View: 2890|Reply: 26
|
Umur Dah 25 Tahun Tapi Macam Budak Sekolah Rendah
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Usia mencecah 25 tahun tanggal 6 Julai lalu namun saiz badan Muhammad Afis Awis sudah seperti kanak-kanak sekolah rendah dengan ketinggian 138 sentimeter (sm) saja.
Ada yang tidak percaya Muhammad Afis sudah dewasa walaupun dia sudah bertugas sebagai pembantu tadbir di Universiti Sultan Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini.
Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, dia dilahirkan normal namun disahkan menghidap penyakit artritis idiopatik juvana (JIA) ketika berumur lima tahun.
Foto: Harian Metro
Pemuda dari Gong Badak, di sini yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal itu berkata, dia satu-satunya dalam keluarga yang ada penyakit berkenaan.
Katanya, simptom awal dialaminya adalah sakit sendi yang menyebabkannya badan dan tulangnya membengkok.
Akibatnya, Muhammad Afis hanya sempat bersekolah tadika selama seminggu saja sebelum berehat.
"Waktu itu, saya bersama keluarga menetap di Kelantan namun perlu berulang alik ke Hospital Selayang, Selangor untuk menjalani pemeriksaan lanjut dengan doktor.
"Mulanya tak dapat kenal pasti punca penyakit sampai doktor nak ambil air tulang belakang tapi ayah tak benarkan.
"Akhirnya iaitu dalam tahun sama, doktor dapat kenal pasti juga. Dua tahun juga saya rehat dan tak sekolah tadika sebaliknya terus masuk Tahun Satu.
"emeriksaan masih dijalankan cuma dalam tempoh tiga hingga enam bulan sekali dan sampai sekarang, saya masih bergantung dengan ubat tahan sakit, Prednisolone yang tujuannya mengurangkan keradangan sakit," ketika dihubungi Harian Metro.
Muhammad Afis berkata, kali terakhir ketinggiannya bertambah adalah ketika 2020 iaitu selepas mendapat vaksin kali kedua.
"Sebelum 2020, ketinggian saya adalah 127 sm dan lama juga tak berubah sehingga selepas terima vaksin kedua," katanya.
Mengimbas zaman persekolahan, Muhammad Afis, dia pernah diejek oleh rakan di sekolah malah dapat gelaran seperti pendek dan ketot hingga dia jadi lali
Katanya , ramai juga memandang hairan apabila dia berada di khalayak namun yang paling ketara sewaktu dia menyambung pengajian di kolej dan baru memasuki alam pekerjaan.
"Ada yang ingat saya budak genius waktu masuk kolej kerana nampak macam kanak-kanak.
"Waktu hari pertama menjalani latihan industri, majikan terkejut malah ada yang ingat saya anak kakitangan di situ.
"Bimbang juga nak minta kerja dulu kerana khuatir tak diterima disebabkan fizikal tapi rezeki saya apabila lepas temuduga walaupun panel penemuduga sangat terkejut sebaik lihat saya," katanya yang mempunyai berat 37 kilogram (kg).
Muhammad Afis berkata, cabaran lainnya adalah ketika mahu mendaftar untuk mengikuti kelas memandu bagi mendapatkan lesen kereta.
"Cabarannya adalah kerana saya diminta sediakan kereta sendiri yang sudah diubahsuai dan agak 'down' juga kerana waktu itu belum kerja.
"Bagaimanapun, rezeki saya apabila dapat kerja dan berjaya beli kereta sendiri. Awalnya saya beli pedal khas di dalam talian namun tak ada masalah rupanya bawa kereta macam biasa walaupun pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) macam tak yakin tengok saya.
"Alhamdulillah, saya lulus ujian memandu selepas percubaan pertama dan boleh memandu sampai sekarang walaupun ada saja yang memandang hingga saya berasa diri ini seolah barang pameran di muzium yang selalu diperhatikan," katanya.
Seperti insan lain, Muhammad Afis juga menyimpan impian untuk berumah tangga.
"Saya pernah ada teman istimewa namun hubungan kami bertahan sekejap saja dan dia pergi selepas pertemuan pertama, mungkin sebab tak boleh terima kekurangan saya.
"Meskipun begitu, saya belum berputus dan tetap berharap serta berdoa semoga bertemu jodoh dengan wanita yang boleh terima saya satu hari nanti.
"Saya juga merancang untuk beli rumah sendiri jika ada rezeki dan diharap impian itu tercapai," katanya.
Tambah Muhammad Afis, niatanya berkongsi kisahnya di TikTok adalah memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakitnya.
"Saya juga mahu beritahu masyarakat yang saya bukannya orang kerdil tetap jadi begini kerana JIA," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..rasanya he has strong support from family mentally dan financially..ye la ulang alik kelantan ke selayang mkn byk duit tu...and rezeki dia Allah buka berjaya dpt kerja elok...hrp dpt jodoh baik2 nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Nk wat lawak pasal cocok air soci tu.
Tp mcm xsensitip pulak.
Yg cenonet kt tganu ka hapa tu pn bjodohan ngn lelaki normal, harap adik ni pn btemu jodohnya. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin makwe tinggalkan dia lepas first date sbb rasa macam pedo ... tak semua org boleh nampak dia dewasa |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia pun mcm bdk2 yg baju pink tu skali pandang mcm bdk darjah 6. mujur baju kelabu tu dah matang sikit ada kumis kot.
harap ada jodoh lepas ni
dok trg kerja gomen even pembantu tadbir pun dah blh selesa kalau pandai control kewangan. |
|
|
|
|
|
|
|
badan aje kecik tu...kote nya besar dr org biasa...acik2 porum tak berminat? |
|
|
|
|
|
|
|
Try la buat group komuniti penyakit tu, mungkin bertemu jodoh disitu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian plak sbb kalau tgk rupa heols mmg ada rupa. Tp sbb ada penyakit, so nmpk budak2. Prempuan xberani. Mgkin boleh try cucuk vaksin 5 kali |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 6-11-2023 10:55 PM
Kesian plak sbb kalau tgk rupa heols mmg ada rupa. Tp sbb ada penyakit, so nmpk budak2. Prempuan xbe ...
Ayat last mengekek iol gelak
Tp tu la
Dia agk confident sbb vaksin bertambah 11cm
From 127cm to 138cm in 3 years
Utk seorang yg berusia 22 masa cucuk
Klu org normal umur gini dh stop tinggi, melebar mungkin
Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dek afis
U can do anything in your life
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu xdpt tackle yg tinggi2 tu, cuba cari yg setara. (Bkn mencerca, bg cadangan je). Mana tau lahir anak normal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ciannn…. Tapi takpe asalkan sihat, ada pekerjaan, hidup berguna dan diberkahi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Okey je dik yang penting tak hisap dadah.
|
|
|
|
|
|
|
|
baru tau ni sejenis penyakit & pemegang OKU
si bocil tu pun sama kategori la maknanya kan
dulu2 aku konpius dgn kemunculan si bocil |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm bocil tu ke?? pelawak Indon tu??
Tapi dia ni muka semua nampak normal.
Macam Bocil tu nampak mcm OKU |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 6-11-2023 07:27 PM
Nk wat lawak pasal cocok air soci tu.
Tp mcm xsensitip pulak.
Yg cenonet kt tganu ka hapa tu pn bjod ...
Skang viral kt tt
Gambar graduation pompuan kenit kot. Tp cite sgt mcm kanak2 ribena. |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 6-11-2023 01:16 PM
badan aje kecik tu...kote nya besar dr org biasa...acik2 porum tak berminat?
Siapa top ? Siapa bottom ? |
|
|
|
|
|
|
|
kan, yang baju pink tu cam siap berbedak akt muka..alolololo kiutnyeeehh
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo ada lalu fyp haritu
dia cakap umur dah 20++ baru rasa macam baligh, sebab tiba-tiba tinggi naik, pastu jambang tumbuh
lepas stop ubat steroid untuk sakit dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|