CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11533|Reply: 86

Kereta Kebal Israel Depan Mata, Heliza Helmi Nyaris Kena Bom

[Copy link]
Post time 3-11-2023 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Datin Seri Heliza Helmi mendedahkan dia pernah berdepan detik cemas apabila hampir dibom oleh tentera zionis Israel ketika berada di Gaza beberapa tahun lepas.


Menerusi temu bual eksklusif dalam program Show Dalam Bilik, aktivis kemanusian itu berkata, ketika kejadian dia bersama beberapa rakyat Palestin sedang meraikan kemenangan. Namun secara tiba-tiba datang dua kereta kebal milik Israel di hadapan mereka.


Foto: IG




"Ada satu ketika itu saya dan pasukan pergi ke satu tempat untuk meraikan kemenangan Gaza. Tiba-tiba datang datang dua buah kereta kebal yang muncul depan kami, kemudian bertanya kereta kebal milik siapa.


"Rupanya itu kereta kebal milik tentera musuh, kereta itu berpusing menghadap kami, kemudian kami berlari untuk selamatkan diri. Allah lindungi kami, mungkin tentera musuh nak lepaskan bom, tapi mungkin tidak berjaya. Mereka patah balik.


  



"Itu adalah pengalaman pertama saya berdepan dengan kereta kebal musuh secara dekat.


Heliza turut berkongsi pengalaman dia bersembunyi dalam liang lahad kerana mahu mengelak daripada serangan Israel.


"Misi-misi yang lain pula, Allah beri rezeki pada saya. Kalau ada yang masih ingat, saya pernah kongsikan sebelum ini, saya pernah bersembunyi dalam liang lahad sebelum lari masuk van dan pecut untuk selamatkan diri. Sebab waktu itu ada dua serangan dari udara dan darat.




  



"Selang beberapa minit, tempat yang saya dan pasukan tinggalkan itu telah dihujani dengan bom. Itulah antara momen yang saya hadapi"


Adik Heliza iaitu Hazwani Helmi turut berkongsi pengalaman ketika dia bersama beberapa rakyat Palestin diperhatikan oleh drone milik Israel.




  



"Ada juga sekali itu, saya sedang berborak dan duduk dengan rakyat Gaza, Tiba-tiba ada datang satu bunyi, saya tanya mereka bunyi apa itu, mereka jawab bunyi drone.


"Mereka kata itu adalah drone milik Israel, saya terus terkejut bila tahu. Saya kata adakah kita sedang diperhatikan. Mereka kata, ya memang sedang diperhatikan. Itulah Israel, mereka takut, setiap hari akan perhatikan rakyat Gaza." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite lama pun nak bongak balik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh netizen MenDERMA Ke
Sampai terobek kisah yg LAma
Ambil kesempatan
Fake much
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah kena bom ko kan nak mati syahid di sana
Time tu Doa aje lah yisrael btl2 bom
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade tak dia cerita mula2  dia sampai kt sana sampai balik melesia ape yg diorang buat? Maksud aku diorang pergi atas kapasiti ape? Hari tu aku tanye takde jawapan.....ade tak sape2 tau?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Muslimah Muka awam ni lagi. Terpaling palestin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts

Ntah ye ntah tidak keta tu nk bom, ntah2 saja lalu
Nk nmpk hype, kau pun membongak
Patut kau tenung balik keta tu dgn mata ikan kau
Lps tu buat muka comel, mn tau driver keta tu terpikat ngan kau
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 02:37 PM | Show all posts
makayah dah tua..fikir 100x lah nak pergi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah beriya betol cakap hampir kena bom. Padahal kereta kebal tu lalu jurrrrr. Cerita mestilah nak kena gempak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Rugi x kena bom. Kalau x dah mati syahid. Maknanya Allah belum nk pilih utk mati cara begitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 03:19 PM | Show all posts
mohon bawa laki dia sekali ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
laki janggut dia apa cerita skrg
kalauntak ada je benang psl depa
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila depa ni nk lepaih pi syria kesian sgt asyik throwback xde kesudahan ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 03:29 PM | Show all posts
terpaling serah tengkuk nak mampus
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko jgn kehulu kehilir overdressed sgt boleh tak? hamas tu pakai t-shirt biasa,seluar track adidas ciplak je pegi perang ko tau kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ladyxez at 4-11-2023 02:06 AM

Mengimbau lagi..., sampai i confused fikir dia ada di sana ..., apo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang bukan dia meminta mati syahid ke sebelum ni? Dah kenapa nak takut pulak nampak kete kebal? Patutnya tawakal je la
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nizleen86 at 3-11-2023 04:33 PM

Hantar la dua bradik terpaling ni pergi sana cepat2. Dengan overdressnya lagi. Si nadir pun tak terpaling mcm ni pdhal dia lagi tempuh benda yg lebih dahsyat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
i tak tau la. mmg sbb i tak berapa baik kot. tapi i tak suka dia dgn adik dia. i rasa mcm diorang over ride isu Palestine ni. nadir yg duk gaza tu pon tak over mcm diorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau dengan Kekrol xde beza

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.536953 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list