CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 32609|Reply: 37

[Tempatan] #13, LANGSUNG | RASMI: Samsuri menang dengan majoriti lebih 37k undi

[Copy link]
Post time 2-12-2023 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 2-12-2023 02:21 PM

LANGSUNG | TAK RASMI: PN menang besar di Kemaman

https://www.malaysiakini.com/news/688721

Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan:  Dec 2, 2023 7:18 PM⋅
Dikemaskini: 8:36 PM



PRK KEMAMAN | Pengundi Kemaman keluar mengundi hari ini untuk memilih ahli parlimen baru.

Ini merupakan kali ketiga pengundi Kemaman keluar mengundi sejak November tahun lalu. Pilihan raya kecil (PRK) kali ini diadakan selepas Che Alias Hamid dari Perikatan Nasional (PN) kehilangan kerusinya susulan petisyen pilihan raya.

Saingan kali ini akan menyaksikan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden PAS mempertahankan kerusi PN menentang Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari BN, yang merupakan bekas panglima angkatan tentera Malaysia.

Ikuti laporan langsung dan kiraan tidak rasmi di bawah.

Samsuri dijulang sebagai 'calon PM' PAS

8.25 malam: Pengacara majlis di Arena Square berulang kali merujuk Ahmad Samsuri sebagai calon perdana menteri untuk PAS.

Ahmad Samuri, 53, kini menggalas jawatan menteri besar Terengganu untuk penggal kedua.

Berasal dari Besut, Samsuri, mempunyai PhD dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa. Dia pernah menjadi pensyarah universiti dan menjadi terkenal apabila berkhidmat sebagai setiausaha politik Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 2008 ketika berusia 38 tahun.

Dikenali dalam kalangan PAS sebagai "Dr Sam", dia menyertai jawatankuasa PAS pusat pada 2009 dan dipilih sebagai naib presiden PAS pada 2019.

TAK RASMI: PN menang besar di Kemaman

8.10 malam: Berdasarkan pengiraan Malaysiakini menggunakan angka tak rasmi, Ahmad Samsuri Mokhtar dari PN telah memenangi pilihan raya kecil Kemaman.

Dengan anggaran peratusan keluar mengundi sebanyak 70 peratus, pengiraan tidak rasmi menunjukkan bahawa Ahmad Samsuri sudah jauh mendahului pencabarnya.

Ini berkemungkinan merupakan kemenangan terbesar PN di Kemaman dengan bahagian undi lebih 70 peratus, meningkatkan prestasinya pada 2022 dan 2018.



8:00 malam: Penyokong Perikatan Nasional mula membajiri Arena Square, di Chukai, bagi mengikuti perkembangan keputusan PRK Kemaman.

Mereka mula mengikuti keputusan tak rasmi yang dipaparkan melalui skrin besar.

Pengacara majlis turut membuat pengumuman dari semasa ke semasa sambil disusuli laungan takbir.

Turut kelihatan Pengerusi Bersatu Terengganu Razali Idris dan Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor.

7.50 malam: Ahmad Samsuri Mokhtar dari PN menunjukkan tanda akan meraih kemenangan besar selepas lebih separuh undi dikira.

Setakat laporan ini ditulis, PN telah memperoleh 36,115 undi berbanding BN 16,022 undi. Perkongsian undi PN pada ketika ini hampir 70 peratus.

Pada pukul 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya menganggarkan 60 peratus pengundi keluar mengundi.



7.15 malam: Terdapat 141,790 pengundi berdaftar dalam parlimen Kemaman yang seterusnya dibahagikan kepada empat DUN iaitu Kijal, Cukai, Air Putih dan Kemasik.

Semasa pilihan raya negeri pada 12 Ogos, PN mengekalkan Cukai, Air Putih dan Kemasik dengan menang besar dan merampas Kijal daripada BN. Kijal pernah menjadi kubu Ketua Umno Terengganu Ahmad Said.

Justeru, PN merupakan calon pilihan dalam saingan kali ini.

7.00 malam: Proses penjumlahan undi sedang dijalankan. PN akan berhimpun di Arena Square di Chukai manakala BN dijangka berhimpun di ibu pejabat Umno bahagian Kemaman.

Pusat pengiraan rasmi terletak di Majlis Perbandaran Kemaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada live tak result nihhj
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal PM11 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2023 08:53 PM | Show all posts
TERKINI tak rasmi: Dr Sam menang besar di Kemaman

https://www.bharian.com.my/berit ... ng-besar-di-kemaman

Oleh Zatul Iffah Zolkiply, Noor Atiqah Sulaiman dan Rosli Ilham - Disember 2, 2023 @ 6:19pm
[email protected]


Penyokong PAS berkumpul mendengar keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Arena Square, Chukai. - NSTP/Ghazali Kori

PROSES pengiraan undi PRK Kemaman sedang dilaksanakan. Hari ini pengundi sudah membuat keputusan memilih memilih wakil rakyat baharu. Keputusan mereka bakal menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen berkenaan atau pun PAS mengekalkan kedudukan.

8.40 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 36,920 undi.

8.38 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 35,881 undi.


Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.



8.32 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 33,932 undi.

8.30 malam: Keputusan tidak rasmi. Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus mendahului dengan majoriti sebanyak 33,820 undi apabila memperoleh 58,843 undi manakala calon BN 25,023 undi

8.20 malam: Keputusan tidak rasmi. Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti 31,712 undi.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 55,519 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperoleh 23,807 undi.

Ahmad Samsuri sudah melepasi majoriti 27,179 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)


Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam membawa masuk peti undi pertama yang tiba di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, setelah tamat waktu mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.040 Kemaman hari ini. - Foto BERNAMA

8.15 malam: Penyokong PN mula memenuhi Arena Square, di Chukai, bagi mengikuti perkembangan keputusan PRK Kemaman.

Mereka mula mengikuti keputusan tak rasmi yang dipaparkan melalui skrin besar.

Pengacara majlis turut membuat pengumuman dari semasa ke semasa sambil disusuli laungan takbir.

Turut kelihatan Pengerusi BERSATU Terengganu, Razali Idris


Suasana di dalam dewan Bellian MPK, petugas SPR peti undi ke pusat pengiraan undi di Majlis Perbandaran Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.040 Kemaman. - NSTP/Rohanis Shukri



Suasana di dalam dewan Bellian MPK, petugas SPR peti undi ke pusat pengiraan undi di Majlis Perbandaran Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.040 Kemaman. - NSTP/Rohanis Shukri

8.14 malam: Sebanyak 40 daripada 244 peti undi tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

8.10 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 29,554 undi.

8.07 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 28,645 undi.

8.04 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 28,089 undi.

8 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului majoriti 26,303 undi setakat jam 8 malam.

7.50 malam: Keputusan tidak rasmi PN masih mendahului dengan 29,550 undi berbanding BN 13,041 undi

7.45 malam: Keputusan tidak rasmi PN sedang mendahului dengan 15,134 undi BN 8,437 undi

7.39 malam: Proses penjumlahan undi sedang dijalankan. Perikatan Nasional (PN) akan berhimpun di Arena Square di Chukai manakala Barisan Nasional (BN) dijangka berhimpun di ibu pejabat UMNO bahagian Kemaman.

Pusat pengiraan rasmi terletak di Majlis Perbandaran Kemaman.

7.30 malam: KEPUTUSAN TIDAK RASMI: Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendahului di SK Sungai Pergam mendapat 471 undi dengan majoriti 93 undi

'Penyokong parti berarak malam ini akan diambil tindakan'

Semua penyokong parti bertanding diingatkan tidak melakukan perarakan selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diumumkan malam ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang dikesan berbuat demikian.

7.06 malam: Dua peti undi mula dibawa masuk ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman. Paling awal tiba adalah peti undi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pergam pada jam 6.18 petang diikuti SK Seri Iman (7.03 malam).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg x rasmi 37k
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Melayu semakin menolak PH & BN. B
Melayu yg tinggal menyokong PH BN ni hanyalah golongan gay, spesis liberal anti agama dan pentaksub2 tak berapa intelek.

Nasib baik la Nuar pandai main politik wang. Dapatlah pertahankan kerajaan Madani dengan menyogok MP-MP Bersatu (dari UMNO mereka datang, kepada perangai UMNO gila duit mereka kembali).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Menang pun bukan blh jd PM lagi...Bung Nuwar masih tersenyum di Putrajaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 09:28 PM | Show all posts
ada juga 25k org yg menyokong umgok ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
totokreturn. replied at 2-12-2023 09:28 PM
ada juga 25k org yg menyokong umgok ni

Tu dh campur penyokong PH
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
creep_bite replied at 2-12-2023 09:18 PM
Menang pun bukan blh jd PM lagi...Bung Nuwar masih tersenyum di Putrajaya.

Senyum je lah dan wat keje. Jgn asyik nk attack pembangkang dan curi sokongan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkahkahkah

Wak Jahid 47 ni kalau ada sisa maruah  elok letak jawatan ajelah... Buat malu keturunan je. Menang parlimen sendiri pun  majoriti 348 undi. UMNO hilang beratus2 kerusi parlimen & dun bawah kepimpinan dia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
creep_bite replied at 2-12-2023 09:18 PM
Menang pun bukan blh jd PM lagi...Bung Nuwar masih tersenyum di Putrajaya.

Pmx tersenyum dalam tangisan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2023 10:20 PM | Show all posts
LANGSUNG | RASMI: Samsuri menang dengan majoriti lebih 37k undi

https://www.malaysiakini.com/news/688721

Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan:  Dec 2, 2023 7:18 PM⋅
Dikemaskini: 10:14 PM



RASMI: Samsuri menang dengan majoriti lebih 37,000 undi

10:10 malam - Calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar secara rasmi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kemaman Ahmad Farhan Abdul Wahab di pusat penjumlahan undi di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, Kemaman, malam ini.

Ahmad Samsuri berjaya meraih 64,998 undi, manakala Raja Mohamed Affandi mendapat 27,778 undi sekali gus merekodkan majoriti 37, 220.

Peratusan keluar mengundi adalah 65.76 peratus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kata dah buang masa n duit je bertanding kempen bagai2 ni sume
Hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerlass menang 37k majority
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 2-12-2023 10:05 PM
Kahkahkahkahkah

Wak Jahid 47 ni kalau ada sisa maruah  elok letak jawatan ajelah... Buat malu ke ...

Maruah tak penting..yang penting tak masuk ke dalam sambung phd.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 10:25 PM | Show all posts
Edited by highcastle at 3-12-2023 11:28 AM

Banyak tu penambahan majoriti.. Hampir 10K........ Masa PRU15 PAS menang majoriti 28K.. Mmg org Kemaman tolak mentah2 PH dan BN.. Dah bergabung pun kalah makin teruk..... Selamat datang ke Parlimen Dr. Sam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi prefer dr sam dari piyem bapok tua tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Better politician yang genius ni daripada play victim arsenik tak mati-mati. Moga cemerlang membangun rakyat. Bukan keje nak membalas dendam dendiam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.163130 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list