CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25472|Reply: 72

[Tempatan] Sultan Johor mahu HSR dihidupkan semula

[Copy link]
Post time 10-12-2023 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Sultan Johor mahu HSR dihidupkan semula


Projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura itu pada asalnya bernilai RM72 bilion.


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mahu projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) yang dibatalkan, dihidupkan semula.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Straits Times Singapura, Sultan Ibrahim bertitah, baginda mempunyai beberapa idea cara mengembalikan projek itu.

"Saya akan berusaha menghidupkannya semula (projek HSR).

"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta, kerajaan membayar kontraktor untuk mengendalikan projek menerusi kaedah pajakan 30 tahun supaya kontraktor boleh mendapatkan balik modal dikeluarkan, sebelum kerajaan mengambil alih semula pemilikan HSR.

"Projek HSR di antara KL-Singapura juga perlu diselaraskan supaya lintasan sempadan melalui Forest City, pembangunan hartanah bermasalah di Johor.

"Jika kekal dengan cadangan pertama, kosnya tidak akan meningkat begitu banyak. Namun kerana on-off-on-off, hari ini ia (kos) akan lebih banyak," titah baginda yang merujuk kepada anggaran kos awal RM72 bilion HSR apabila projek itu mula diumumkan pada 2013.

Bagaimanapun, projek keretapi laju sepanjang 350 kilometer itu kini dianggarkan menelan kos melebihi RM100 bilion.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata ia terbuka untuk menghidupkan semula HSR, tetapi tidak akan membiayai pembinaan projek itu.

Pada 12 Julai lalu, pelaksanaan semula projek HSR KL-Singapura dilaporkan akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta, MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp).

Pengerusi MyHSR Corp, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman, dilaporkan berkata mandat yang diserahkan kerajaan kepada MyHSR bagi melaksanakan semula projek HSR KL-Singapura itu tidak membabitkan kos daripada kerajaan.

Ini bermakna, projek yang tertunda itu akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta tanpa menggunakan dana dan jaminan daripada kerajaan.

Pada Ogos lalu pula, Anwar dilaporkan berkata Malaysia akan mengemuka cadangan baharu berhubung projek HSR kepada Singapura.

Pada 2 November lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, kerajaan sedang meneliti model pelaksanaan baharu bagi projek HSR yang dicadangkan.

Anthony dilaporkan berkata, ini termasuk model pembiayaan baharu untuk menentukan sama ada mana-mana pihak swasta berminat untuk menampung kos projek, pengurusan sistem dan operasi HSR.

Pada 1 Januari 2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri ketika itu, dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan projek HSR sepanjang 350 kilometer ditamatkan apabila kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu berakhir pada 31 Disember 2020.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... r-dihidupkan-semula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa bina Highway Plus utara selatan tu kos Rm 6 billion siap pada tahun 1996. Kalau u oulls tgk umur rafizi masa tu mesti gelak besar
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Part of Bandar Malaysia project..kalau bukan sebab bala thn 2018...mesti dah hampir siap

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembalikan bosku. Ini projek Dan idea bosku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 02:16 PM | Show all posts
ada demand ke project ni? motip org kl nak masuk singapore hari2? kerja? berapa pula nak bayor tiket train hari2. kalau melancong ku tak rasa ok kl perpusu2 mahu melancong ke singapore due to currency exchange. org singapore maybe la nak staycation ke kl once a year gituh, takda apa yg kl boleh offer, kl city dengan singapore city tak jauh beza dari segi facilities, shopping experiences, price etc malah kat singapore lagi mantap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau la najib xkantoi 1mdb, mesti best. Mrt stesen x buruk, ecrl ikut plan asal, hsr dah start bina. Matawang china dgn kita x jatuh teruk mcm skrg. Zmn najib yuan ke myr 1.8, lps PH menang jatuh, now 1.5 je tukaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 10-12-2023 02:16 PM
ada demand ke project ni? motip org kl nak masuk singapore hari2? kerja? berapa pula nak bayor tiket ...

Ni plan direct kl-sg non stop ke? Bg i bagus sgt2 utk boost ekonomi malaysia. Bkn nk tarik warga sg semata2 tp warga asing. Mcm train europe tu. warga asing kn ramai dkt sg so boleh naik train laju stop dkt malaysia n vice versa. Bkn nk focus utk yg kerja sana
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 02:54 PM | Show all posts
Bagi ja Singapore yang manage sebab depa ni buat apa2 pun ikut otak, Malaysia ni banyak ikut emosi. Ofkos masing2 ada kepentingan tapi stop at kepentingan negara ja lah. Faham tak apa aku tulis ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 02:59 PM | Show all posts
anony-mous replied at 10-12-2023 02:25 PM
Klau la najib xkantoi 1mdb, mesti best. Mrt stesen x buruk, ecrl ikut plan asal, hsr dah start bina. ...

kalau rakyat melesia tak termakan fitnah pembangkang masa itu, tentu semua projek najib itu berjalan lancar

Ingat motto ni: Najib tumbang, rakyat senang
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 10-12-2023 02:59 PM
kalau rakyat melesia tak termakan fitnah pembangkang masa itu, tentu semua projek najib itu berjal ...

Najib salah, tp hat pembangkang pon main kotor tabur fitnah. Ckp malaysia nk kena jual ke china, lps tu grab rosmah punya, gardenia rosmah punya. Jht nk mampos. Haritu kan ada podcast psal gmbar najib altantuya, bincang kesahihan gmbar tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 03:05 PM | Show all posts
anony-mous replied at 10-12-2023 02:27 PM
Ni plan direct kl-sg non stop ke? Bg i bagus sgt2 utk boost ekonomi malaysia. Bkn nk tarik warga s ...

europe punya train very inline, beli 1 pass boleh pakai kat multiple country. yg ni exclusive sg-kl, tiket confirm harga yahudi, singapore tak mungkin nak letak tiket terlalu murah, paling cikai pon ku rasa min singapore mau SGD 80, malaysia mesti kena bubuh harga fight2 juga sekitar RM250-300, dah lebih kurang harga dengan tiket flight return time promo nokkkk . then u know malaysian style, tiket kena beli asing2 kalau nak terus ke utara like penang, thai, laos so on.

foreigner ko maksudkan expat ke yg buruh? ku tak rasa buruh nak beli tiket express train ke kl , diorg pon makan pon bercatu. expat boleh consider for leisure, tapi this project dah lama ketinggalan. pulau sekitar, lagi2 indon dah lama offer leisure utk warga sg dan expat diorg in much way wow factor. indon bukan stakat offer leisure, tanah pon diorg offer untuk development for leisure org sg, byk rich singaporean pon labur kat pulau sekitar for entertainment purpose. mcm contoh la sg people mmg suka dtg jb cuz murah like main golf, staycation, shopping etc, one problem is causeway sgt jam teruk dengan yg ulak alik pi kerja nya. indon offer much better way, 40min via ferry, takda jammed, cost pon murah return around SGD50-90 je, golf corse, shopping, leisure price a much less than jb boleh offer. much singaporean prefer pergi batam, bintan dan pengerang via boat sebab less hustle plus ada gambling option yg mana permintaan sgt tinggi dari singaporean huhuhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 03:39 PM | Show all posts
_blackbird replied at 10-12-2023 02:16 PM
ada demand ke project ni? motip org kl nak masuk singapore hari2? kerja? berapa pula nak bayor tiket ...

dia tak boleh create new demand for travel tapi curi bisnes dari airlines. Untuk itu pakej dia wajib lebih menarik - total masa yang diambil point-to-point mesti setara or quicker, kos mesti setara or cheaper, comfort & convenience mesti setara or better.

I won't mind giving it a try as a leisure traveller just for the experience. Nak repeat, it will all depend.






Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 03:47 PM | Show all posts
anony-mous replied at 10-12-2023 02:25 PM
Klau la najib xkantoi 1mdb, mesti best. Mrt stesen x buruk, ecrl ikut plan asal, hsr dah start bina. ...

MRT stesen buruk? Nak cantik macam mana lagi?

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 04:49 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-12-2023 03:39 PM
dia tak boleh create new demand for travel tapi curi bisnes dari airlines. Untuk itu pakej dia waji ...

one shot try tu mmg le possible, tak dinafikan bakalan meletop, tapi utk sustain tu mcm susah jer... lainkan kl dan train tu boleh offer something yg one of kind. best option skang mmg naik flight la, 1 hour je. best rate kl-sg RM150. sg-kl sgd80 mcm tu, train ni tak rasa boleh bagi best price or lebih murah, singapore pon sebenarnya half hearted je pon dengan projek ni, semua cost kan sg soh malaysia tanggung baru dia on, aku rasa dari segi location and demand dari rakyat dia sendiri pon dia tak begitu yakin success in long run.

aku personally rasa jurong tu jauh dan tak best. wakakaka, for sg citizen kan, kalau couple sorg duduk kat jurong, sorg duduk kat tampines dah consider long distance relationship dan mesti selalu bergaduh and possibility berakhir dengan break up sgt tinggi wakakakaka.

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 10-12-2023 03:04 PM
Najib salah, tp hat pembangkang pon main kotor tabur fitnah. Ckp malaysia nk kena jual ke china, l ...

Dan hang lupa rakyat malaysia pun bodo pi telan fitnah. Sudahnya rasain looo

Both yg sokong najib dan yg benci najib, terima lah kesannya seperti yang kita semua sama2 rasai
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 10-12-2023 01:16 PM
ada demand ke project ni? motip org kl nak masuk singapore hari2? kerja? berapa pula nak bayor tiket ...

Kan dia nak benda tu lalu poressiti. Tu la sebabnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 10-12-2023 07:30 PM
Kan dia nak benda tu lalu poressiti. Tu la sebabnya.

Plan asal bukan station di forest city pon. Somewhere in once was called tiram duku, skang panggil gerbang nusajaya. Forest city tu pon project gagal, takyah lah tambah lagi another project gagal huhuhu. Baik dia ganti je train to hi speed menggunakan rail sedia ada dari woodlands ke ciq then terus sampai ke utara malaysia with transit. Kalau nak sgt porestcity ada ketapi, tambah je la rail dari porest ke bandar jb buat mrt
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 10-12-2023 02:16 PM
ada demand ke project ni? motip org kl nak masuk singapore hari2? kerja? berapa pula nak bayor tiket ...

Org Spore suka mai Penang..boleh join skali jalan monorail Penang hat dok nak buat ni Penang KL Spore
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Marilah kita berdoa beramai-ramai supaya saka tua 98 tahun tu cepat-cepat mati, dia punya pasal huru-hara Malaysia dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 10-12-2023 08:34 PM
Org Spore suka mai Penang..boleh join skali jalan monorail Penang hat dok nak buat ni Pe ...

Ya org sg lebih suka pi melaka, perak, penang, thailand, laos compare to kl. Tempat2 yg takda offer di sg. Kalau train ni join dgn ets ke padang besar, then my ambil inisiatif offer thailand join skali utk sambung terus ke at least bangkok with just one tix puchase. ok ni mmg best for tourist. Rival for oriental express
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049843 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list