MONTPELIER - Seorang lelaki dari Vermont, Amerika Syarikat (AS) yang menunggu perbicaraan kerana didakwa membunuh ibunya di tengah laut meninggal dunia di dalam penjara.
Mayat Nathan Carman yang sepatutnya dibicarakan pada Oktober ini dilaporkan ditemui oleh pegawai penjara yang membuat rondaan berhampiran selnya di Keene, New Hampshire sekitar jam 2.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis.
Nathan dan ibu, Foto: Agensi
Menurut kenyataan Jabatan Koreksional Cheshire, punca kematian pemuda berusia 29 tahun itu masih disiasat dan menegaskan Nathan adalah satu-satunya banduan yang ditahan di dalam sel berkenaan.
Nathan pada tahun lalu mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan termasuk penipuan dan pembunuh tahap pertama dalam kematian ibunya, Linda Carman.
Dia dituduh membunuh ibunya dengan cara menenggelamkan bot dinaiki bersama mangsa ketika memancing ikan di luar Rhode Island pada 2016 dalam usaha untuk membolot harta pusaka keluarga.
Mayat wanita malang itu tidak pernah ditemui.
Selain ibu, Nathan turut didakwa menembak mati datuknya, John Chakalos pada 2013.
Pembunuhan itu sebagai sebahagian daripada komplot untuk mendapatkan wang dan harta daripada estet Chakalos serta dana amanah keluarga yang berkaitan dianggarkan berjumlah AS$7 juta (RM32 juta). -CARI
Sumber: Sinar Harian |