CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14869|Reply: 142

Jalaluddin bersyukur tak hanyut digoda 'penyondol'

[Copy link]
Post time 16-3-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Jalaluddin bersyukur tak hanyut digoda 'penyondol'


Foto kenangan Jalaluddin bercuti dengan isterinya, Rapidah yang dinikahi pada 2017. Foto IG Jalaluddin Hassan

KUALA LUMPUR : Tiga dekad bergelumang dalam dunia seni, Datuk Jalaluddin Hassan, 69, mengaku pernah melalui pengalaman dihimpit wanita digelar 'penyondol' atau pengacau rumah tangga orang.

Namun, Jalaluddin bersyukur terpelihara daripada terus hanyut dengan godaan 'si penyondol'.

Lebih daripada itu, Jalaluddin bersyukur dikurniakan isteri yang sangat memahami malah sentiasa meniupkan kata-kata semangat ketika dirinya dilempar pelbagai tohmahan.

"Saya mengaku mengalaminya (diganggu 'penyondol') tetapi bersyukur Allah sentiasa pelihara dan beri petunjuk kepada saya.

"Tuhan pelihara hubungan dengan isteri, Allahyarham Hashimah Aksan. Saya bersyukur dikurnia isteri yang sangat penyabar dan tinggi ilmu akhirat.

"Dalam kesempitan dan kesedihan saya ditohmah, dia berada di belakang saya meminta saya bersabar.


Jalaluddin bersyukur tidak hanyut dengan godaan wanita yang cuba mengganggu rumah tanggannya, suatu ketika dahulu. Foto IG Jalaluddin Hassan

"Jadi, apabila arwah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya, saya rasa hidup seakan-akan sudah berakhir, malah, hampir jadi gila," katanya yang ditemui pada majlis pratonton drama Astro Original berjudul Liar The Series di sini, semalam.

Jalaluddin berkata, atas nasihat bapanya yang juga agamawan, Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari, dia bertemu jodoh sekali lagi dengan Datin Rapidah Abdul Ghani pada 2017, iaitu setahun selepas pemergian isteri pertamanya.

"Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan wanita yang sangat baik, sama seperti arwah isteri.

"Bagi saya, hidup berkat apabila arwah bapa turut puji isteri baharu. Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai suami untuk membimbing isteri kerana semua orang tidak sempurna.

"Saya didik isteri agar jaga mulut dan pelihara hubungan dengan adik-beradik serta anak-anak saya. Saya rendahkan diri apabila masuk ke dalam keluarga isteri biarpun abang ipar semuanya lebih muda berbanding saya," katanya.

Jalaluddin mengaku merindui isteri yang sudah hampir sebulan berjauhan berikutan pulang ke kampung di Melaka bagi menjaga ibunya yang sakit.

Namun, setiap kali ada kelapangan, Jalaluddin pulang ke Melaka untuk menjenguk isterinya.

Akui Jalaluddin, hidup berjauhan membuatkan cintanya kepada isteri mendalam, malah, lebih menghargai pasangannya itu.

Sementara itu, ditanya pandangan mengenai kontroversi rumah tangga beberapa selebriti, bapa kepada lapan cahaya mata itu meminta agar mereka mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Fikirkanlah momen terbaik pernah dilalui sepanjang perkahwinan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih kerana Allah sangat bencikan perceraian," katanya.

Selain itu, Jalaluddin menasihati suami agar menghormati isteri dan memahami perasaan mereka.

"Setialah kepada isteri, hormati dan fahami perasaan mereka. Belajar erti kesetiaan dan hargai kerana hidup tanpa janji akan menjadi tidak bermakna.

"Pegang kasih sayang itu, Insya-Allah kita akan selamat. Cuma, saya tidak faham bagaimana seorang wanita boleh melukai hati wanita lain.

"Saya juga tidak bersetuju jika ada suami 'naik tangan' dengan isteri. Namun, isteri pula jangan berlagak sebagai mangsa. Adakah benar suaminya pukul?

"Kena hati-hati, jangan mereka cerita kerana tidak baik untuk suami," katanya.

Menyentuh lakonan dalam drama terbaru lakonannya Liar Ten Series, Jalaluddin memegang watak bapa yang terlalu mencintai isteri, namun, terpaksa menerima kehilangannya.

Liar The Series versi Malaysia diarahkan Jason Chomg dan Imri Nasution mengisahkan kehidupan cikgu sekolah bernama Lara.

Lara yang pernah berkahwin, namun bercerai, mengambil keputusan bertemu jejaka dikenali sebagai Aiman Yusuf yang kematian isteri.

Selepas itu, berlaku sesuatu yang membuatkan Lara menuduh Aiman merogolnya, namun, perkara itu dinafikan.



Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... ut-digoda-penyondol

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 16-3-2023 04:02 PM

Wanita yg cuba mengganggu rumahtangga dia suatu ketika dulu? Bukan ke dia pun menikah ngn Ridani tu.
Kejap jelaa dlm setahun camtu pastu bercerai.
Kalau ganggu ni mcm tak sampai pun kawen..

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:09 PM | Show all posts
hermm.. ye lah.. buka citer lama baru tawww
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:17 PM | Show all posts
hmmmm...tp suatu ketika dulu, dia pun tersungkur di pangkuan penyondol kan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain sakan berpeluk ngan ridani yg seksi tu dulu dalam urtv.... I ingat ye tokjalal.. walaupun masa tu i muda remaja umur awal belasan tahun
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:25 PM | Show all posts
Dia pun nak feeling2 terpaling juga


ada gambar radini tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 16-3-2023 04:09 PM
hermm.. ye lah.. buka citer lama baru tawww

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:31 PM | Show all posts
aritu baru je thread ridani ridana tu naik
cerita pasal tok jalal juga tkait dalam benang tu
laaaaa bila tok jalal buka cerita kan nanti org korek balik
patut diam2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 16-3-2023 04:09 PM
hermm.. ye lah.. buka citer lama baru tawww

Budak baru tumbuh bulu bole laa dia nak ngenceng.otai je tau dia penah memadukan arwah isteri dia dgn pelakon muda sendu khenn
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiikkkkk...bukan ke tok nie pernah satu ketika dulu beristeri 2 juga?? Kenapa dia cakap, "cuma saya tidak faham bagaimana seorang wanita boleh melukai hati wanita lain"? Konfuse meols dgn stetmen atok nie
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini muda dia dulu ridani tu seksi putih gebu. Dato hilang ingatan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:41 PM | Show all posts
Cantik jugak eh wife baru dia ni
Dia ni adik Musa Hassan kan? Tapi nampk mcm dia lagi berusia dari MH
Kenmain ayat  "Cuma, saya tidak faham bagaimana seorang wanita boleh melukai hati wanita lain".....delusional ke Tok Jalal??? Ex wife ko dulu tu bukan spesis penyondol ke? Ada tak ko tanya dia soalan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik awal perenggan tu dia mengaku dulu pernah berscandalan.. aku hampir nak mengungkit dah tadi Tapi mujur la dia pun cepat2 sedar mcm toksop..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat kita lupa agaknya dia penah ada 2 wives. Dlm magazines peluk2 ridani gebu gebas.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tetiber sesuci embun pulak atok ni

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 04:55 PM | Show all posts
baru nak sebut pasal ex wife beliau, tapi otai otai dah sebutkan dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 16-3-2023 04:22 PM
Kemain sakan berpeluk ngan ridani yg seksi tu dulu dalam urtv.... I ingat ye tokjalal.. walaupun mas ...

Please tepek gmbar alang2 dia buka cerita mcm azlee haritu. Ceh padahal skandal dgn lidyawati. Diaorang ni mmg buat2 lupa atau acah suci??
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bini no 1 kutuk penyondol mmg logik akal la...tpi lelaki yg pnh  kwen dgn penyondol kutuk penyondol tu yg meols xleh digest hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:09 PM | Show all posts
alesandra replied at 16-3-2023 04:35 PM
Budak baru tumbuh bulu bole laa dia nak ngenceng.otai je tau dia penah memadukan arwah isteri dia  ...

noh.. dia bleh buat lupa kan... tahka arwah tu mkn hati byk dah ngan dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 05:34 PM | Show all posts
Ridani, pelakon 90an mantan isteri kedua Tok Jalal..




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.334482 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list