CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4324|Reply: 120

Isteri Hawari Buntu Tak Ada Kerja- Nak Masukkan Anak Sekolah, Nak Bayar Duit Rumah, "Suami Ada Buat Pinjaman Peribadi"

[Copy link]
Post time 21-6-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Tasek Gelugor: Kehilangan peserta Malaysia Everest (ME) 2023, Muhammad Hawari Hashim, 33, sejak 19 Mei lalu membuatkan isterinya Saffiyah Tang Xie Lie yang buntu memikirkan masa depan, apatah lagi dia tidak bekerja.


Saffiyah, 34, yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran seperti suaminya, sudah lama tidak bekerja selepas melahirkan anak sulungnya yang kini berusia empat tahun.


Melalui temu bual menerusi catatan di buku nota, Saffiyah bersedia menerima apa jua tawaran kerja sekiranya diberikan peluang oleh mana-mana majikan.


Foto: Harian Metro




"Saya akan terima (tawaran kerja) demi anak-anak dan mentua (ibu Hawari) untuk kelangsungan hidup kami sekeluarga.


"Dulu, saya ada memohon kerja dengan agensi kerajaan tetapi saya tahu ia amat sukar. Saya mempunyai kemahiran dalam komputer dan tahu kerja-kerja berkaitan pentadbiran serta perkeranian tetapi untuk menjawab telefon, saya tidak boleh kerana kekurangan yang ada pada diri saya," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Permatang Kerai Besar, di sini, semalam.


Jelasnya, suaminya membeli rumah pertama mereka tidak jauh dari kediaman mentua, namun dia tidak tahu status bayaran kediaman berkenaan susulan kehilangan Muhammad Hawari.


"Rumah itu belum lagi kami duduk, namun bayarannya sudah dibuat melalui potongan gaji suami, tetapi sekarang saya tidak tahu statusnya.


"Selain itu, suami juga buat pinjaman peribadi mengubah suai rumah yang bila saya fikir mengenai ini buat saya buntu kerana sekarang tidak bekerja.


"Anak sulung saya pula tahun depan akan ke sekolah yang sudah tentu memerlukan perbelanjaan dari segi bayaran yuran dan sebagainya," katanya.


Sementara itu, ibu mentuanya, Che Tom Hassan, 64, berkata, dia berharap ada pihak sudi menawarkan pekerjaan untuk menantunya.


"Apabila dia (Saffiyah) bekerja dia akan sibukkan diri dia dan masa sama segala masalah yang difikirkan selama ini perlahan-lahan akan hilang," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2023 11:50 AM | Show all posts

status tak clear sbb tau tak boleh nak claim insurance apa2 la kannn....

insurance naik everest tu tentu ada insurance coverage tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 11:53 AM | Show all posts
kesian sgt2..harap ada2 pihak tolong la permudahkan urusan dia...
mana2 mangkuk hayun yg dok kata padan muka cari masalah sendiri..sila la meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrp jd pengajaran buat yg ada angan2 impian nk buat extreme sport ni..siapkan peninggalan sekalikan semua dokumen rasmi dan catatkan action plan waris supaya jika jd apa2 waris yg tinggal tak terkontang kanting..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pd anak isteri.. patut kita ni marhain2 x yah bt la hobi org2 kaya..tgk pe2 jd kesian.. agak2 nye dia boleh x memohon JKM n Zakat..Aku tgk kawan aku yg terlebih mampu elok je dpt zakat
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:01 PM | Show all posts
hmmmmmm.. maleh nak komen.... semoga dipermudahkan jela...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
harap dibantu isterinya ni.
dan harap para pendaki lepas ni yg berimpian lagi nak tawan segala gunung tu tlg sediakan apa2 yg patut utk anak bini yg ditnggalkan. jgn plak mentang bini bekerja makin seronok ko p jajah segala bukit yg ada. ye larr, bini kerja blh tlg setelkan segalanya.
tp betul la jugak mmg cari penyakit pun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami ada buat personal loan pun isteri kena bayarkan ke? Bukan ke tak perlu bayar melainkan kalau jadi penjamin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2023 12:08 PM | Show all posts
jangan lah kita mencari musibah kepada diri kita sendiri, kelak, akan menyusahkan keluarga dan diri
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:10 PM | Show all posts
hrp ada la sinar utk ahli keluarga yg ditinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully ada yg bantu bagi kerja kat dia...coz she's still young n sihat..n ada kemahiran eventho oku..kalau bantu duit ringgit takut lama2 jadi malas asyik harap org spoonfeed...biasa cina ni rajin...if dpt kerja sure buat betul2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hawari ni kerja apa
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na: Kesian pd anak isteri.. patut  ...

Betul la sis..marhaen patutnya hobi mancing kat parit,jebak terkukur jer lahh.paling2 pun kena sengat tebuan jer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:21 PM | Show all posts
sapa nk menang prn
mesti akan bantu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ada kemampuan, tawarkanlah bantuan. Dia pun minta kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:29 PM | Show all posts
mejaputih replied at 21-6-2023 11:56 AM
Hrp jd pengajaran buat yg ada angan2 impian nk buat extreme sport ni..siapkan peninggalan sekalikan  ...

betul la tu
nak p everest tu bukan macam nak p broga
so make sure la semua teratur
no akaun bank pasword semua
kalau p harap akan kembali , ye ke akan kembali
ke jadi macam gini
50/50 kan
kesian isteri dah la sedih laki taktau status hidup mati
dah kena tambah masalah nak fikir hutang piutang laki masa  hidup
kena sara mak mertua lagi
fikir masak2 la semua yang level2 b40 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni pendaki2 nak gi jauh2 tu tinggalkan lah simpanan cukup utk beberapa tahun...
Kesian family tinggal cam ni wei...buntu nak start mana dulu..anak2 lagi..hutang piutang lagi...
Sakit hati tau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:33 PM | Show all posts
Nak comment banyak pun tak guna. I cuma berharap sheols dapat kerja untuk sara anak2.

Anyway heols takde insurance ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
As long as she's willing to work, ok lah.
Bkn sekadar mengharapkan bantuan drpd org tetiap bulan.
I sokong she ols nak keje.
Lgpun status si Hawari tu tak tau apa. Kalau confirm memang meninggal, ade insurance boleh cover loan he ols.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan loan rumah ada mrta mrtt????? Free je la dpt kat bini bila laki meninggal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.087759 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list