CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10587|Reply: 30

'Ayah saya pekerja saja, bukan pemilik syarikat itu' - Amir Masdi

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode


Penyanyi Amir Masdi menafikan dakwaan dirinya anak golongan berada seperti yang heboh diperkatakan netizen di media sosial.

Menurut Amir atau nama sebenar, Amir Syazwan Masdi, 27, keluarganya juga hanya dalam golongan sederhana saja dan bukan kenamaan.


"Sebenarnya, ayah saya hanya pekerja dan kakitangan di syarikat Pan Borneo Sarawak dan bukan pemilik syarikat terbabit seperti dakwaan netizen itu.


"Mungkin kapsyen yang saya tulis 'My dad's company' (syarikat ayah saya) dalam hantaran di Instagram (IG) membuatkan netizen salah faham dan menganggap ayah saya pemilik syarikat itu," katanya ketika ditemui Harian Metro pada Showcase Amir Masdi Album Tour di Tropical Klup di Jalan Bukit Bintang di sini, petang semalam.


Mengulas reaksi netizen lagi, kata Amir, dia juga berasa komen daripada netizen mengenai 'posting' (hantaran) yang dimuat naik berkaitan dirinya membuat persembahan di majlis makan malam syarikat tempat bapanya bekerja di Instagram itu melucukan."Saya pun garu kepala dibuatnya bila baca komen netizen itu. Komen yang diberikan netizen mengenai pekerjaan ayah saya itu kelakar," katanya.


Terdahulu, tular satu video Amir membuat persembahan sempena majlis makan malam di syarikat ayahnya bekerja yang dimuat naik di akaun TikTok milik @rohaida0812 yang turut mencuri perhatian ramai.


Menerusi kapsyen, "Amboi encik Masdi belanja suara," paparan video berkenaan mendapat jumlah tontonan sebanyak 89 ribu, tanda suka sebanyak 930 dan hampir 20 komen.


Dalam video tular itu dipaparkan Amir menyampaikan lagu Sekuntum Mawar Merah di sebuah acara makan malam dan kemudian dia menghulurkan mikrofon kepada salah seorang pekerja syarikat  yang juga ayahnya untuk menyambung nyanyian.


Pada masa sama, perkongsian Amir ketika membuat persembahan di majlis makan malam itu menyebabkan ada segelintir netizen mendakwa ayahnya adalah pemilik syarikat terbabit.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Netizen mmg bangang.. Asal boleh komen je.. Btul x btul blkg kira
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitula rakyat MSia. Baca tajul je. Atau pun baca perkataan awal sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kalo kita nak describe tpt kita keje pun ckp "my company" kan biasanya.. jrg lak ckp "the company i work for".. panjang sgt. Okla heols dah clearkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Takleh nak salahkan dia jugak sebab bahasa pasar kita mmg biasa akan sebut "at my company" padahal kita pekerja je maybe lepas ni lagi sesuai guna "workplace" kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
apoooo benda la netijon
cool je ayah dia nyanyi
mesti kat rumah mmg selalu karok sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan bengap peminat dia. I love u Amir
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 11-12-2023 10:41 AM
Mmg kalo kita nak describe tpt kita keje pun ckp "my company" kan biasanya.. jrg lak ckp "the compan ...

Teringat sorang anak lots of mix tu - ayah Malaysian chinese revert, mak Indonesian islam

Kehulu kehilir orang duk panggil dia ustaz mualaf. Padahal nama memang pekat leluhur nya ye. Takde pun nak cakap dia bukan ustaz dan bukan mualaf.

Taknak sebut nama sebab ada tuduhan jenayah seksual berat keatas beliew irawan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lilacomot replied at 11-12-2023 10:33 AM
Netizen mmg bangang.. Asal boleh komen je.. Btul x btul blkg kira

Mentelah ko kata netizen banggang aku nk mencelah tahap tolol net ni bila komen pasal kematian adik zyn tu .. alahai mcm bangsat sengsorang siap buat kronologi sndiri .. kalah polis depa punya komen n teori . Siap pegi buat cerita kata adik zyn tu duduk dgn bapak tiri...bapak tiri punya angkara bunuh adik zyn tu padahal dia xde bapak tiri still dgn bapak kandung ..sorry off topic geram sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 11-12-2023 10:00 PM
Teringat sorang anak lots of mix tu - ayah Malaysian chinese revert, mak Indonesian islam

Kehulu  ...

EBT LW ke beb? Dlu aku respect n x caya gak tohmahan terhadap beliau aku pun bekap kemain tp lelama bau2 ikan terus aku g mampos kan je beliau
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
lilacomot replied at 11-12-2023 10:33 AM
Netizen mmg bangang.. Asal boleh komen je.. Btul x btul blkg kira


Stuju dgn sis..xkiralah media apa platform janji dpt kecam. Tuduhan tnpa logik dan asas pun dah leh jadi..suka jd lebih sudu dr kuah...hak asassssi manusia katakanlah.. walau apa yang ditaip tuh menjatuhkan emosi orang lain, apa dia kesahhhh..bukan dia slm kasut tuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:40 PM | Show all posts
haritu nampak komen gambar dia ni.. ada je fans duk gurau gurau amir anak megah holding..

tapi mcm biasa la ada yg jenis tak faham, sejenis lurus bendul, duk percaya

lagi satu portal berita-berita hiburan biasa la.. buat tajuk sensasi nak kasi orang klik artikel tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu dia tulis.

Samalah macam bebudak selalu sebut:

Eh, itu sekolah emak saya.
Means, emaknya kerja di sekolah tu, bukan sekolah tu emak dia yang punya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 11-12-2023 10:23 PM
Mentelah ko kata netizen banggang aku nk mencelah tahap tolol net ni bila komen pasal kematian adi ...

Dekat tiktok kan yg cakap macam tu? Tiktok pun dah menoksik tapi dia menoksik cara lain. Tak macam media sosial lain. Kalau fb menoksik cara kecaman. Kalau di tiktok, dia menoksik lebih kepada percaya konspirasi, ajaran sesat, nak jadi penyiasat
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
EncikRhoma replied at 11-12-2023 11:20 PM
Dekat tiktok kan yg cakap macam tu? Tiktok pun dah menoksik tapi dia menoksik cara lain. Tak macam ...

Tu lah geleng kepala aku netizen cmni ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin women Amira ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 03:30 AM | Show all posts
muka licin bengkak tapi rambut panjang demi imej rockerz... haiyooooo
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sukebintang replied at 11-12-2023 10:40 PM
haritu nampak komen gambar dia ni.. ada je fans duk gurau gurau amir anak megah holding..

tapi mcm  ...

Haha yes ada baca gak pasal megah holding tu. I pun mcm 50-50 je masa tu. Mujur bukan anak orka sgt. I skeptikal yg anak2 orka ni playboya. I nak heols ni kekal innocent. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 12-12-2023 09:39 AM
Haha yes ada baca gak pasal megah holding tu. I pun mcm 50-50 je masa tu. Mujur bukan anak orka sg ...

Kalau dia betul dari family t20, mesti rumah banglo.
Tak silap rumah dia semi-d.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 12-12-2023 09:39 AM
Haha yes ada baca gak pasal megah holding tu. I pun mcm 50-50 je masa tu. Mujur bukan anak orka sg ...

Uols, dafi tu playboya kah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.247578 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list