View: 61530|Reply: 772
|
RM6 bilion untuk kapal peronda baru TLDM - sebijik kapal 1 Billion...?
[Copy link]
|
|
Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pembinaan kapal peronda berkenaan akan memberi anjakan ekonomi berikutan ia dapat memberi faedah kepada 632 syarikat vendor yang merupakan rakan strategik Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd dalam menjayakan projek tersebut.
"Justeru itu kita akan pastikan sekurang-kurangnya RM2 bilion daripada peruntukan tersebut dapat dinikmati manfaatnya oleh 632 buah syarikat tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat industri bagi projek berkenaan di Lumut hari ini.
Katanya beliau sendiri akan memantau projek berkenaan dan memastikan semua pihak mendapat manfaat serta tidak timbul masalah kelewatan pembayaran kepada pihak vendor.
Beliau berkata BNS Sdn Bhd telah membuktikan bahawa syarikat itu kini setanding dengan syarikat lain di dunia apabila sebelum ini menempa kejayaan membekalkan beberapa buah kapal peronda generasi baru untuk kegunaan armada TLDM.
Pada 28 Dis lepas, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memaklumkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada BNS Sdn Bhd untuk membina enam kapal peronda di bawah program SGPV yang akan bermula pada tahun 2012.
Beliau berkata penambahan enam buah kapal peronda itu akan mengurangkan kekangan aset yang dihadapi TLDM selepas menyerahkan 17 kapalnya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari tahun 2005 hingga 2006.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata kerajaan mensasarkan kawasan persisiran pantai Lumut-Bagan Datoh di sini akan menjadi limbungan pembinaan kapal bertaraf dunia dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang.
Katanya industri pertahanan termasuk industri perkapalan amat berpotensi di rantau Asean dan menjana pendapatan sebanyak US$25 bilion setahun.
"Jika kita berjaya menarik sekurang-kurangnya 20 peratus daripada perbelanjaan pertahanan ke dalam negara, sebanyak US$5 bilion atau RM15 bilion dapat dijana dan dinikmati oleh syarikat di negara ini," katanya.
Katanya kerajaan sedang giat melaksanakan usaha bagi menarik sebanyak mungkin projek berasaskan industri pertahanan termasuk pembinaan kapal ke Malaysia.
- Bernama
------------------------------------------------------------
apasal mahal sangat sampai sebijik kapal 1 Billion...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by darkharis at 7-2-2011 18:41
betul ke artikel tu tulis... 1 kapal 1 billion.... giler lah....
adakah kos ini termasuk gomen nak bangunkan industri perkapalan...buat infra + pinjaman pada sub kontraktor??.... then kalau takde negara lain beli?...camane?.... |
|
|
|
|
|
|
|
'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'
Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.
Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.
NONEIsrael, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.
Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.
"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Komesen humno berapa precent neh???
'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus' |
|
|
|
|
|
|
|
modal nk songlap |
|
|
|
|
|
|
|
takkan harga kapal besar sama mahal dgn kapal terbang? |
|
|
|
|
|
|
|
masuk poket!!` masuk poket!!~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dCrook at 7-2-2011 18:47
tgk ler jenih OPV tuh.. yang nak diambil tu jenis Corvette yang diubah supaya boleh buat kerja OPV. Tgk la spec TLDM lak, diorang nak kapal tu boleh support heli ke tak? Plus yang jadi mahal tu pun sbb ianya termasuk Blueprint kapal tu sendiri so that after this boleh bina kapal tu without bayar license lagik dah and jual kat negara lain. Selain blueprint, kos rm6 billion tu pun termasuk persenjataan dan latihan krew. Nak murah beli kapal togel jek le. takyah bina sendiri. krew lak amik krew jack sparrow jek.
si tony pua ni lak satu, gik compare ngan kapal2 yang dah outdated tech dah. skang kapal guna stealth nyer tech mcm singapore nyer formidable class.. kalo compare ngan kapal taraf greek jek wat pe.. |
|
|
|
|
|
|
|
kapal yang kerajaan nak beli tu tahan, kalis bom atom. itu pasal lah mahal.
gitu gamaknya
mampus lah rakyat Malaysia nanti kena tax tinggi, sekarang pun astro dah ada GST |
|
|
|
|
|
|
|
tgk ler jenih OPV tuh.. yang nak diambil tu jenis Corvette yang diubah supaya boleh buat kerja OPV. ...
dCrook Post at 7-2-2011 18:44
beli mahal2 nak buat apa?berperang dengan lanun somalia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
beli yg canggih salah..beli yg 2nd hand salah...apolah puak2 ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
RM 1 000 000 000.00 untuk sebiji kapal je? |
|
|
|
|
|
|
|
beli mahal2 nak buat apa?berperang dengan lanun somalia ke?
rabun_it Post at 7-2-2011 19:48
utk pertahan kan negera la.. TLDM kalo ko nak tau dah tak cukup asset. banyak yang dihulur ke Maritim Malaysia. Even our NGPV yg operational skang pon dah overwork dah. plus kapal2 lain lak dah usang. certain kapal dah cecah umur 30-40 tahun dah. Itu la pentingnya SGPV nih. malaysia sepatutnya ada 27 bijik kapal ni tapi sbb takde duit potong jadik 18 jek.. Bila nak beli baru marah.. beli yang lowtech pon marah. Kapal nih sekelas Corvette tapi diubah label jadi Patrol Vessel supaya tak nampak mengancam jiran sekeliling. Kalo letak corvetter mau jiran2 lain melatah tgk malaysia nak ada 18 corvette. |
|
|
|
|
|
|
|
RM 1 000 000 000.00 untuk sebiji kapal je?
koinzell Post at 7-2-2011 19:49
tak, itu matematik tony pua jek 6bil bahagi 6. Semua kos tu termasuk training, weaponry, blueprint aka ToT.. lepas ni Bousted boleh bina kapal tu sendiri and jual kat negara lain lak. Weaponry dibeli in bulk.. buang tebiat jek beli missile cukup2 utk pasang kat missile tube yang ada. cth ade 4 tube, jadi beli 4 missile jek. buat gelak dek orang ade la. |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau berkata pembinaan kapal peronda berkenaan akan memberi anjakan ekonomi berikutan ia dapat memberi faedah kepada 632 syarikat vendor yang merupakan rakan strategik Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd dalam menjayakan projek tersebut.
parking Post at 7-2-2011 18:20
logik jugak nih...... sebuah kapal yang besar...... persenjataan lain, pembuatan lain, finishing lain, besi lain, sistem generator lain, sistem enjin kapal pun lain.... bousted hanya buat kapal.... senjata semua ada specialist derang.....sebab tu perlu banyak vendor..... |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya benda yang berkaitan military procurement susah nak cakap mahal ke murah sebab kita tak tau apa sistem yang derang gunakan....persenjataan macam mana, radar yang macam mana....... lagipun military standard lain dengan komercial standard...... untuk komercial standard 1 billion tu mahal.... untuk military, cannot say..... |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana x mahal klu semua bagi pd vendor.
akhir kalam jadi mcm proton. rosak binasa sebab vendor.... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
sila lihat laporan audit tahun 2008....
semua cerita tentang syarikat kapal ni dah bgtau dalam tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# alzan
jangan le samekan vendor military ngan vendor proton. ko ingat diorang taraf same ke? |
|
|
|
|
|
|
|
wang rakyat...wang rakyat...yaaaa wang rakyat yaaaaaaaaaaaa wag rakyat 40x
maaf la..meratib sket |
|
|
|
|
|
|
| |
|