View: 14053|Reply: 50
|
Ada Transaksi Nilai Mata Wang Asing, Duit Dalam Akaun Dynas Mokhtar Lesap
[Copy link]
|
|
Dynas Mokhtar berputih mata apabila mendapati sejumlah wang di dalam akaun peribadinya lesap.
Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41, berkata, dia menyedari akaun banknya hampir kosong ketika ingin membuat pembayaran gaji pengurusnya.
Foto: IG
"Saya hampir kehilangan semua duit saya. Beberapa hari lalu ketika saya pulang dari menjalani penggambaran saya nak bayar gaji pengurus saya.
"Masa itulah saya sedar hampir kesemua duit saya hilang. Saya ada akaun semasa, debit kad tetapi tiada kad kredit.
"Saya ingat kad debit lebih selamat kerana tidak berhutang," katanya dalam nada kecewa.
Dynas berkongsi perkara itu menerusi sebuah video di Instagram miliknya pada malam Isnin.
Dynas memberitahu selepas menyemak penyata akaun, dia mendapati terdapat transaksi wang menggunakan nilai mata wang asing.
Susulan itu Dynas sudah pun membuat laporan di Balai Polis Brickfields Kuala Lumpur berhubung isu berkenaan.
"Bila saya periksa kenyataan bank saya terdapat pemindahan wang pelik. Saya tak boleh kongsi lebih lanjut kerana masih dalam siasatan.
"Saya sudah buat laporan polis, ramai yang bantu saya ketika ini. Tapi doakan saya dapat kembali duit saya," ujarnya.
Dia juga berharap kejadian yang menimpanya menjadi pengajaran buat orang lain agar lebih berhati-hati dalam menyimpan wang.
Malah dia seakan kecewa apabila perubahan zaman yang semakin moden namun tidak dapat menjamin keselamatan.
"Saya tak mahu benda ini berlaku kepada orang lain. Sekarang ini bukan hanya klik pada pautan saja tapi nombor kad debit juga kena berhati-hati.
"Saya sarankan untuk tidak letak duit yang banyak dalam kad debit sebalikny simpan di tempat lebih selamat.
"Kalau orang tiru kad awak habis... Ini simpanan dan itu sahaja awak ada. Konon tak nak berhutang tapi semua duit tunai hilang. Saya pun tak tahu apa yang selamat sekarang ini," luahnya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Dynas ni scammer jgkkke mcm kes anak jiran aku tu |
|
|
|
|
|
|
|
aKAK Burit cer elaborate ..tq ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Dah nak menyimpan kat mana kalau tak dalam bank. Semua pun dah tak Selamat dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan kena scam tapi nombor debit card leaked kena jual dalam dark web.
Kalau nasib baik, dapatlah balik.
zaman skrg ni sbnrnya credit card lebih selamat dari debit. Sebab credit card duit bank, kalau kita report fraud txn, serta merta bank akan batalkan. Tapi debit card duit kita, bank pun tak rushing2 nak tolong dengan anggapan kita yang salah |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan la dynas ank orka ni takde kad kredit?aku sejak banyak kes duit hilang dlm bank ni terus apply cc yg lain2 duit terus aku letak dlm asb.setakat ni asb masih selamat lagi.yg lain2 aku tinggalkan dlm balance 100 ke 200 aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah kena. Tp credit card.
Tiga kali transaction in USD. Tak sedar pon. Bila kena yg 2 kali tu, tetiba kali ketiga ada message sama ada buat transaction 2 pagi. Kebetulan tak tido lagi
Terus call bank tgh2 malam buta. Tak angkat. Call pagi esoknya, terus dorang block card. Kena submit dispute form through online. Next statement, nampak bank dah masukkan balik duit utk ketiga-tiga transaction |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 16-1-2024 12:51 PM
Ni bukan kena scam tapi nombor debit card leaked kena jual dalam dark web.
Kalau nasib baik, dapatl ...
Betul. Sbb tu aku guna credit card utk payment ape2 sejak kes2 scam makin meluas. Nanti aku bayar lah balik dpt gaji - bayar full. Jangan nak berhutang sgt. Duit2 lebihan sila masuk asb. Tinggal sikit2 je dlm debit card utk guna sikit2. Skrg pon nak wdraw asb pon dah senang. So xde issue. Issue nya skrg, govt, bank n pdrm kata tak boleh buat ape2. Padahal tau je kot sape pemilik account. Cam cib je |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm bank pun dah x selamat sekarang. Asalkan tak klik atau jwb panggilan bukan2 ok tak. Kdg purchase app dekat store pun risau gak |
|
|
|
|
|
|
|
Fixed depo selamat tak?
Saya baru transfer duit anak syurga saya kat fixed depo ..
nak buat mcm mana ASB TH semua tu anak syurga saya tak layak ada akaun ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Off topic sat
Masa kemas2 dokumen, jumpa RESIT BELI EMAS TOK BELAGAK …
saya ada resit bank transactiom bayar kepada 1 akaun tu …
rupanya RM66500 duit ku hangusss
Boleh tak kita nak ambil tindakan kat pemilik akaun tu? |
|
|
|
|
|
|
|
dugaannyaaa. moga tabah. bahaya sekarang ni. macam macam |
|
|
|
|
|
|
|
Dahlah debit card mmg sng je swipe sana, tap sini... So saving account dlm tu jgn letak duit byk2... Simpan kat th or asb etc... |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie replied at 16-1-2024 01:35 PM
Off topic sat
Masa kemas2 dokumen, jumpa RESIT BELI EMAS TOK BELAGAK …
Dah tersontot dgn tok belagak ke kaka? Bertabahlah.. boleh je report polis tapi biasalah kes mcm ni peluang tipis nk dpt balik..
chuols buat solat hajat pastu doa byk2 supaya org tu lembut hati pulangkan duit kaka.. buat selalu supaya dia panas bontot x sng duduk asik teringat dia hutang dgn kaka... |
|
|
|
|
|
|
|
Lawo baju dia. Dynas ni character dia relaks. Xgelabah. Ijad tu bljr la sikit dri dinas ni. Rilek chill jgn kalut². |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang dah ada fungsi kill switch... tak payah call bank.. terus login apps tekan tu serta merta dia block kad tu...
and lagi satu... kalau bukan sbb klik link bukan2 tu... cara lain scammer dia copy nombor kad bank kita dgn cvv 3 digit tu... so hati2 sape yg subscribe online game ke apa especially budak2 pastikan payment page tu legit |
|
|
|
|
|
|
|
One of main financial rules is to use Credit Card, because Debit Cards higher risk of card cloning/hacking or monies terus lesap sebab link to your main account. Benefit you earn miles and points.
Safer for transaction online and Tap on to use CC.
CC any transactions will be alerted also, so if anything looks illegal you can block the card.
|
|
|
|
|
|
|
|
pergghhhhh.....seriously tak pernah nak pakai CC sbb aku ni pantang....pantang nampak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah click dkt google aku menang iphone..Haha..Bodohnya aku gi layan.Click click click skali dpt noti cimb duit 6lebih was charged bla bla bla...Terus biru ase..mujur byk tu je ada masa tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|