CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31586|Reply: 139

ZEHRA - USTAZ AMIRUL

[Copy link]
Post time 19-12-2010 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 6-4-2011 08:19

Terbaru di Slot Zehra  "Ustaz Amirul"

Menampilkan Eira Syazira dan Ashraff Muslim

Sinopsis belom ade lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2010 10:49 PM | Show all posts
siti saleha pun ada kan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 11:08 PM | Show all posts
Heroin sendu....amiklah siti saleha atau sarah jadi heroin
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 12:00 AM | Show all posts
adeh...nape la eira syazira tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 12:04 AM | Show all posts
eira syazira ker heroin-nyer???
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 01:03 AM | Show all posts
erk....si eira sendu tu ke....
xbest langsung cara dia berlakon....
same hampeh ngan intan ladyana...
dua2 ak xsuke...
da tade org len ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2010 03:11 PM | Show all posts
sokong nicrye aje jadik heroin
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 03:18 PM | Show all posts
ada siti saleha... ala... ok la tu kan. igtnkan saleha ni heroin.
wakkakakaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 05:13 PM | Show all posts
eira syazira?? erkk...CONFIRMED takkan follow
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 05:16 PM | Show all posts
sbb dah pangkah boifren eira syazira ...maka aku tak akan follow jugak....sorry eira .awak ngan ashraf muslim tak salah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 05:18 PM | Show all posts
sbb dah pangkah boifren eira syazira ...maka aku tak akan follow jugak....sorry eira .awak ngan ashr ...
oddxx Post at 21-12-2010 17:16



   
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:17 PM | Show all posts
kalu heroin FE korang tgk tak?....aku pasti
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2010 09:26 PM | Show all posts
mcm best jer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 11:40 AM | Show all posts
eira syazira.... konpem follow... belakon best !
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 11:49 AM | Show all posts
cite mcm best, tp eira syazira tue boring laa
dah lame berlakon pun mcm tue jer
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 08:18 PM | Show all posts
hero dah best....mmg wajib tgk..... tp heroin???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2010 08:58 PM | Show all posts
teringat asrap muslim masa zaman manjalara.... berlakon cam kayu....
sekrang walawei.... lelaki idaman malaya....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 05:59 AM | Show all posts
Reply 1# lucero


USTAZ AMIRUL: SIRI DRAMA BARU BAKAL KE UDARA JANUARI 2011

Hadirku hanya kerana-Nya


Pernahkah anda mengalami sebuah situasi hebat, di mana segala keputusan dan tindakan yang akan diambil mampu mendorong kepada kemungkinan yang abstrak?  USTAZ AMIRUL, sebuah siri drama baru hasil terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang diarah oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan penulisan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim, akan membawa anda menyelami perjalanan emosi seorang ustaz, yang dicabar oleh pelbagai rintangan dan dugaan realiti, cinta, keluarga dan diri sendiri.




Bakal ke udara pada 7 Januari 2011, USTAZ AMIRUL akan menemui penonton selepas berakhirnya AHMAD DURRAH, sebanyak 13 episod di slot Zehra, setiap hari Jumaat pada jam 9.00malam. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Ashraf Muslim, Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Allana Amir, Hafidzuddin Fazil, Rahim Omar, Fauzi Nawawi, Roslan Saleh, Zoey Rahman dan ramai lagi.

USTAZ AMIRUL mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir.


Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah, dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri. Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya, jika sekiranya dia tidak mempunyai seorang calon isteri setiba dia di usia 30, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.



Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu. Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.

Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani.  Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul. Lalu, Ustaz Amirul berusaha mencari Adawiya semula, serta memohon maaf daripada keluarganya, akan tetapi, usahanya tidak berjaya.

Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah USTAZ AMIRUL yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.

Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.

Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu. Segala persoalan akan terjawab dalam drama baru USTAZ AMIRUL ini, yang bakal menemui penonton pada 7 Januari 2011, pada setiap hari Jumaat, jam 9.00malam, di slot Zehra, hanya di TV3!







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 09:15 PM | Show all posts
x tgk smlm..........ada sapa2 uplod lagi x??
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 10:33 PM | Show all posts
br nak start..ingatkan dah start.fuh3
strawbenna Post at 1-1-2011 21:55



    mati2 aku ingtkan dah start.....belum ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.243293 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list