CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 25460|Reply: 53

[Tempatan] Dijangka Sesak Teruk, Acik Porum Dinasihat Guna Kad TNG Naik LRT Untok Tengok Konsert Akhir Gegar Vaganza!

[Copy link]
Post time 6-12-2023 09:26 PM | Show all posts |Read mode


Kawasan sekitar Bukit Jalil, Kuala Lumpur dijangka sesak teruk mulai jumaat ini (8 Disember 2023) sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu (TFC) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) jam 9.00 malam.

Malah, terdapat 3 lagi acara besar berlangsung di sekitar perkarangan SNBJ pada hari yang sama sekaligus membayangkan kehadiran lebih 90,000 pengunjung membanjiri kawasan itu.

Antara acara lain yang turut berlangsung di sekitar lokasi tersebut ialah Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja serta Raptai Akhir Konsert Gegar Vaganza.

Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, para pengunjung disarankan menggunakan pengangkutan tren Transit Aliran Ringan (LRT) untuk memudahkan perjalanan.

Rapid KL sebelum ini mengumumkan operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 1 pagi pada 8 Disember 2023 (Jumaat).

Para pengunjung juga dinasihatkan menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan memastikan baki pada kad adalah mencukupi atau membeli token perjalanan pulang lebih awal bagi kelancaran perjalanan pergi dan balik.

Sehubungan dengan itu, pihak Prasarana melaksanakan beberapa insentif bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam untuk ke acara tersebut.

Para penumpang akan menikmati diskaun sehingga 25% ke atas penggunaan token dan Touch ‘n Go sahaja bagi penumpang yang menggunakan perkhidmatan rel dan BRT ke/dari Stesen LRT Bukit Jalil.

Semua penumpang yang membeli token atau yang menggunakan kad Touch ‘n Go untuk ke Stesen LRT Bukit Jalil atau dari Stesen LRT Bukit Jalil untuk pulang layak menikmati diskaun tersebut.
Diskaun ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan pas-pas perjalanan serta kad-kad konsesi sedia ada.

Perkhidmatan bas perantara percuma ke pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil juga akan disediakan. Sebanyak 10 buah bas disediakan bagi perkhidmatan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2023 09:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 09:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 09:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah sape la gigih nak tgk konsert akhir ggv tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 09:43 PM | Show all posts
akies replied at 6-12-2023 09:29 PM
Entah sape la gigih nak tgk konsert akhir ggv tu.

ada ella dengan bintang intenesenel hoccayy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Halal ke haram ni nak pegi konsert ni?
Ustazah,ustaz terpaling xde keluarkan fakta ke,berdebar2 ni nak pergi tengok

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-Author replied at 6-12-2023 09:27 PM

Done beli ticket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali LRT pun rosak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
X kowser aku nak bersesak dgn acik kepam. Baik aku tgk kat rumah jah sambil makan roti plata
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Not in town... travelling again
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
oo dah boleh berhibur ke..dah tak pikir kesengsaraan kanak2 palestin..dah boleh nyanyi sambil bergelak ketawa ramai2 kat stadium ke

hipokrit sungguh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2023 12:20 AM | Show all posts
tazabar tengok duet nana dan ipanonline ehh ipansebenteen



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahad tu ada org suh g bukit jalil tgk dia main gamelan
Rasanya dia terlibat event madani tu
Tp rasa tak tak jd la pi lupa plak ada gv bagai ishhh sesak la kan takmo laaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lupa dah kan palestin
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 08:32 AM | Show all posts
akies replied at 6-12-2023 09:29 PM
Entah sape la gigih nak tgk konsert akhir ggv tu.

kan... kat tv pun iols tak tgk. layan netflix lg best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2023 09:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde protest ke konsert ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:26 AM | Show all posts
iol tgk kt rumah je
senang sambil2 jenguk dapur, ke toilet bagai


look forward utk asgv ni
hopefully semua perform best2 termasuk artis jemputan
rooting for Jaclyn Victor despite dpt lagu x grand tp still

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:57 AM | Show all posts
Suchi replied at 7-12-2023 12:24 AM
Ahad tu ada org suh g bukit jalil tgk dia main gamelan
Rasanya dia terlibat event madani tu
Tp rasa  ...

Sama la.. Taknah minat gi mana-mana realiti hiburan macam Gegar Vaganza.. Buang masa.. Layari Internet lagi berfaedah.. Kalau musim bola Piala Dunia tahun lepas, tgk bola aje, bukan tgk rancangan yang tidak berfaedah buat warga bumi sejati..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.085019 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list