about a few days di rumah.
Dapat lah simpan duit untuk kegunaan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi I respect others' wishes yg nak bersalin hosp swasta. My sis bersalin di hosp swasta, masa tu more than rm8k, about 10 years ago...bersalin normal je. My colleagues kebanyakan bersalin di swasta je spr di KPJ, dll. Elok juga, less patients di hospital kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen replied at 15-11-2022 11:43 PM
tadi baru jumpa patient low class macam ni..dia nak jumpa dr pakar je utk penyakit dia..dlm masa yg ...
Hahaha...masq iols ada appt kat klinik pakar ada yang kata gitu juga...
Iols dengar2 jelah..malas nak layan sebab sebok nak tengok nombor...
Kalau nak junpa pakqr direct..swasta la jawabnya...
Kalau gomen ni ada waktu2 tertentu je dpt la jumpa pakar..atau teruk2 yang perlu pemantauan pakar...
Dolu masa kat putrajaya..mmg sokmo jumpa pakar endokrine sebab anak iols probs..lepas 3 4 appt baru jumpa mo sebab dah makin okay...now dah discharge pung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Isu ini melibatkan semua peringkat masyarakat, kerana ianya melibatkan kemampuan(rezeki) maka perlu dilihat dalam semua kategori masyarakat. Mana-mana kenyataan yang hanya melihat pada satu kategori tertentu, maka dia hanya bercakap mewakili golongan tersebut... tidak untuk semua, mungkin sebab ilmunya kurang..
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 14-11-2022 05:15 PM
So dia branak semua anak dia dalam paddling pool kat rumah ke? Tapi cerita branak kat spital gini ...
Biasanya yg tak suka g sepital ni dorang kan pandai buat remedi itu ini.
Utk covid ada remedi dia, campur bitamin itu ini
Mcm2 lagi penuh supplemen kat umah dorang ni.
So kenapa nak kena g sepital kalau dorang pun tau merawat sendiri.
Anak demam suhu 39 pun leh bertahan lagi kat umah, sebolehnya takmo masuk sepital.
Jangan taktau ketua pawang siap pesan kat mak2 mengandung jgn buat ujian MGTT kat klinik tu
Tak perlu minum air gula bagai.
Jd tak perlu tau pun korang ada diabetes ke tak.
|
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen replied at 15-11-2022 11:43 PM
tadi baru jumpa patient low class macam ni..dia nak jumpa dr pakar je utk penyakit dia..dlm masa yg ...
yaka? i ni lebih suka jumpa mo n even ho sbb diorg ni lebih tinggi budi bicara dan empathy. bila yg dah pakar2 ni ramai yg kekwat sgt. bercakap kasar2 dgn patients. termasukla MA ka yg dah senior sgt mmg sgt kasar. rela la bgtau masalah penyakit kat doktor2 yg tinggi empatinya. |
|
|
|
|
|
|
|
ladybugz replied at 16-11-2022 08:35 AM
yaka? i ni lebih suka jumpa mo n even ho sbb diorg ni lebih tinggi budi bicara dan empathy. bila y ...
aku bipolar sis.kalau patient baik aku baik.patient angkuh tak sedar diri macam ni,neraka lah jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 16-11-2022 07:20 AM
Hahaha...masq iols ada appt kat klinik pakar ada yang kata gitu juga...
Iols dengar2 jelah..malas ...
tulah.klinik pakar tu nama je klinik pakar.mo ho jugak kena tengok,refer pakar je masa tu kalau tak sure.tapi patient yg aku jumpa ni acah betul.nak PAKAR je.dia kata dr yg bakal buat operation kat dia nanti MO je bukan pakar.apa bodoh punya orang.takkan la ERCP bagi mo buat pakar tak tengok?pastu takde duit.nak prosedur kat private.tapi cakap besar.memang muk mintak penampar. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 15-11-2022 11:49 PM
Sll gitu kan..yg berlagak tu x berduit mn pun..nk bayo rm3 sehari pun bising kan..servis nak hebat ...
ok la.tapi aku beranak kat private dulu sebab masa tu aku kat oversea.tapi pilihan masing masing ikut keadaan,selera dan kemampuan.masalah bil patient cheapskate macam ni,takde duit tapi mengata org.serius aku.rasa nak lempang semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 15-11-2022 09:56 AM
Teringat doula-douli bintang tujuh, homebirth lotus tesco flower teratai position pelbagai, ujung-uj ...
Jangan lupa marinate uri dengan rosemary ala2 aged steak |
|
|
|
|
|
|
| |
|