Pernah baca kan kisah cinta lagenda, mcm Romeo dan Juliet, atau cerita Nabi Adam dan Hawa atau Nabi Yusuf dan Zulaikha, cerita Samson dan Delaila jugak antara kisah cinta popular dan diceritakan sejak sebelum kelahiran Nabi Muhamad s.a.w lagi. Kerana cinta manusia tu sanggup buat apa saja, sanggup berkorban, yang takut jadi berani, yang kedekut jadi murah hati..hehe betui ke? nak belanja awek makan, mana buleh kedekut. Nak belanja baju baru , topup sms lagi mana buleh kedekut kan.. kan?? lautan api sanggup kurenangi inikan pulak topup..haha!! Kerana cinta jugak manusia jadi lemah dan lupa bak kata orang, bila dah jatuh cinta jadi angau, makan tak lalu, tidur tak cukup. Lagi satu, kerana cinta jugak orang sanggup ketepikan kata mak ayah, tu yang jadi ke lari ikut boifren.
Ok berbalik pada cerita cinta Samson Delaila yang bakal ditayangkan di slot Samarinda tv3tak lama lagi, pengarahnya Raja Ahmad Alaudin, penulis skrip Azlina Pak Wan yg tulis skrip untuk drama Chinta. Kali ni Fasha Sandha dan Ady Putra lagi digandingkan bersama, wah!! ada chemistry ni depa berdua ni, sapa yang seronok tengokFasha dan Ady Putraberlakon dlm Chinta boleh le tengok lagi depa bercinta dalam Samson Delaila. Kisah cinta Samson dan Delaila pernah difilemkan oleh Barat dan banyak versi.
Fasha dan Ady Putra
Kisah Samson dan Delaila ni yang diceritakan oleh Nabi Muhamad s.a.w kepada para sahabat lebih kurang begini le yang Nuriz baca..
Samson atau Nabi bernama Sam’un Ghozi as dari Bani Israil. Sam’un ada mukjizat boleh melembutkan besi dan boleh meruntuhkan istana. Sam’un dulunya berperang melawan kaum kafir dan Raja Israil dengan kekuatan yang dikurniakan Allah padanya. Hingga Raja Israil ni tak dapat melawan Sam’un, oleh tu dia pun umumkan le pada sesiapa yang boleh kalahkan Sam’un ni dia nak bagi le hadiah emas dan permata yang berlimpah limpah.
Sam’un ni rupanya telah jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Delaila, banyak versi sangat, dalam versi lain Delaila ni digambarkan seorang perempuan yang agak jahat atau pelacur. Mungkin dalam ceritaSamarinda Samson Delaila yang bakal ditayangkan di Tv3 dengan 20 episod ni, Fasha Sandha akan jadi Delaila yang liar dan banyak tipu muslihat atau jadi pelacur lagi mcm dulu yang jatuh cinta dengan Samson lakonan Ady Putra kot.
Berbalik kepada cerita Nabi Sam’un as tadi, Sam’un pun berkahwin dengan Delailatapi Delaila ni telah mengkhinat cinta mereka, dan telah menipu suaminya sendiri. Begitu tragik kan kisah ni. Mungkin kerana nak kaya Delaila sanggup buat macam tu kat Sam’un. Dalam versi lain,Delailani telah diupah oleh Raja Israil dengan wang yang banyak untuk mencuri segala rahsia Sam’un. Oleh sebab Sam’un ni terlalu sayangkan isterinyaDelaila, dia ceritakan segala rahsia mukjizat dan kekuatan dia pada Delaila, ye la kan dah jadi isteri, semua rahsia dikongsi bersama sebab tak terlintas di fikiran isteri dia yang nampak baik boleh berubah hati atau ada niat jahat. Mukjizat Sam’un ni terletak kat rambut dia, kalau dicukur baru le mukjizat dia hilang. Jadi dia pesan kat Delaila kalau nak lemahkan dia maka cukurlah rambut dia. Dalam cerita Nabi, Delaila telah cukur rambut Sam’un as semasa dia tidur dan mengikat Sam’un dengan rambut tu dan dibawa ke istana Raja Israil dan dia diseksa di sana.
Digambarkan jugak Sam’un atau Samson ni ialah lelaki yang berkuasa dalam pada masa yang sama dia lemah dengan godaan dan kerana cinta kepada wanita bernama Deliala yang paling dicintainya dia sanggup buat apa saja.
Setelah Sam’un dibawa ke istana, dia diseksa dengan kejam sekali, mata dia dibutakan dan dicungkil dan diperlihatkan kepada semua orang di istana Raja Israil. Nabi Sam’un Ghozias berdo’a kepada Allah SWT. Beliau berdo’a kemudian memohon pertolongan atas kebesaran Allah. Do’a Nabi Sam’un Ghozi as dikabulkan dan istana raja bersama seluruh masyarakatnya hancur beserta isteri dan para kerabat yang menghianatinya. Kemudian nabi bersumpah kepada Allah SWT akan menebus semua dosanya dengan berjuang menumpas semua kekufuran selama 1000 bulan tanpa henti.
Ok mcm tu le lebih kurang cerita lagenda Samson Delaila , sinopsis drama ni belum jumpa, nanti dupdate lagi. Tak sabaq rasa nak tunggu cerita ni kat tv3 ni teruja jugak le kan dengan kisah cinta lagenda ni..heheh!! Mungkin lepas drama Ayoub habis tv3 ganti dengan cerita baru ni.
Pelakon utama Samson Delaila: Fasha Sandha dan Ady Putra.
Pengarah : Raja Ahmad Alaudin
Penulis skrip: Azlina Pak Wan
Pelakon lain, Dato Jalaluddin Hassan, Rosnah Johari, Ako Musatafa, Azhar Sulaiman, dan Intan Azura