View: 10996|Reply: 35
|
Buat Semua Kerja Rumah, Nafkah Tak Culas- Isteri Tetap Anggap Suami Tak Perfect Sebab Tak Pandai Masak
[Copy link]
|
|
Setiap wanita pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna.
Memiliki pasangan yang saling melengkapi dan cukup memberi nafkah serta kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga.
Bagi wanita ini, dia begitu senang hati apabila dikurniakan seorang suami yang amat bertanggungjawab.
Gambar Hiasan
Memasuki usia perkahwinan selama sembilan tahun, suaminya bukan sahaja rajin bekerja mencari rezeki, malah ringan tulang membantu melakukan kerja-kerja rumah.
“Suami saya seorang yang sangat bertanggungjawab dari segi komitmen. Bayaran untuk pengasuh anak, semua dia yang bayarkan.
“Kerja rajin, beri nafkah saya RM1,000 sebulan. Suami buat kerja seperti menyapu, mengemop, basuh dan jemur kain.
“Kadang-kadang, dia lipat sekali pakaian. Baju kerja saya pun dia seterika sekali,” katanya menerusi satu luahan di grup Facebook.
Menurut wanita ini yang juga berkerjaya, dia lebih menumpukan tugasan memasak memandangkan suami lebih banyak melakukan kerja-kerja rumah.
“Boleh dikatakan semua kerja dia buat. Saya hanya masak kadang-kadang,” ujarnya.
Selain mengemas rumah dan membasuh pakaian, suami juga menseterika baju isteri. -Gambar hiasan / Freepik
Namun di sebalik sifat suami yang rahin dan bertanggungjawab, dia mendedahkan terdapat kekurangan dalam diri lelaki itu iaitu dari segi kepakaran memasak.
Dia tanpa berselindung mengakui bahawa suaminya tidak pandai memasak.
“Macam mana ye nak suruh suami belajar masak? Kekurangan suami saya adalah dia tak pandai masak. Kalau dia pandai masak, alangkah bagusnya dia siapkan masak sekali.
“Sebab kami berdua bekerja, saya penat sangat kalau balik kerja. Dia pernah masak, tapi tak sedap. Tolong bagi pendapat. Jangan kecam saya ye, saya ni lemah semangat sikit,” luahnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wanita itu bertuah kerana memiliki suami yang bertanggungjawab.
Namun pada masa sama, wanita ini dikritik hebat kerana dianggap tidak belajar bersyukur hanya kerana suami tidak pandai memasak.
“Bersyukurlah kak, dapat yang membantu kerja-kerja tu pun dah seronok sangat dah bagi isteri-isteri. Setakat nak masak tu, kalau malas sangat ‘baling-baling’ je la kak.
“Bertuah dapat suami bertanggungjawab semuanya. Nafkah pun dihulurnya. Sis semua dah dapat Cuma masak je. Reda la, tak larat masak bungkus luar sebab dua-dua kerja kan.
“Bersyukurlah dia dah tolong macam-macam. Masak je, tu pun kecoh,” komen netizen.
Tidak terkecuali, gurauan nakal netizen yang mencadangkan wanita berkenaan supaya mencari isteri kedua yang pandai memasak untuk suaminya.
“Cari madu bagi dekat suami la kak, cari yang pandai masak.
“Boleh je suruh suami bawa balik madu. Boleh masak untuk hang dan laki, senang,” kata netizen.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
saya setuju dgn komen2.. tak ramai ya lelaki yg ringan tulang.. bersyukur la |
|
|
|
|
|
|
|
Yakinnya perempuan ni menulis kat sosmed sampai macam tu sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
manusia ni mmg jenis tak bersyukur kan. susahnya nak laki mcm tu kak. chuols dah jumpa sorang, keep it properly. jgn sampai ada wanita lain yg sondol udah ler. |
|
|
|
|
|
|
|
betina ni nak jd mcm wanita lain di luar sana ye? balik keja kena urus ambik anak di taska, siapkan anak wangi2, masak makan mlm dan kemaskan pinggan mangkuk, angkat baju di jemuran beserta lipat n seterika baju, mlm2 bgn buat susu anak?
ko patut bersyukur laki ko x buat ayat di caption FB berbunyi "macam mana ye sy nak buat? semua kerja rumah saya buat a-z, isteri hanya tahu memasak itupun jarang2 dan tak sedap tp saya makan je. yelah kalau komplen nt merajuk kena tidur luar. sy penat jugak, kami sama2 kerja tp tugas dia memasak je itupun x menjadi, sy balik kerja semua benda sy uruskan dari sekecil2 perkara hingga sebesar2 masalah. nafkah batin cukup, nafkah zahir RM1k paling kurang hanya utk dia shaja sb byrn persekolahan anak, yuran taska, beli brg dapur, pegi dobi, makan di luar sesekali bsama keluarga, kereta rosak, bayaran coway, bil telefon, bulanan kereta semua gaji saya"
maka penuhlah geng prmpuan duk merempan kteorang org prmpuan ni sakit bsalin mcm nak mati tau, lelaki apa tahu? lagipun byrn tu semua mmg nafkah suami yg kena bagi. wajib.
hahhh gitu karangan aku mbebel kat betina x sedar diri ni. dah dapat laki baik cenggitu eh byk songeh lak. |
|
|
|
|
|
|
|
"kakak sini mari kawen saiya la.. apa mau makan saiya pandai masak la"-Abangla masak Mamak Kedai la |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia jenis x bersyukur, macam ni la..
Tapi penting jugak untuk orang lelaki tahu basic memasak. Aku teringat masa aku prengnant, aku jatuh sakit (demam campak & anemia). Teruk sampai x boleh bangun. Makan pon bubur kosong je. Laki aku x tahu masak. Rumah pulak kat area yang xde kedai makan. Berkali2 la hangit bubur. Nasib baik la aci cleaner rumah tu tolong masak bubur. Tapi lambat la sebab dia datang rumah selalunya dekat2 waktu zohor.
Pregnant anak ke dua dah pindah ke town. Sepanjang 1st trimester tu la dia order grab food. Ada jugak masa yang aku prepare bahan2 masak, dia tinggal masak. Tu pon hangit jugak sebab main mobile legend masa masak |
|
|
|
|
|
|
|
bersyukur la suami kau balik rumah makan masakan kau..kalau dia balik makan kat rumah lain caner? |
|
|
|
|
|
|
|
tak pandai masak tuh perkara kecik yang penting banyak duit, makan kat luar dapur bersih jer setiap hari |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak cakap dan doakan yang baik2 sahaja iaitu semoga suami akak ditemukan dengan isteri yang lebih baik. Aminnn |
|
|
|
|
|
|
|
Isu ni boleh jadi pergaduhan kat FB ni...antara perempuan yang sokong dilayan macam ratu vs lelaki yang rasa diri patut dilayan mcm raja. Ha..bergaduh la kalian.. |
|
|
|
|
|
|
|
xreti bersyukur...kang ade org sondol laki ang bru pdn muka |
|
|
|
|
|
|
|
Apa motif buat luahan2 macam ni ye? Nak dapatkan sokongan moral ke nak tunjuk kebodohan diri sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
Rajin now dah lakinya tu deknon...siap iron bj bini lg..kang disondol kang...buat la 100% keje rumah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
If you let women list out the characteristics of a perfect man, you'll see a slave. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau macam ni kan,org ramai doakan laki dia kawin lain tak Salah kan
Dia je penat,laki dia tak penat. Sejenis tak bersyukur. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku Rasa akak ni gebang aje kot
Ala2 khayalan semata utk feel good
Ntah2 Di Alam nyata tok lakinya bewak pemalas
Terpaksa reka cerita utk perhatian Dan sedapkan hati |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib kau laa labu dpt bini narcissist |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan saya.....bercerai je la. Kahwin dgn tukang masak. Tapi kerja lain kau kena buat la....mengemop, setetika baju, sapu sampah, buang sampah. Menyampah pompuan mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar pompuan x bersyukur |
|
|
|
|
|
|
| |
|