Post Last Edit by cmf_yipun78 at 8-4-2011 08:35
Nama asalnya Helen Bartholomew, dilahirkan pada 21 Disember 1889. Beliau telah memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, dalam tahun 1930, dan menukar namanya kepada Helen binti Abdullah.
Pada 18hb November 1931, beliau secara rasminya telah ditabalkan sebagai Permaisuri Johor dengan memakai Sultanah Helen. Sultanah Helen merupakan Permaisuri ketiga kepada Sultan Ibrahim dan menjadi wanita barat pertama ditabalkan menjadi Sultanah.
Sultanah Helen Ibrahim (nama asal, Helen Bartholomew) adalah isteri ketiga Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, sultan kedua bagi Johor moden. Baginda merupakan salah seorang yang terkaya di dunia ketika itu. Helen Bartholomew dilahirkan di Glasgow, Scotland. Suami pertama beliau, William Wilson (dilahirkan di Malaya) merupakan doktor peribadi kepada Sultan Ibrahim. Setelah William meninggal dunia, Helen pulang semula ke Britain.
Sultan Ibrahim sangat pemurah. Baginda pernah menghadiahkan sepasang Malay tigers kepada Edinburgh Zoo dan memberikan hadiah berupa wang tunai yang banyak ketika King George V menyambut perayaan Jubli. Bila Sultan Ibrahim menghantar dua orang anakanda baginda untuk belajar di Britain, baginda meminta jasabaik Helen untuk sama-sama 'mengawasi' mereka. Baginda sering juga melawat mereka dan perhubungan baginda dengan Helen semakin mesra. Mereka berkahwin di Masjid Surrey pada 1930.
Semenjak itu, Helan memakai gelaran Her Highness Sultanah Helen Ibrahim. Sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima, wajah Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen diabadikan di atas stem kenang-kenangan. Perkahwinan itu berakhir dalam keadaan baik setelah berlangsung selama 10 tahun. Malah sultan ada menghadiahkan permata zamrud pada hari lahirnya dan berlian pada ulangtahun perkahwinan mereka. Dikatakan bahawa koleksi barang kemas Sultanah Helen adalah yang terbaik di dunia.
Helen kembali ke Scotland dan tinggal di Cambuslang sebelum berpindah ke London. Sekitar 1960an, dia dilihat turun dari sebuah Rolls Royce di Sauchiehall Street. Selepas itu tiada sesiapa tahu apa yang telah berlaku kepadanya. Namun pada tahun 1980an, sebuah akhbar di Glasgow cuba menyelongkar kembali kisah hidupnya. Walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui kecuali penemuan beberapa buah foto sewaktu dia masih bekerja di Glasgow dan ketika dia menjadi Sultanah Johor. Penyelidikan selanjutnya mendapati bahawa dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1977 ketika berusia 88 tahun di sebuah rumah jagaan (nursing home) di Surrey. |