View: 8293|Reply: 37
|
Rahsia Yahudi Mendidik Anak
[Copy link]
|
|
Setelah lama cuba menjejaki artikel ini, Alhamdulillah bertemu juga saya dengannya beberapa hari lalu. Artikel tentang rahsia bangsa Yahudi ini pernah saya baca tahun lepas, namun terlupa untuk disimpan.
Bagi saya, tulisan Dr. Stephen Carr Leon ini yang berdasarkan pengalamannya berada di Israel selama 3 tahun kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, cukup penting untuk kita sebagai umat Islam renung dan ambil pengiktibaran.
Tanpa berlengah lagi, mari kita sama-sama hayati dan ambil kebaikan yang tersimpan di dalam hasil tulisan ini ;
Sumber : www.iluvislam.com
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi bijak?
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?
Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri?
Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.
” …sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami… ”
math
Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.
Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama jika ada ikan.
Menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka.
Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah…. (tekalah sendiri..!)
Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.
Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!
Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di politeknik dan universiti.
Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya. Anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala.
Perlakuan ini dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin?
Demikian juga sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yang moron (lembab) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikuti generasi si perokok.
Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!
Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi lembab, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts!!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai Bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu..
aku rasa tuhan cipta bangsa yahudi ni supaya kita insaf dan belajar dari mereka.
(benda2 yang baik je la) |
|
|
|
|
|
|
|
puas aku mentelaah satu internet..
puas aku gali google..
puas lagi aku search ikut bing..
lagi nak pecah aku search ikut yahoo..
cross search and reference yang aku buat takde sekor pun manusia name stepehn car leon ni..
gali gali ikut forum islamik/non-islamik kenbanyakannye menafikan kewujudan mamat nih...
dengan kate lain artikel ni fake/scam/hoax dan sewaktu...
melainkan TT bleh buktikan yang mamat ni memang wujud yang aku terlepas pandang.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni sume karut jee... SEBAB...
= yahudi is nobody during 415 BC -------- 1960 AD... BUKAN BANGSA YG HEBAT PUNNN.... dibandingkan dgn Egyptian, Romans, Barbers, Germanian, Han etc...
cume kebelakangan ni jeee...
So.. nak jadikan cite..... = takde kene mengene dgn pemakanan dorang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# unekspekted_II
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu soalan nak tanya.....
Kenapa orang yahudi tak sebarkan agama dia kepada bangsa lain seperti Islam, Kristian dll???
Adakah agama Yahudi hanya untuk bangsa Yahudi saje??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# Fieza-mira
Yes.
None Jews known as "Gentiles" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Fieza-mira
Yes.
None Jews known as "Gentiles"
unekspekted_II Post at 12-11-2010 16:46
Tapi kenapa??
Kalau ada bangsa lain berminat nak menganut agama Yahudi tak boleh ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kenapa??
Kalau ada bangsa lain berminat nak menganut agama Yahudi tak boleh ke??
Fieza-mira Post at 12-11-2010 17:35
bangsa lain takleh anut yahudi... agama dorang untuk dorang ajerk.. cuma agenda utama untuk merosakkan minda manusia ajerk .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# totokreturn
hmm... camne lak bangsa khazar yg sebelum ni tak menganut mana2 agama boleh menganut agama nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# Fieza-mira
Ya. Agama Yahudi hanya untuk kaum yahudi, namun bagi Yahudi bermazhab/dedominasi Liberal majoriti terdapat di negara barat mereka membenarkan orang lain memeluk agama yahudi khususnya mereka yang berkahwin dengan kaum itu. Tetapi bagi Yahudi orthodoxy memang tidak dibenarkan.
Dalam agama Yahudi terdapat pembahagian iaitu Yahudi dan Bukan yahudi. Mereka yang sanggup menerima 613 mizvoth/hukum akan menjadi yahudi manakala mereka yang hanya sanggup menerima 7 mizvoth/hukum akan dikira bukan yahudi (Bnei Nouch). |
|
|
|
|
|
|
|
Kepintaran dan kebolehan bangsa yahudi bukanlah disebabkan oleh pemakanan semata-mata. Apa yang membolehkan bangsa tersebut begitu maju dalam pelbagai bidang adalah Torah u Madah ( Taurat dan ilmu pengetahuan). Maknnya mereka memuliakan pembelajaran demi pembelajaran sehingga dapat menguasai sesuatu ilmu. Mereka mempelajari dan menguasai kitab taurat dengan bersungguh-sungguh serta belajar dan memahami Ilmu akademik/secular.
Pemakanan hanyalah sampingan sahaja tetapi yang utamanya adalah belajar, pernahkah anda melihat bagaimana kaum Yahudi ini belajar/mengulangkaji pelajaran?
Dalam sesi pembelajaran mereka melakukan diskusi/discussion dengan kumpulan yang dibentuk. Tahukah anda bahawa seorang budak/pelajar/penuntut yahudi dalam tempoh pengajian mempunyai pasangan diskusi sepanjang masa. (maksudnya dalam tempoh pengajian mereka ada pasangan masing2 tanpa bertukar ganti). Dan semasa diskusi berjalan, mereka tidak akan sekali-kali bercerita topik yang tidak ada kaitan langsung dengan topik yang dibincangkan. Maknanya tidak ada cerita-cerita gosip, cinta-cintun, atau seumpamanya. Matlamat perbincangan telah ditetapkan agar perbincangan dalam kumpulan tidak lari apa yang telah dirancang.
Jika terdapat topik atau perkara yang tidak dapat diselesaikan maka perlu dibincangkan kembali pada tarikh akan datang dengan setiap ahli kumpulan akan mencari jawapan dengan mengulangkaji kembali buku-buku berkaitan serta bertanya kepada guru/rabbi/ahli/pakar bagi menghuraikan isu/topik yang agak sukar. Hal ini boleh disamakan dengan "usrah" dalam Islam.
Bagi budak/pelajar/penuntut Yahudi orthodoxy pasangannya (perbincangan kumpulan) mestilah sama jentina.
Maka tidak hairanlah jika kaum ini boleh maju. Rakyat Malaysia juga mampu untuk maju jika memahami konsep belajar dengan betul. Berusaha untuk menguasai ilmu dengan usaha bersungguh-sungguh. Maka slogan "Malaysia boleh" mampu direalisasikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan semasa diskusi berjalan, mereka tidak akan sekali-kali bercerita topik yang tidak ada kaitan langsung dengan topik yang dibincangkan. Maknanya tidak ada cerita-cerita gosip, cinta-cintun, atau seumpamanya.
so... klu nak jadi pandai mcm Yehud.. jgn sentap |
|
|
|
|
|
|
|
Article ni hoax la aku rasa....... btulke semua Yahudi tak suke merokok?Asal "thesis" ni simple giler?Semua healthy lifestyle ni pengetahuan umum untuk ibu.....Sedangkan buku pasal jogging pon panjang giler.....inikan pulak pasal ni.....dan takde langsung versi bahasa inggeris article yang kononnya terjemahan nih |
|
|
|
|
|
|
|
so... klu nak jadi pandai mcm Yehud.. jgn sentap
Belajar tak sentap cumanya banyak sgt gangguan |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
rasanya ada kebenarannya juga. dyer pernah terbaca artikel mengenai sunnah nabi SAW mengenai pemakanan. nanti kalo jumpa semula, dyer tepek kat sini.
antaranya: memang nabi larang makan kepala ikan, isi dalaman haiwan seperti hati, perut etc. sebab kandungan toksin yang banyak. propaganda kata; hati bagus la sebab ada zink ke apa ke... (kebanyakan itu la yang dimakan sebab sedap tapi sebenarnya mungkin memudaratkan!)
nabi minum susu unta / kambing dengan kurma + badam kalo tak silap.
nabi ajar makan buah / sayur (bukankah orang yahudi tu sediakan salad dulu??) dulu sebelum makan nasi / roti sebab kandungan asid dalam buah dapat bertindak balas dulu dgn enzim perut sebelum ambil carbo. something with digestion system.
nabi larang makan makanan darat serentak dengan laut sebab tak bagus. yang ni tak berapa ingat tapi something dengan ion/cas +ve -ve dan tak bagus utk digestion.
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Cara Pemakanan Rasulullah S.A.W Tuesday, February 16, 2010 , Posted by Lajnah Sukan Dan Kebudayaan PMI at 6:36 PM
Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje. Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus. Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini. Gerenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan( kanan )dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
WallahuA'lam
sumber: http://lskpmiutm.blogspot.com/2010/02/cara-pemakanan-rasulullah-saw.html |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak faham..rokok tu terang2 tak elok..(slow killer, brain cells killer) dan susu, kurma,
dan kekacang tu pun mmg elok...
so, kalau betul artikel ni hoax, adakah isinya pun tak boleh dipakai?
persoalannya bukan hoax atau tidak, tapi relevan atau tidak relevan..
-piano tak bleh..alat muzik bertali. |
|
|
|
|
|
|
|
thread macam ni dah banyak kali baca ar.tak ingat kat mana
ker dalam e-mail |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi budak/pelajar/penuntut Yahudi orthodoxy pasangannya (perbincangan kumpulan) mestilah sama jentina.
memang la, kalo berlainan jantina nanti ..bercintan plak..pastu maksiat..pastu tak blajar..
tak pun bercintan, pastu cerita pasal nak mendirikan rumah tangga...he.he. |
|
|
|
|
|
|
| |
|