CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12417|Reply: 42

Gemerlapan Cahaya Menara Merdeka 118, Ramai Bangga Tapi Samakan Dengan Lampu Kedai Tomyam

[Copy link]
Post time 12-1-2024 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Persembahan laser serta gemerlapan cahaya yang menghiasi Menara Merdeka 118 ketika majlis perasmiannya pada Rabu malam hangat menjadi bualan netizen di media sosial.


Mercu tanda baharu Malaysia itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli.


Selain persembahan cahaya yang menyinari langit ibu kota, audio laungan 'merdeka' oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj turut bergema di sekitar bangunan berketinggian 678.9 meter itu.




Foto: mStar




Orang awam juga tidak melepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah itu dengan menyaksikan gimik perasmian di sekitar bangunan pencakar langit itu.


Video semasa majlis perasmian Menara Merdeka 118 turut tular di media sosial sehingga meraih ratusan ribu tontonan.


Selain memuji reka bentuknya, segelintir netizen turut berjenaka apabila mereka menyamakan limpahan cahaya di Menara Merdeka 118 seperti lampu di kedai-kedai tomyam.


"The highest lampu kedai tomyam di Kuala Lumpur.


"Kedai tomyam going international.


"Kedai tomyam dah maju sekarang buka kat Kuala Lumpur.


"The real kedai tomyam," tulis pengguna media sosial secara berseloroh.


Namun, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bangga dengan pembukaan menara itu yang kini menjadi salah satu kebanggaan Malaysia.


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau la pendapat lain but the building design tak secantik lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
KLCC juger yg cantik…. Paling tak menarik The Exchange! No personality!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 03:02 PM | Show all posts
Menarik reka bentuk bangunan tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
manopBKK replied at 12-1-2024 11:01 AM
KLCC juger yg cantik…. Paling tak menarik The Exchange! No personality!

Riso aku tgk bangunam tinggi tinggi.. sekali gempa haruuu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 03:13 PM | Show all posts
eleh nerakazen ni
sendiri kutuk kemain bangga lagi ckp mcm2
bila org luar komen sikit xkena kt jiwa
kemain koyak sekor2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2024 05:13 PM | Show all posts
Wpun takda la tahap wow sgt, cantek jer akak tengok. Nak gak tahu kedai tomyam mana yg pakai lampu berkonsepkan futuristik bombastik mcm nih??
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih najib

Kalau tak boring ler KL takde langsung perubahan

Rombongan sekolah ldari perlis dan kelantan epas nih boleh la singgah kat trx mall dan pnb118.. sebelum ni asyik klcc, pastu sogo jah tu pon sebab cikgu2 yang nak gi shopping, budak2 disuruh tunggu dalam bas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 08:16 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 12-1-2024 08:27 PM

Tahniah atas pelancaran bangunan suchi agama islam pertama di alam melayu dan juga yang pertama di luar Saudi Arabia atau di luar alam dunia arab...

Semoga akan lebih banyak orang yang datang ke Malaysia  .. khasnya orang-orang dari bangsa lain yang  beragama islam...

Sebagai bangsa yang Jaguh dan ahli membuat Propaganda ... maka segera buatlah propaganda besar-besaran ke seluruh dunia bahwa umah islam X akan lengkap dan sempurna  imannya jika mereka x  berkunjung ke monumen suchi ini ....

Sekali Lagi TAHNIAH
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 12-1-2024 08:24 PM

I suka je tengok design 118, takde lah straight, segmented tu cantik, cuma tak berkenan part macam antena tu je, rasa panjang sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakala bila tgk gambar 118 ni meolss rasa design bangunan dia mcm botol air plastik bentuk phone masa meolss sekolah rendah dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
TERIMA KASIH DATUK SERI NAJIB BOSSKU
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 03:51 PM | Show all posts
Edited by 71jebat at 14-1-2024 11:14 PM
Miss_LoveLeen replied at 12-1-2024 10:46 PM
Adakala bila tgk gambar 118 ni meolss rasa design bangunan dia mcm botol air plastik bentuk phone ma ...

Haha... memang pun. kalau angle lain dan takde antena tu, ada juga mirip dgn HCK tower. dua-dua cantik ni  
Aku baru je singgah ke sales office HCK semalam, seronok juga layan proposal projek ni. Lokasi dia memang menarik, dan aku rasa ada potensi bagus untuk pelaburan. Harganya pun reasonable, takdelah macam projek 'Menara Najib118' tu. ????✨ #PeluangPelaburan #ProjekPerumahanHebat"
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
OK jer design Merdeka 118 ni, tetap cantik walaupun x cukup ikonik. Pada aku Burj Khalifa dgn Landmark 81 gak yg ikonik, selain Petronas TT lah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara tanda tanda akhir zaman.


Insan berlumba lumba membina bangunan tertinggi antara mereka....and how ironic this coming from negara negara islam jua....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar yg first tu macam Komtar yg ditindan 3.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 04:43 PM | Show all posts
Antifake replied at 12-1-2024 10:57 AM
Tak tau la pendapat lain but the building design tak secantik lain

my sentiments exactly.kalo tgk masa siang lagi hodoh
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 06:35 PM | Show all posts
Bangunan ni cantik ja kalau terletak di Manhattan atau Sydney. Di KL jadi tak cantik sebab takde elemen melayu atau geometri islam macam kubah2 atau bentuk2 bintang simbolik islamik segala apa bala tu. Nasib ko lah labu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-1-2024 02:44 AM

Saya tengok banggunan 118 ni seperti tidak kena pada tempatnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066488 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list