CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10062|Reply: 86

Alami Gangguan Fizikal Dan Emosi Akibat Dibuli, Lelaki Dilema Nak Maafkan Atau Tidak Pembuli Sedang Nazak

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:03 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang lelaki mendedahkan pernah dibuli 10 tahun lalu di sekolah dan pembuli tersebut kini sedang nazak.


Menerusi perkongsian kisah buli yang dimuat naik oleh @adameji7 di TikTok, individu ini telah memberi impak yang besar dalam hidupnya sehingga dia mengalami gangguan fizikal dan emosi yang teruk.








“Saya ingin berkongsi pengalaman pahit ini untuk memberi kesedaran tentang impak yang boleh diberikan oleh tindakan buli.


“Saya cuba mencederakan diri sendiri kerana mahu menamatkan penderitaan kesan buli. Hampir setiap hari saya dibuli dia dan rakan-rakannya,” katanya.


Apabila dia mendengar berita bahawa pembuli itu kini sedang nazak, Adam berhadapan dengan persoalan sukar sama ada dia harus melawatnya.







“Saya dengar dia sedang nazak sekarang. Bila ingat balik apa yang dia dah buat, saya jadi takut dan trauma,” jelasnya.


Tambah Adam, hatinya begitu berat untuk memaafkan dan melupakan perbuatan pembuli itu terhadapnya.


“Saya tidak tahu sama ada saya boleh mengawal emosi atau tidak. Ketika saya mahu merakam video ini, saya memikirkannya berkali-kali.


“Pengalaman saya dibuli amat memeritkan, tetapi nasib baik saya mempunyai keluarga dan rakan yang menyokong saya,” katanya.


Melihat ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman mereka dibuli.


“Pada pendapat saya, awak tak patut jumpa dia pun. Kalau awak nak maafkan itu, terpulanglah,” ulas Maiyih.


“Jika awak fikir pergi melawatnya awak akan ingat semua kenangan pahit itu, lebih baik jangan pergi. Mental dan emosi awak lebih penting,” tambah Hanis Zulkifle.  -CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tk payah la deknon. Demi konten kan sbuk nk tnya org ramai
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:02 AM | Show all posts
pegilah lawat dia...lepas tu kau ludah je muka dia dikkk
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Takyah melawat pun takpe tapi kalau ko bukan pendendam dan hati baik, ko akan maafkan. Kalau tak, ni dendam sampai mati namanya. Hidup ni pilihan, pilihan utk bahagiakan diri sendiri atau masih trapped dgn kenangan pahit silam
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:13 AM | Show all posts
doubleA replied at 14-12-2023 11:07 AM
Takyah melawat pun takpe tapi kalau ko bukan pendendam dan hati baik, ko akan maafkan. Kalau tak, ni ...

bagus komen ni
pilih lah untuk bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Move on laa dik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2023 11:22 AM | Show all posts
ujian bagi manusia adalah memaafkan manusia lain
klu ko maafkan die, kompem hati ko rase tenang
memaafkan bukan bermakna melupakan
tp at least xde simpan dendam dlm hati
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
No! Tiada maaf bagimu pembuli!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2023 11:28 AM | Show all posts
kalo tak nak maaf kn  biar kan je la, mmg perangai dia hauk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:45 AM | Show all posts
tAK psl2 org tau ko kene buli pastu pembuli tu thg nazak.. nnti netizen bole cari sapa yg tengah nazak tu..
Pendapat meolls, takyah le pegi melawat. Kang terkenang balik kisah kene buli tak psl psl trauma balik.. huhuhueklekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:51 AM | Show all posts
budak nie ada mix africa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 14-12-2023 11:51 AM
budak nie ada mix africa ke?

Ye kut tu tgk hashtag dia. Sbb ni jgk kut kena buli. Abg iols pun hitam jgk dulu time asrama kena mengata. Org lelaki bab mengata no 1. Tp dia terima je lah sbb mmg hitam
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 11:58 AM | Show all posts
Cokoro replied at 14-12-2023 11:55 AM
Ye kut tu tgk hashtag dia. Sbb ni jgk kut kena buli. Abg iols pun hitam jgk dulu time asrama kena  ...

meols tgk rambut dia mcm africa....kulit dia takde hitam sgt...owh betul lah mix africa budak nie yer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
JulietTheOrange replied at 14-12-2023 11:22 AM
ujian bagi manusia adalah memaafkan manusia lain
klu ko maafkan die, kompem hati ko rase tenang
mema ...

Setuju.. maaf kn dan move on. X perlu jumpa pon. Just maafkan dan doakan kebaikan nya… mmg akan rasa relieve lepas tu. Buat voice record utk pembuli dengar kata maaf tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 12:12 PM | Show all posts
ni i cakap terus terang ye..i & kawan2 kena buli sampai kena tampar dengan cikgu beramai-ramai sebab cikgu lagi percayakan senior2 i..kitorang da berazam sampai mati pun x kan maafkan..aku ni jadi fobia dalam gelap tempat sempit sebab kami2 kena kurung dalam jamban 2-3 orang dalam 1 jamban pastu lampu semua dorang pecahkan tapi tuduh kami yang buat..i ni pompuan tapi senior i macam sial kalah perangai jantan..yang kawan i lagi dua orang sampai kena warded sebab anxious pastu sesak nafas..kami punya jamban ni jenis old school papan sume tutup bahagian atas n letak besen air kat belah atas tu..aku takdela baik sangat nak maafkan even dorang nk spm boleh plak datang jumpa kitorang minta maaf..yang x penah kena buli jangan cakap la kesian la maafkan je la..benda tu berbekas sampai bila2 weyh..korang apa tau
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 12:13 PM | Show all posts
hyie replied at 14-12-2023 11:02 AM
pegilah lawat dia...lepas tu kau ludah je muka dia dikkk

sokong sangat



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Cokoro replied at 14-12-2023 03:55 AM
Ye kut tu tgk hashtag dia. Sbb ni jgk kut kena buli. Abg iols pun hitam jgk dulu time asrama kena  ...

Dulu time sekolah ada budak lelaki nama panggilan dia kicap sbb gelap. Tp nmpak dia enjoy je dgn nama tu

Mangsa buli ni akan ada scar yg tak mungkin dpt dipadam. Moga bertabah kpd mangsa2 buli.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 12:18 PM | Show all posts
Buat tak reti je dikkk.. Gi mampus sama dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hat kat dlm ni dok suruh mahapkan ni pernah kena buli ke dak? Ka hangpa ingat sumerang level mcm atuk Reem budak palestin yg meninggal tu?

Budak ni tak payah la lawat.. buat2 taktau jah.. teruskan idup.. jgn pedulikan pembuli tu walopon tgh nazak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 14-12-2023 11:02 AM
pegilah lawat dia...lepas tu kau ludah je muka dia dikkk

Tak voley la.. nnt kang sedara pembuli amik tindakan undang2.. baik buat tatau jah.. abaikan idup si pembuli.. teruskan kehidupan jahh..

Ucap alhamdulillah jahh dah cukup memadai sbb kurang lagi sorang pembuli kat muka dunia.. dan menjawab la dia dlm kubur dan di akhirat nnt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064073 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list