CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4011|Reply: 36

Uji Perempuan ‘Low Maintenance’ Dengan Dating Di Mamak? Silap-Silap Awek 'Paw' Sotong 2 Ekor!

[Copy link]
Post time 30-5-2023 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Tular perkongsian seorang Pengguna Twitter yang membangkitkan isu mengenai cara untuk menguji keikhlasan cinta seorang wanita.


Ujar lelaki berkenaan, pemilihan kedai makan ketika keluar bersama sering menjadi kaedah dalam menilai tahap penerimaan seorang wanita terhadap pasangannya.


"Aku perasan kawan-kawan aku yang bukan dari Selangor atau Kuala Lumpur, mereka selalu suruh bawa awek pergi makan (di restoran) mamak kalau nak tahu dia tu low maintenance atau tak.




Gambar hiasan




"Aku kurang setuju. Kalau nak tahu, kebanyakan gadis di Lembah Klang sering pergi ke kedai mamak. Dan mamak di sini bukannya murah," kata lelaki itu menyuarakan pandangannya.


Tambah lelaki itu lagi, kaedah menguji pasangan dengan membawa makan di restoran mamak baginya adalah kurang berkesan.


"Setakat ujian makan mamak tu aku rasa mudah sangat bagi mereka, silap-silap mereka lagi suka makan situ dan tak terasa seperti ujian pun.


"Apabila aku tengok balik semua komen ni, baru aku perasan yang mereka dari luar Lembah Klang jarang-jarang makan di restoran mamak. No wonder la," katanya.








Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menyenaraikan ujian alternatif untuk melihat jika seorang wanita itu sanggup meredah lautan api demi cinta.


"Tak sangka ayat bawa awek masuk mamak nak tahu dia low maintenance atau tak ni valid lagi untuk tahun 2023. Lebih berkesan, bawa je masuk Sephora (kedai kosmetik).


"Kalau nampak dia macam terkial-kial pilih barang, tapi apabila bawa masuk Eco Shop macam tak jumpa jalan balik, betul la tu low maintenance.


"Restoran mamak bukan tempatnya, kena bawa pergi warung. Kalau dia boleh masuk, maksudnya dia jenis santai dan easy going," kata warga maya.


Warga maya lain pula mengatakan restoran mamak tidak sepatutnya dipandang rendah kerana ia bukannya kedai makan yang calang-calang.


"Mamak adalah pilihan semua. Perempuan yang bawa kereta besar dan menggayakan tas tangan Dior pun datang makan di kedai mamak.


"Mamak bukan tempat murah ya, aku pernah bawa seorang perempuan ni ke kedai mamak, dia ambil lauk sotong dua ekor, terus bil makanan jadi RM100.


"Aku sebagai seorang wanita selalu makan di restoran mamak waktu zaman student dulu, jadi kalau ada lelaki yang nak bawa aku pergi date makan mamak, memang itu kali terakhir aku jumpa dia.








"ernah dengar restoran mamak bistro? Harga nasi paprik dia lagi mahal dari kedai tomyam biasa. Bukan tempat untuk orang low-maintenance ya," kata sebahagian warga maya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kebodohan jantan2 melayu b40
mamak mahal la..alang2 nak uji bawak makan kedai campur indon je la
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah nak uji budak2 perempuan zaman HP ni senang jek.  Awak kedai makan warung2 tepi jalan tu. Atau naik kereta lama..betol la tu macam saga ke, Myvi lama ke...tengokla dia nak selfie ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah lama x jejak mamak sejak jumpa tikus berlari2 di bawah satu kedai yang beratur panjang itu.. aku rela makan roti kacang dengan air soya di kedai speedmart dari makan sotong besar tapi tekak kembang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Jujur aku tak pernah makan mamak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by EriaDoritis at 31-5-2023 05:22 AM

Kalau dapat awek jenis makan mamak...sekali dia order beriyani lamb shank dah terduduk pakwe nya

Mamak sekarang pun banyak pilihan.
Ada western food, sate, tomyam². Harga pun tinggi sikit dari beli kat stall/food court.

So bukan tempat utk berjimat hokey!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2023 08:28 AM | Show all posts
_kelly replied at 30-5-2023 06:39 PM
kebodohan jantan2 melayu b40
mamak mahal la..alang2 nak uji bawak makan kedai campur indon je la

Dh nmanya jejantz Mulayu Melesia, nak hairan apanya? Rata2 mysogynist as f, tiap2 hri nak ada rsa insecure kat prmpuan, sbb tu smpai ada "ujian" cmni pstu klau prmpuan tu minum kat Starbucks, d capnya high maintenance asek nakkan llaki kaya, loser as f. Stakat mkn kat Mamak tu kat Bruneiku terchenta ni tiap2 hri rmai je kaum prmpuan duduk mkn minum, jejantz Mulayu Melesia je msih backward & asek nak tuduh prmpuan mcm2.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:31 AM | Show all posts
EriaDoritis replied at 31-5-2023 05:16 AM
Kalau dapat awek jenis makan mamak...sekali dia order beriyani lamb shank dah terduduk pakwe nya

...

Jejantz Mulayu Melesia je yg hairan tngok prmpuan mkn minum kat Mamak ni sbb dorg rata2 nya jakun, kat Bruneiku terchenta ni lgi rmai prmpuan mkn minum kat Mamak, xde nak judge2 pun. Kat Melesia plak nak uji prmpuan yg mkn kat Mamak tu ikhlas ke x hahahaha, loser as f jejantz Mulayu nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 11:21 AM | Show all posts
aku x phm nk uji2 low maintenance ke high maintenance nih. ko leh tgk apa dr penampilan dia, dr brg2 kesukaan dia, tmpt2 kesukaan dia, food dia mkn, etc. semua ni kan ko dpt tau masa  proses kenal2. dah knp lak bwk p mkn kedai mamak dijdkan benchmark? sbb ada je org x suka mknn mamak (mcm aku).
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 31-5-2023 08:31 AM
Jejantz Mulayu Melesia je yg hairan tngok prmpuan mkn minum kat Mamak ni sbb dorg rata2 nya jakun, ...

Ni set² jejantz yang kedekut & pemalas je ni.
Jenis yang esok kawin, pompuan jadi macam hamba.

So girls... kalau berdepan yang sebegini...bye bye kan saja. Tak kan rugi
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 12:55 AM | Show all posts
EriaDoritis replied at 31-5-2023 09:03 PM
Ni set² jejantz yang kedekut & pemalas je ni.
Jenis yang esok kawin, pompuan jadi macam hamba.

Btul tu, lawan skit, trus c cap prmpuan smuanya ahli nraka jhanam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 30-5-2023 06:39 PM
kebodohan jantan2 melayu b40
mamak mahal la..alang2 nak uji bawak makan kedai campur indon je la

Sedap nye nasi Padang..hehehe..dl ms study cuti sem keje kat opis dekat Majid Jamek kat lorong2 tu ade jual makanan Padang..murah2 dan banyak portion dia .sedap lak tu..Kalo kedek jgn Cari perempuan kuat makan..Cr yg makan dlm portion kecik pun dah kenyang..nanti semua makanan dia korang lelaki kn perabihkan..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 02:25 PM | Show all posts
tom2 replied at 30-5-2023 11:29 PM
Aku dah lama x jejak mamak sejak jumpa tikus berlari2 di bawah satu kedai yang beratur panjang itu.. ...



Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 02:02 AM | Show all posts
EriaDoritis replied at 31-5-2023 05:16 AM
Kalau dapat awek jenis makan mamak...sekali dia order beriyani lamb shank dah terduduk pakwe nya

...



kedai mamak mahal la.. baik ajak datang rumah suruh dia masak nasi goreng ikan masin dan kopi o je..lagi jimat .. nak lagi jimat suruh mak ko beli barang dapur pastu masak apa yang dia beli kan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Yoonggi replied at 31-5-2023 11:21 AM
aku x phm nk uji2 low maintenance ke high maintenance nih. ko leh tgk apa dr penampilan dia, dr brg2 ...

I setuju dengan you. Apa point entah nak uji uji orang ni. So lame. Rasa diri tu baik sangat ke sampai nak uji uji orang. Cukup la beberapa lama you kenal orang tu, kalau rasa kenalan tu tak jujur, most probably sebab you pun tak jujur. Basically, you bole rely on your very own judgement.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2023 01:18 PM | Show all posts
ape yang teruk sgt jejantz ni pandang kat perempuan??
korang jejantz kalau tau kunci nak lock pempuan ni senang je..

tak yah kedai mamak, silap2 resto hipstur pun pempuan tak pandang.
tapi tu la, kesetiaan perempuan ni korang p ukur letak kat mamak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2023 01:04 PM | Show all posts
Cari duit banyak2 dan awak tak akan rasa insecure kalau dapat perempuan yang high maintanance. Nak perempuan cantik2, lawa2..tapi tak mau yang high maintanance...sabo je la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 01:07 PM | Show all posts
Orang perempuan kalau dah sayang seseorang tu. Dia tak kisah apa pun. Tapi nasihat acik ni. Cari la seseorang lelaki yang mampu menampung awak dan anak2. Bukan nak hidup mewah. Tapi yang penting boleh sediakan benda basic seperti tempat berteduh, makan minum, kediaman yang selesa. Kalau tu pun tak boleh nak provide...hmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 01:14 PM | Show all posts
nak uji konon perempuan materialistik ke tak, setia ke tak (jgn dah kawen esok lama2 nak pasang lain) tak ke malu, kita nak uji pasangan, eh kita lak diuji Tuhan kalau nak sangat uji menguji ni patut nya lelaki tu pun diuji, solat cukup ke tak, puasa ada tinggal ke..ada tolong mak ayah uruskan urusan rumah tangga ke...acah2 nak uji sgt kan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cube makan di Q Bistro ttdi.. harga yahudi! Wpun mamak, hanya high maintenance jer lepak sana.. jgn underestimate restoran mamak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.084167 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list