CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5354|Reply: 32

Syafiq Kyle Bagi Mimi Lana Kek Brownies Sempena Hari Jadi, "Gigih Buat Sebelum Shooting Jauh"

[Copy link]
Post time 23-11-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Selepas tular video keluar besama, Mimi Lana sekali lagi memberi bayangan hubungannya dengan Syafiq Kyle masih baik.


Terbaharu, Mimi berkongsi video menerima kek brownies daripada Syafiq sempena ulang tahun kelahirannya.


Foto: IG




Dia mengucapkan terima kasih kepada Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, kerana sempat menyediakan kek berkenaan sebelum dia menjalani penggambaran di luar kawasan.


"Tapi saya pandai makan brownies. Terima kasih Syafiq gigih buatkan brownies sebelum shooting jauh-jauh. Tak sabar nak makan," katanya menerusi satu hantaran di Instastory.




  



Dalam video itu, Mimi menunjukkan kek brownies yang diterima dalam kotak putih.


Syafiq turut menulis ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran buat aktres berkenaan dan memberitahu dirinya tidak pandai membuat brownies.


"Happy birthday yang ke-28. Tak pandai buat brownies tapi...," tulisnya.









Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan Mimi dan Syafiq makan malam di sebuah restoran yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.


Pada Ogos lalu, pengurus Mimi iaitu Iman Tang mengesahkan pembatalan majlis pernikahan dan resepsi pasangan berkenaan disebabkan mereka terikat dengan jadual penggambaran selain Mimi perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq.


  



Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos lalu, sementara majlis resepsi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada sebelah malam.


Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial dan melangsungkan pertunangan pada Januari lalu. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
wah wah special brownies abg syafiq buat yerrrrr
siap ada berry2 dgn feroro2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kancilkering at 23-11-2023 08:20 PM

aduh sk buat u turn ke tew….runaway bride tul
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok .. this story is  better than Maraf dan susu kering.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Eiiii gedik 2 ketul ni. Aku libas dgn penyapu lidi baru tau!! Main2 mcm cinta budak skolah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampahnya. Dulu pun macam ni jugak. Pernah dorang putus. Iols siap cakap lagi eleh ni jap lagi berbaik la tu. Pastu tak sampai bape bulan, betul get back. Ini kali kedua buat drama sama. Nak muntah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting sejak get back tak nampak lagi dah kelibat minah ni mengekor faz. Kalau tak tu mati2 iols ingat dia dah stop berlakon, tukar career jadi PA faz sebab membontot je kerja
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 07:21 PM | Show all posts
geli laaaaa laki tulis mcm tu
dah la tulisan ta lawa
nasib tak letak bedak kt card mcm zaman sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 07:24 PM | Show all posts
Nguap skala 10 .....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Telan air liur la sapa yg ckp mimi deserves better harituh! Skali dia buat uturn daaa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
He put a spell on her .. mimi ni cinta mati betul dengan sapik sampai nak kawin tak jadi pun sanggup patah balik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
-bosan-

ko nk berdrama cinta putuih cinta puituih delete gambo pegang tgn pikonsert sama2  nknkwin putuih puisi brownie apalg haaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
x mnt
xde aura dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
lantak kau la han*t. si sapok tu mmg manis mulot pun. dulu siap duk usap2 peha momo ni nk pujuk ke apa ntah. melingkuplah korang dua dlm industri ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nizleen86 replied at 23-11-2023 07:35 PM
Telan air liur la sapa yg ckp mimi deserves better harituh! Skali dia buat uturn daaa...

Kiranya sesuai la tuh. Sorg rempit sorg blakang ciket
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ni bru btl drama..yg kt tv tipu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2023 08:20 AM | Show all posts
Bodonyo sero keno nipu ko 2 ekor nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat lak yg kononnya jiran momok kt tepeng kata depa dh menikoh dahhhh…padahal habuk pun tarak
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa dorg ni tak break pun, just maybe wedding jitters tu yg batalkan nikah sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols terhibur baca komen2 kat sini, siap nak libas dgn penyapu lidi


Dah habis malu agaknya depa berdua nie, jaja cerita cinta yg berpusing2 cam filem yindia

Baik korang berdua nie senyap je, kalau nak nikah, sekian2 tarikh kol 10 pagi , jam 9.30 pagi, bolehlah update kat socmeds  tak payah nak upload gambar2 cam brownies, greenies, beanies nak tayang bersemut ke berlumut ke
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54163 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64362 Replies : 379
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 42644 Replies : 418
'Kalau rasa tak mampu, jangan berhutang'- Aliff
maklukpenggoda'Kalau rasa tak mampu, jangan berhut
Views : 4414 Replies : 5
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 23671 Replies : 7
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276408 Replies : 8066
Bendera Syria diganti
maklukpenggodaBendera Syria diganti
Views : 29941 Replies : 18
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39361 Replies : 44
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 24202 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.064360 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list