View: 7248|Reply: 35
|
Yusof sangkal dakwaan hanya mahu menantu anak 'orang kaya'
[Copy link]
|
|
Edited by Raline at 29-10-2023 06:35 PM
Yusof sangkal dakwaan hanya mahu menantu anak 'orang kaya'
Yusof dan Patimah tidak memandang status, sebaliknya merestui sesiapa sahaja pilihan anak.
KUALA LUMPUR: Penerbit Datuk Yusof Haslam enggan mengulas dakwaan anaknya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof didakwa berkahwin dengan anak pemilik syarikat permotoran.
Yusof dalam temu bual bersama program hiburan Melodi, TV3 berkata, perkara itu di luar pengetahuannya dan isteri, Datin Patimah Ismail. Beliau juga enggan masuk campur kerana mereka tidak tahu menahu mengenainya.
Katanya, dia hanya mengetahui kisah Syamsul dan wanita berkenaan menerusi aplikasi TikTok, namun tak menafikan terkejut dengan berita itu.
Gambar Syamsul dan wanita yang juga anak pemilik syarikat permotoran tular sehingga menimbulkan persepsi bakal berkahwin lagi.
"Sebenarnya, saya terperanjat tengok dalam TikTok. Saya dan isteri tak tahu menahu mengenai hubungan mereka.
"Kami tak boleh komen sebab ia di luar pengetahuan.
"Mungkin tidak betul, mungkin masa Syamsul beli kereta dahulu. Jadi, Syamsul kenal pemilik dan anak perempuannya.
"Lagipun, saya tengok itu gambar lama," katanya.
Sementara itu, Yusof turut menyangkal dakwaan tindakan isterinya yang menyukai foto wanita di Instagram tanda merestui hubungan itu.
"Isteri saya letak tanda suka bukan bermakna merestui, tidak. Zaman siber sekarang orang boleh buat macam-macam andaian.
"Namun, kami pasrah sahaja," jelasnya lagi.
Pemilik syarikat produksi Skop Production turut menyangkal dakwaan dia dan isteri hanya mencari menantu setaraf.
Katanya, dia dan isterinya tidak pernah meletakkan status, malah merestui sesiapa sahaja pilihan anak.
"Jangan kaitkan nama isteri kononnya merestui hubungan sebab wanita berkenaan orang kaya, sama taraf.
"Saya dan isteri tak pernah anggap kami kaya. Siapa sahaja pilihan anak, kami terima.
"Tak pernah ada dalam kamus hidup kami nak pilih menantu kaya.
"Kami hamba Allah, dulu pun siapa kami. Jangan kaitkan soal kaya dan nak samakan taraf dengan pilihan anak. Demi Allah tak pernah," katanya.
Mengulas ramai mendoakan rumah tangga Syamsul dan Ira Kazar berakhir dan Syamsul mengahwini wanita itu, Yusof berkata, netizen boleh membuat andaian dalam dunia imaginasi mereka.
"Saya tak pernah doakan begitu (bercerai). Bagi saya, setiap orang ada kehidupan masing-masing.
"Syamsul dan Ira sudah jadi suami isteri, soal nak madu atau dimadukan, itu bukan urusan saya.
"Lagipun, saya sudah lama tak jumpa Syamsul. Sebagai orang tua, kami hanya mengharapkan Syamsul dapat keredaan Allah.
"Mudah-mudahan Syamsul dan isteri bahagia dalam kehidupan rumah tangga," katanya yang sudah lebih setahun tidak berjumpa Syamsul.
Terdahulu, tular kisah mendakwa selebriti popular bersatus suami orang sedang menjalinkan cinta dengan wanita yang juga ahli perniagaan.
Rata-rata netizen memetik nama Syamsul berikutan foto menyambut hari jadi bersama rakan dan wanita berkenaan tular dalam media sosial.
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... ntu-anak-orang-kaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah ira kazar
Dh berjaya pecah belahkn rmhtgg/ keluarga org
Semoga cepat mendapat balasan |
|
|
|
|
|
|
|
Samsul malu sndri kot nk ngadap org tua.. dgn adik bradik, org gaji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nk tau satu je ni
Betulke sol2 dh ceraikn ik |
|
|
|
|
|
|
|
no komen
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya dan isteri tak pernah anggap kami kaya. Siapa sahaja pilihan anak, kami terima.
Lolllll.....kata2 x melambangkan action... |
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 29-10-2023 06:33 PM
Aku nk tau satu je ni
Betulke sol2 dh ceraikn ik
Mana cuols dgr gusip yini |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 29-10-2023 07:45 PM
Kesian Tok Sop, setiap kali ada isu melibatkan soley, wartawan cari dia untuk dapatkan komen sebab soleynotelo diam membisu. Patut jawab lah sendiri. Acah2 tak nak komen isu peribadi konon. Jadi suami gagal, jadi anak gagal. Drama lama belum settle, ko create drama baru. Semoga melingkup, filem2 semua tak laku. Dasar narc. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde hal lah kalau betul pun.. OK je..... Eloklah sekufu senang byk segi. |
|
|
|
|
|
|
|
tgu je sol mengaku dia skrg duda atau masih menantu rentis tua tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 29-10-2023 07:51 PM
noor2 replied at 29-10-2023 06:44 PM
Saya dan isteri tak pernah anggap kami kaya. Siapa sahaja pilihan anak, kami terima.
Soleynotelo dah bawak balik bini bighah dia tu jumpa dia dan isteri ke belum? Takkan nak harapkan dia yang pergi mengadap anak dan menantu hantu? Dah setahun lebih tak jumpa. |
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 29-10-2023 06:33 PM
Aku nk tau satu je ni
Betulke sol2 dh ceraikn ik
Betul ke ni? Ada ura2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
missHaidiD replied at 29-10-2023 07:34 PM
Mana cuols dgr gusip yini
Kt benang ps aa |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah tu. Menantu-menantu yang lain pun golongan sederhana je.
Apa pun harap sgt Tok Yusof tak dijemput jadi juri undangan ASGV |
|
|
|
|
|
|
|
Si bapak lembik sgt xtegas sikit, ni lah hasilnya. Hukuman itu perlu di apply jika anak ada berbuat silap. Klu bapak x abis2 maafkn, restu, redha, menunggu anak tu balik, smpai ke sudah anak naik tocang. Datok mmg baik, peribadi datok boleh dpt respect dri org yg mau melihat. Tp kebaikan datok disalahtafsir bagi anak yg mlmpau. Syafik mgkin matang dan dgr cakap. Tp utk sol datok kena lebih garang sbb sol abit wild. Ha sudah lah lantak la komer. Skrg org dh nk makin lupakan sol sbnrya. Lebih fokus pd filistine. Drama sol mana abis. Xtau kurun bila nk habis. |
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 29-10-2023 08:12 PM
Kt benang ps aa
Benang pasal AA ke cuols.patut asik naik je |
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 29-10-2023 06:33 PM
Aku nk tau satu je ni
Betulke sol2 dh ceraikn ik
Eish mana you baca @ dengaq pasai ik kena cerai ni |
|
|
|
|
|
|
|
Diamondmoney replied at 29-10-2023 08:29 PM
Benang pasal AA ke cuols.patut asik naik je
ye sis
Harap2 betul la berita tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|