View: 36245|Reply: 31
|
[VIDEO] Staf selamba bawa lari stok jualan syarikat Aeril Zafrel sambil jeling CCTV
[Copy link]
|
|
Tangkap layar video CCTV memaparkan lelaki dipercayai pekerja syarikat Aeril Zafrel yang dikatakan membawa lari stok jualan syarikat milik selebriti terbabit.
[VIDEO] Staf selamba bawa lari stok jualan syarikat Aeril Zafrel sambil jeling CCTV
Sabtu, 06 Jan 2024
SELEBRITI dan usahawan, Aeril Zafrel mendedahkan berlakunya kejadian pecah amanah melibatkan seorang pekerjanya baru-baru ini.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Instagramnya pada Sabtu, seorang lelaki didakwa pekerjanya dilihat mengambil beberapa kotak dipercayai stok jualan syarikat selebriti itu.
Aeril mendakwa, pekerjanya itu membawa lari stok tersebut, selain tidak dapat dihubungi sejak Jumaat.
"Ada yang kenal mamat ni? Kes pecah amanah dan bawa lari stok, sebab sejak semalam (Jumaat) hubungi dan mesej tidak dibalas," tulisnya.
Pada masa sama, dia turut memuat naik satu gambar memaparkan wajah jelas lelaki berkenaan yang didakwa melakukan perkara tersebut.
Sementara itu, segelintir warganet dilihat ada yang seolah-olah mengatakan bahawa tindakan pekerja itu tidak menjejaskan syarikat Aeril.
"Anggap je la sedekah, korang dah kaya, abang Zafrel dan kak Wawa kita. Berapa sen dia ambil dua kotak je," komen @pbj_boneacjustment_bidankampung.
"ALLAH, takat dua kotak macamtu dia ambil, takkah jadi muflis lah. Sampai nak muat naik di Instagram. Ingat kes berjuta-juta," tulis @phinix_official.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Cash buat kapel sangkak terpaling menunjuk |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh ke apa yg komen minta biar je org tu bawa lari stok. Dah perbuatan pun namanya mencuri. |
|
|
|
|
|
|
|
as a staff mestilah dia tau keberadaan cctv...
iols syak marketing je ni...
otherwise... curi is curi no matter how rich aeril is |
|
|
|
|
|
|
|
Tak rasa marketing.
Tak kanlah ada yang bo*** sukarela serah muka untuk dicop sebagai pencuri. Akan kekal selamanya orang ingat kes ni. Lebih² lagi apabila dah masuk internet, bukan senang nak buang.
Satu dunia membaca dan melihat. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by telracs at 6-1-2024 01:57 PM
Siap ada anak isteri lagi, tak kanlah sekadar marketing.
Tak kesiankah kat family.
Nanti suatu hari anak² masuk sekolah, terjumpa pulak benda ni kat internet, dah kengkawan kata, eh bapak kau pencuri eh?
Harap selesaikan dengan baik.
Aeril dan staff yang terlibat, semoga dipermudahkan urusan semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ek nak kena redho bila ada org ambil hak kita
Kaya ke miskin, kan kita patut pertahankan hak kita tu
Kalau buat derk, mcm menyokong perbuatan pecah amanah tu la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Yg komen mintak halal kan tu mmg bodoh. Ni la spesis yg halal kan jenayah. Benda dh sah2 salah, (kalo bukan marketing la), lagi nak bekup penjenayah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi, syok ja mulut suh halalkan bagai. Xkesah la org tu kaya mcm firaun sekalipun, if ko amik hak org tu, ko tetap mencuri. Bajingan sekali mindset suh bagi je sbb dah kaya raya. Wtf… |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 6-1-2024 09:44 PM
as a staff mestilah dia tau keberadaan cctv...
iols syak marketing je ni...
otherwise... curi is cur ...
Kalau marketing..tak ke buruk nama staf tu..muka terpampang kt ig |
|
|
|
|
|
|
|
Korang tak rasa itu semua marketing strategy? Korang kata takkan la marketing, malu wooo muka terpampang dilabel sbg pencuri...
Dah tu si alip teega ngan bini dia marketingkan isu poligami tu? Tak malu ke si pompuan bernama fatin tu dilabel sbg penyondol? Walhal itu semua propa. Sampai skrg alip tak daftar lagi dan blm tunjuk surat daftar nikah kat sini.
Dah satu malaysia tahu, pegi la daftar. Mana hitam putih kata mmg dah betul2 kawin? |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat pampasan kot. Tu yg sanggup berlakon. Cctv berlambak xkan dia bodo pegi curi camtu. Xtau la klo betul2 dia bodo.
Kalau x takan sadiq segaraga sanggup bagi upah £50 setiap sorang kat 3 jantan utk berlakon bermesraan dgn anak2 dia supaya abd wahub jeles. Sorry off topic.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah kau tak report polis je bang? Semua benda kena viral dulu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Report je polis.. nanti pandai la polis carik pencuri tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yang menyokong pencurik tu
Isk isk isk
Halalkan acik dia
Faham ke idok konsep halal haram ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada pencurik yang dah thu cctv kat situ..dia g curik sambil tunjuk muka kat cctv????
Mana adaaaa...so sah2 la marketing bodo |
|
|
|
|
|
|
|
Bape ntah deme bayar orang ni untuk "curi" stok deme.
Ni taktik nk raih simpati |
|
|
|
|
|
|
| |
|