View: 15771|Reply: 57
|
Nahas Tiga Kenderaan, Suami Meninggal Dunia Lepas Sehari Berkahwin
[Copy link]
|
|
Sungai Besar: Pasangan pengantin baru, Aini Hayati Mohd Radzi, 22, dan Norsyam Nasullah Rahim, 23, meraikan hari perkahwinan mereka bersama ahli keluarga tercinta di Dewan Seri Bernam, di sini, kelmarin.
Semalam, pasangan itu bertolak ke sebuah butik pengantin di Kuala Lumpur untuk menghantar baju pengantin yang disewa.
Bagaimanapun ketika perjalanan pulang ke rumah keluarga isterinya di Kampung Tersusun Bagan Sungai Burong, di sini, Norsyam Nasullah maut dalam nahas tiga kenderaan di Batu 3, Jalan Bernam, Tanjong Karang.
Foto: Harian Metro
Abang Aini Hayati, Muhd Aiman, 25, berkata, dia dan keluarga mendapat maklumat mengenai kemalangan itu menerusi Facebook.
Menurutnya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kajang sebelum dihubungi rakan adik perempuannya yang turut memaklumkan perkara sama.
"Saya yang sudah sampai di Sungai Buloh segera berpatah balik dan bergegas ke Hospital Tanjong Karang selepas dimaklumkan mereka dibawa ke sana.
"Tidak lama selepas kami sampai, pihak hospital memaklumkan suami adik meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya, hari ini.
Muhd Aiman berkata, Norsyam Nasullah yang dikenalinya selepas bertunang dengan Aini Hayati tahun ini seorang yang pemalu tetapi baik dan peramah.
"Saya terkejut dengan kejadian menimpa mereka tetapi sudah ketentuan Allah SWT.
"Jenazah dimandikan dan dikafankan di Hospital Tanjong Karang sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
"Adik pula dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, dalam kejadian jam 10.50 malam tadi, pasangan pengantin baru itu menaiki Perodua Bezza sebelum terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain, Nissan Almera dan Honda City.
Menurutnya, mangsa yang memandu Perodua Bezza meninggal dunia di lokasi kejadian.
"emandu Honda City yang juga wanita berusia 30-an patah kaki kanan manakala pemandu Nissan Almera berusia 50-an hanya cedera ringan.
"Siasatan mendapati pemandu Perodua Bezza dari arah Klang ke Teluk Intan dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan Honda City.
"Akibat pelanggaran itu, Perodua Bezza terbalik dan masuk ke lorong kanan jalan.
"ada masa sama, Nissan Almera gagal mengelak lalu melanggar sisi kanan kereta terbabit," katanya dalam kenyataan, semalam.
Ramli berkata, pelanggaran itu juga mengakibatkan Perodua Bezza terseret sejauh 11 meter dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aduh...bwk laju ke? Takziah..syukur yg lain2 x maut... |
|
|
|
|
|
|
|
Ngeri tengok video diorang share...2 kali lena langgar...masa perempuan tu meniarap keluar kena hentam kereta lagi satu.
Btw jalan ni kereta semua ligan 100 km sejam...padahal had 90km/jam |
|
|
|
|
|
|
|
Bezza ringan....aku bawak 80km/j pun rasa melayang.....standard aku berani bawak 60km/j je....lantak le keta belakng berderet ikut aku, selalu aku bg dorang potong.
Aku nk hidup lama |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. I rasa arwah drove laju. Tapi I perasan most Bezza drivers memang suka drive laju, even hujan lebat pun theyols laju on lane kanan. |
|
|
|
|
|
|
|
buat gila ritu g lepak sg besar mkn seepood..balik2 jem... |
|
|
|
|
|
|
|
bezza jgn le bawak laju
i rasa dia jimat minyak sbb body ringan bukan sbb teknologi eco tu pun |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 19-12-2023 07:47 AM
Aduh...bwk laju ke? Takziah..syukur yg lain2 x maut...
SG suspect pemandu penat sgt. Baru habis kenduri, drive malam nak ke KL |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 19-12-2023 07:56 AM
Ngeri tengok video diorang share...2 kali lena langgar...masa perempuan tu meniarap keluar kena hent ...
Dlm video tu ada tunjuk tak cara pemabduan bezza? Xnak tgk video sbb x kuat...wife dia tercampak keluar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 19-12-2023 09:28 AM
SG suspect pemandu penat sgt. Baru habis kenduri, drive malam nak ke KL
Kejadian waktu mlm ke? Iols tercari2 juga waktu kemalangan dlm artikel. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 19-12-2023 09:32 AM
Dlm video tu ada tunjuk tak cara pemabduan bezza? Xnak tgk video sbb x kuat...wife dia tercampak k ...
Kereta tu terbalik dia merangkak keluar, ada orang nak tolong...lepas tu kena hentam lagi sekali dgn kereta lain.
Dah banyak kali complaint jalan ni gelap, JKR buat tak tahu je...cahaya kat jalan Federal Road 5 ni harapkan lampu dari rumah orang kampung kat kiri kanan jalan tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 19-12-2023 09:35 AM
Kejadian waktu mlm ke? Iols tercari2 juga waktu kemalangan dlm artikel.
Ada mention kat paragraph ni
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, dalam kejadian jam 10.50 malam tadi, pasangan pengantin baru itu menaiki Perodua Bezza sebelum terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain, Nissan Almera dan Honda City. |
|
|
|
|
|
|
|
matured betol muka arwah.. tgok gambar ingatkan dah 30an.. rupernye baru 23.. lahir tahun 2000 |
|
|
|
|
|
|
|
Laju.laju nak ke mana?
Alam barzakh?
Adoi la..kesian Bini dah Jadi balu...
|
|
|
|
|
|
|
|
smlm kat PLUS Bezza tekan sampai 170km/j cucuk Merc A class. Pokcik tengok je dari line tengah. |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya punca kemalangan dari kereta mereka la ye..
kasihan mangsa yang lain.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|