CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7993|Reply: 61

Selesa Hidup Menduda, Along Cham Kesal Ada Pihak Sengaja Ungkit Kisah Silam Rumah Tangga, Bimbang Mental Anak Terganggu

[Copy link]
Post time 15-7-2023 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Pelawak dan pelakon, Along Cham menegaskan dia masih belum terbuka hati untuk kembali berumah tangga walaupun sudah tujuh tahun menduda.


Kata selebriti berusia 40 tahun itu, dia terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk memikirkan pasangan hidup sekali gus mencari pengganti.






"Saya masih lagi solo ketika ini, mungkin terlalu sibuk dengan kerja. Saya bukan serik tapi saya kurang mencari.


"Saya lebih suka duduk di rumah... habis apa-apa penggambaran saya akan terus balik rumah," katanya.


Kata Along lagi, buat masa ini dia lebih memberikan fokus kepada anak tunggalnya iaitu Ahmad Daniel yang kini berusia 12 tahun.


Malah, ibunya juga tidak memaksa dia berkahwin kerana percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.


"Ibu saya bukan jenis kenen-kenenkan anak dia, cuma kadang dia bertanya juga. Anak saya pula okay sahaja, dia paling kuat menyakat.


"Nak kahwin ini kena ada keinginan tak akan nak bercinta lama-lama. Kalau saya nak kahwin lagi saya akan pastikan perkahwinan itu adil untuk anak saya.


"Saya percaya ada sebab saya bertemu jodoh lagi, mungkin tuhan beri peluang untuk saya jaga keluarga dulu," katanya.






Dalam pada itu, Along memberitahu dia sedikit kesal apabila ada pihak berkongsi semula mengenai kisah silam melibatkan dirinya.


Dia bimbang jika mental anaknya terganggu apabila membaca kisah berkenaan kerana kanak-kanak pada hari ini lebih terdedah dengan dunia internet.


"Cuma saya agak terkilan apabila kisah lama saya dikongsi semula. Saya sebenarnya bimbang dengan keadaan anak saya... risau kalau kisah itu menjadi bualan kawan-kawan semasa mereka di sekolah.


"Saya harap sangat yang lepas biarkan berlalu, tak payah dikongsi semula.


"Saya pun percaya anak saya mengetahui hubungan ibu bapanya menerusi carian internet sebabnya dia pernah cakap kisah kami macam pemain bola sepak Neymar," ujarnya.


Untuk rekod, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 34, pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak.


Pada 13 Ogos 2016, isteri pelawak itu ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.


Pasangan ini kemudian mengambil keputusan bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka anak sebijik muka mak, btw hub anak dia ngn ex wife dia ok ke tidak?
Sian juga bila anak2 dia baca balik pasal kisah kontroversi dorang dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke netizen yg concern tntang hidup si along ni. Concern dia nk kawen bila dgn sapa semua ni.

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 01:18 PM | Show all posts
dah la sendu... sape la yang nak ungkit pun ya ampunnnn...

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 01:20 PM | Show all posts
okla jarang2 muncul kisah
daripada si tikus bubble bee saban minggu keluar aje cerita
sial
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la dia ni fokus jaga anak tak lah sibuk nak mencari pengganti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la..baru2 ni naik fyp kat tiktok pasal kes zila kena ambush
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Citarasawani replied at 15-7-2023 01:30 PM
Patut la..baru2 ni naik fyp kat tiktok pasal kes zila kena ambush

Si Zila tu kawen tak dgn rakan sekhalwatan dia tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Soeb blm 2 tahun dah tak tahan long
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Along ni bagus. Kesian dapat bini birah takde maruah. Beza betul perangai dengan shuib
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun dia tak popular, tapi bagus dia risaukan mental health anak dia. Budak2 sekolah zaman Skrg mulut boleh tahan. Ntah cikgu pun nyindir2 agaknya. Sebab ex bini dia birahhh sgt.

Along mesti trauma teruk dgn perangai Zila sampai x cari ganti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dia ada awek ke dulu? Dah putus ke? Awek yg suka ketip kuku dia. Maklumlaa dulu katanya xreti ketip kuku. Sekarang kuku ko panjang ke pendek?? Tanya je..

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
La bila masa plak org bckap psl ko lately?? Sendiri ingtkn netizen ex wife kne tgkap bsh dgn jntan lain kn? Selain tu ko nk perli soeb ke noks?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai ols rasa org ungkitkan kisah silam si Zila kat Tiktok tu. Terpalit lah nama Along ni. And knowing that kids nowadays have unlimited access to info, socmed, he's worried the spread of Zila's story will affect their son mentally or emotionally. Budak skarang mulut camsial. Cikgu2 pun apa kurangnya. Nak2 pulak kalau cikgu kaki Tiktok. Abis kalau anak Along nakal kat sekolah ke apa, kengkawan ejek "mak kau s_____" tak ke nayaaaaaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 02:55 PM | Show all posts
Suchi replied at 15-7-2023 12:44 PM
Muka anak sebijik muka mak, btw hub anak dia ngn ex wife dia ok ke tidak?
Sian juga bila anak2 dia b ...

Tak berapa ok. Si zila tu tenggelam timbul. Kejap dtg jumpa anak, lepas tu berbulan2 lost contact.

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 02:55 PM | Show all posts
makita replied at 15-7-2023 01:54 PM
Si Zila tu kawen tak dgn rakan sekhalwatan dia tu?

Tak pun
Jantan tu still perangai sama, cari mangsa sana sini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 15-7-2023 02:29 PM
La bila masa plak org bckap psl ko lately?? Sendiri ingtkn netizen ex wife kne tgkap bsh dgn jntan l ...


ada forummer tulis kt tiktok org share balik. Thats why along cakap jgn share lg.
Tak keluar kt timeline u kot, keluar kt timeline org lain dan along sendiri la kot.
Of course la bukan semua benda keluar kt feed kita
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kata si zila tu die x dpt jmpe anak ke? Sbb syarat Along klau nk jmpe anak kena g jmpe dekat rmh mak si along je..So zila tu mgkin x selesa ngadap bekas mak mertua yg mesti pandang serong kes die..patut nye permudahkn la bg jmpe dekat mne2..

Hak seorg ibu kpd anak jgn dinafikan walau sejahat mne ex wife tu dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 15-7-2023 02:55 PM
Tak pun
Jantan tu still perangai sama, cari mangsa sana sini

Zila rasa dah kawen lain tp dgn jantan lain bkn yg kena tangkp dgn die tu..Dah la on off tudung sekejap free hair sekejap berhijab balik..mcm xde pendirian hidupnye..Syg je kehidupan dah dpt laki baik dulu di sia kn..bakat pun ada suara sedap tp dek kerana kesundalan harus la di boikot industri..Klau x mesti bleh buat comeback..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kerani_je replied at 15-7-2023 03:29 PM
Bukan kata si zila tu die x dpt jmpe anak ke? Sbb syarat Along klau nk jmpe anak kena g jmpe dekat r ...

Takkan ex Mak mertua dia nak pandang lurus kat Zila.

Pandangan boleh diluruskan kalau Zila berusaha.
Dia yang buat sampah, dia la bersihkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.069812 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list