View: 2539|Reply: 46
|
Nampak Banyak Kelibat Baju Putih, Batal Terus Niat Hiking Bukit Singa - "Insan Terpilih Je Dapat Jumpa Bunian"
[Copy link]
|
|
Dua individu yang mahu mendaki sebuah bukit di Pulau Kapas, Terengganu, terkejut apabila melihat sekumpulan individu berpakaian serba putih di kawasan tepi laut.
"Apa benda tu? Kejadian 10.48 pagi tadi. Masa tu aku dalam perjalanan nak pergi hiking tapi patah balik sebab tak ada orang pergi hiking pagi, cuma kami berdua je," tulis Muhammad Nazrin pada kapsyen video TikTok.
Di ruangan komen, ramai netizen berjenaka tentang kelibat kumpulan berbaju putih itu, tak kurang juga yang mengaitkannya dengan elemen mistik seperti orang bunian dan sebagainya.
"Jangan kacau bunian nak healing tu.
"Dari jauh nampak real macam orang bunian.
"Insan terpilih je dapat jumpa bunian ni," tulis beberapa netizen.
Bagaimanapun seorang wanita dikenali sebagai Gee tampil memberikan penjelasan bahawa dia merupakan salah seorang individu berbaju putih dalam video tular itu.
"MasyaAllah. Itu team kami sedang bercuti. Baru lepas turun bot untuk hiking Bukit Singa. Kami bukan bunian," tulisnya di ruangan komen.
Ketika dihubungi mStar, Gee berkata dia dan rakan sekerjanya bercuti di Terengganu sejak Khamis, 22 Jun sebelum mengikuti perjalanan balik hari ke Pulau Kapas pada Jumaat.
"Kami semua kawan-kawan pejabat. Kami dari Shah Alam, penerbangan kami tiba di Terengganu pada 8 pagi Khamis. Tiga hari kami di sana. Pada Jumaat, kami ambil pakej day trip ke Pulau Kapas untuk OOTD (outfit of the day).
"Saya yang tetapkan supaya semua berpakaian putih. Saya kata, siapa tak pakai putih, saya akan golek dalam laut. Total semua 13 orang termasuk anak saya.
"Tiba-tiba member maklumkan yang video kami dah viral. Ada orang rakam dari jauh. Jadi kami cuba semak masa serta tarikh, betul memang kami dalam video TikTok individu tersebut," ujarnya kepada mStar.
Menurut Gee yang bekerja di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, dia turut berhubung dengan pemuda berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada hari itu.
"Terkejut la kita dah viral. Saya pun ada WhatsApp dengan adik tu. Dia tak yakin yang baju putih semua tu manusia. Jadi lepas dah sahkan bahawa itu team saya dalam video berkenaan, dia pun ada minta maaf.
"Baca komen netizen, saya pun rasa terhibur. Bukan salah adik tu pun. Dia cuma nak kepastian. Tapi kami pun tak hiking, sebab salah seorang rakan terkena obor-obor. Jadi kami bergambar di bawah saja," ujar Gee lagi.
Tambah Gee, dia terhibur dengan kejadian itu dan tidak ambil hati tentang penularan video berkenaan.
Malah katanya, kunjungan kali kedua ke Pulau Kapas itu dianggap sebagai kenangan melucukan selepas kisah dia dan rakan-rakan sekerjanya tular di TikTok. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... lawak.. trend skrg ni kan.. bersantai tepi laut dengan tema warna putih.. mistik naw pemikiran.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa pergi bercuti pakai full suit putih. kan dah kena cop orang bunian hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni yer ke dok.. Tapi aku ada pengalaman, 7,8 tahun lepas, aku nak balik Kuantan. Keluar dari tol Gambang tu, aku rasa mcm area batu 11 dalam pukul 12lebih tgh malam. Tiba2 aku nmpk ada bus stop seberang jalan, ramai org dekat bus stop tu pakai baju putih mcm tgh tunggu bas.
Tapi masa tu aku tak pikir bukan2. Aku cuma pikir, bas dorg rosak kot, or tgh tunggu bas, tu yg duduk kt situ. So, aku buat tak tau.
Tapi, bila dah smpi umah baru otak aku berhubung. Mana ada bas dah klu dah pukul 12lebih. Lagi satu dah kenapa semua pakai, baju putih.
Tapi Lepas dari tu, tiap kali nak balik Kuantan aku mesti carik bus stop tu, tapi tak jumpa. |
|
|
|
|
|
|
|
Alih2 cuma acik2 gedik bercandaan di tepian pantai |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nampak aweks2 pakai bikini putih tepi pantai,
mesti org cakap bunian jugok |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pegi Pulau Kapas wayy back lewat tahun 90an dulu
Igt lagi bro nama Long yg bwk aku dgn arwah Mak masa tu ke Pulau Kapas ni bgtau ada tempat yg org nmpak lelaki ramai2 solat berjemaah dlm hutan kat situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai la dengan nama asal usul Pulau Kapas tuh sendirik yg berasal daripada pokok kapas yg warnanya putih ha gitchuu |
|
|
|
|
|
|
|
insan terpilih je dapat jumpa bunian? hahahaaaaa
bangunlah woooiiiii...ingat bunian ni suka2 keluar macam tu je ke? kalau suka2 keluar, takdelah hilang kena sorok |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah B40... Sikit2 mistik sikit2 mistik.... Pemikiran tak saintifik.... Aqidah dicemari animism.... |
|
|
|
|
|
|
|
mana.. dah ada orang reply katanya mereka baru turun dari bot masa tu.. tak habis habis mistik yang nak dikaitkan |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku ni..memang dia update kat FB Dorang berjimba2 kat pulau pakai baju putih semua
Alih2 hari ni viral kena cop bunian.
Amboi sakan dia tag kawan2 cerita dia viral |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah dgn hantu jembalang berpisah tiada... |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo punya orang. Asal nmpk baju putih je terus cop bunian. Apa abah ko x pnh pki baju putih ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Jikalau beribu tahun lepas mesti ramai yang percaya ……… maka terjadilah satu agama yang di tokok tambah |
|
|
|
|
|
|
|
Ye keeee bunian.. ke tu geng2 team building tengah buat beach cleaning..
Kan biasa orang tempah t-shirt sedondon utk team building activity... |
|
|
|
|
|
|
|
haha...love to meet those hot and sexy bunians...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|