View: 10453|Reply: 27
|
17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan! Putera Mateen Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz
[Copy link]
|
|
PANGIRAN Muda 'Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei, Khamis.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut berkenan menyaksikan majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat diraja.
Terdahulu, Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), dengan Putera Mateen, mengenakan busana serba putih.
Dayang Anisha tampil anggun dengan busana putih.
Awang Adam Abdullah iaitu bapa pengantin diraja perempuan, meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha bersama pasangannya dengan mahar sebanyak $1,000 dolar Brunei (RM3,498).
Istiadat bersejarah itu dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan adat Istiadat Diraja Brunei.
Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah sempurna dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.
Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja dijadualkan pada 15 Januari.
Putera Mateen, 33, merupakan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.
Dayang Anisha, 29, pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.
Sumber : mStar |
|
|
|
|
|
|
|
apa la nasib acik2 yg meletup ovari beberapa tahun sudah selepas melihat gambar ni |
|
|
|
|
|
|
|
dio5774: apa la nasib acik2 yg meletup ...
Obari membusuk ajolaa |
|
|
|
|
|
|
|
Untungnya jd anak raja ni |
|
|
|
|
|
|
|
dayang anisha ni kalau mekap beriya senang nampak tua |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat bermalam jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
As someone from Bruneiku terchenta, I don't give a damn about this lol, org lain je x hbis2 bising psl dia ni, semak je tngok dan dngr |
|
|
|
|
|
|
|
br tgk video nikah disebutnya satu ribu ringgit.. kat sn kan pakai dollar |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ka uols tak dibenarkan travel keluar negara selama 2 minggu sempena majlis kawin gilang gemilang putera raja chuols @gideoncross ? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cantiknya baju Melayu polka dot sebegitu nampak macam kotor. |
|
|
|
|
|
|
|
Si Dayang ni pula tak lawa berseri lansung di hari nikah apsal buat rambut, buat mekap camtu nampak tua awal 30an? |
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross: As someone from Bruneiku terch ...
Aku smlm mimpi dayang.. hahaha.. dia lari dr istana pas tuu jumpa aku.. dia ckp dia mcm tak pasti naknkawin satu lg dia nak enjoy.. so kitaorg enjoy laa jln jln mkn mkn lepak.. pas tuuu aku hantar dia balik yestana . Aku nasihat diaa.. pi la kat somi ko.. satu lg aku bg no phone aku kat dia. Kalo bosan jum kita jln jln lagiii.. sedar sedar rupanyaa mimpi.. hahajahs.. jd laa wpun mimpi |
|
|
|
|
|
|
|
matawang brunei dollar brunei, tapi theolls tetap panggil matawang theolls as ringgit. except klu theolls speak english.
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah semoga bahagian ke anak cucu... |
|
|
|
|
|
|
|
imanda replied at 12-1-2024 12:05 AM
br tgk video nikah disebutnya satu ribu ringgit.. kat sn kan pakai dollar
Sana mmg dia sebut ringgit. Tp ringgit Brunei la. Value dia sama mcm sgd. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengantin laki pun nampak hambar, wedding of the era kata satu saluran berita, tapi seri majlis macam takda.
Ke daku dah kena pegi check mata
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pulak tak bertudung? |
|
|
|
|
|
|
|
Serrrriibuuuu ringgit..
Airmuka gelisah tul.. berdebar kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
menarik mimpiko ni mcm tgk drama lak. untong wo klu betul2, kwn dgn bini anak raja weh, kot la dpt hadiah2 mahal seketul dua bila dia p lepak2 dgn ko
|
|
|
|
|
|
|
| |
|