View: 15890|Reply: 148
|
Kami tidak akan minta maaf – Suria FM
[Copy link]
|
|
Kami tidak akan minta maaf – Suria FM
https://www.utusan.com.my/nasion ... inta-maaf-suria-fm/
Oleh Hiburan
19 Januari 2024, 8:46 pm
PETALING JAYA : Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group dan Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, menyifatkan tuntutan permohonan maaf daripada Tyzo berhubung konflik penamatan kontraknya bukan satu keperluan.
Malah, katanya, pihak Suria FM juga tidak akan melakukan perkara yang serupa terhadap Tyzo selain menyifatkan konflik yang berlaku sudah terlalu sukar untuk diperbaiki.
“Tiada kenyataan saya maafkan awak atau awak maafkan saya. Ini sudah sampai satu tahap yang susah nak diperbaiki sebab keadaan sudah jadi macam ini.
“Kami juga tidak menunggu sebarang permohonan maaf dari Tyzo. Sekiranya kami lihat keadaan ini menjejaskan Suria FM, kami akan ambil tindakan sewajarnya.
“Kami tidak akan ambil tindakan undang-undang selagi tidak wujud sebarang kenyataan mencemarkan reputasi Suria FM,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui pada sidang media yang diadakan di Menara Star, di sini, hari ini.
Selain itu, kata Aminuddin, beliau juga sedar bahawa kontroversi yang berlaku ini mampu menjejaskan reputasi baik Suria FM namun mengakui sudah bersedia berdepan dengan risiko.
“Pihak Suria peka dengan keadaan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekira berlaku penurunan.
“Mungkin selepas ini Suria menjunam, itu adalah risiko yang kami kena ambil sebagai satu bentuk bisnes. Kami ada mengikuti bagaimana menghitung pendengar Suria.
“Kami pantau dan memang sentiasa lakukannya setiap minggu. Jika betul jumlah pendengar menurun, kami akan ambil tindakan sepatutnya,” katanya.
Sementara itu, Aminuddin turut mengulas kenaikan gaji yang diminta oleh Tyzo dan menegaskan ia sudah dipersetujui ketika kontrak ditandatangani.
“Soal gaji adalah pertimbangan yang sudah diambil kira. Selalunya sama ada kami sambung kontrak berasaskan gaji.
“Apa yang ditandangani adalah gaji yang sudah dipersetujui. Jika tak setuju, tak tandatangan kontrak itu,” katanya.
Dalam pada itu, pada majlis yang sama, Suria FM juga membuat pengumuman barisan penyampai baharu yang akan menerajui program-program yang disediakan.
Penyampai baharu yang diumumkan adalah Datuk Fizz Fairuz, Chiwan Cilok dan Kai Hassan dan ia disifatkan sebagai langkah strategik yang diyakini mampu memberikan sentuhan khas agar Suria FM terus relevan.
Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid berkata, kemasukan penyampai baru di Suria FM ini adalah salah satu langkah Suria seiring dengan keperluan semasa untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi tunggak utama barisan penyampai sebelum menjelang ‘Radio Survey’ yang berlangsung bermula 18 Februari hingga 30 Mac ini.
“Datuk Fizz Fairuz bakal ke udara di segmen Morning Moring Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi manakala Kai Hassan, bakal ke udara dan mengambil alih segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40 sepanjang tempoh Suraya bersalin bagi memastikan kelangsungan kualiti kandungan bagi kedua-dua segmen ini.
“Chiwan Cilok akan bergandingan bersama Rara menemani petang pendengar menerusi segmen Suria Petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3 petang sehingga 7 petang.
“Setiap penyampai dipilih melalui proses pemilihan yang teliti, menekankan kemahiran profesional dan pengalaman luas selain mempunyai bakat serta minat yang mendalam dalam bidang penyiaran radio,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat mesia ni ko jgn biadab dgn netizen. Diaorg boleh pulau radio kau just like that musibat tua. Aku rasa netizen dah mula kikiki. All the best |
|
|
|
|
|
|
|
mrseller replied at 20-1-2024 02:44 PM
Kat mesia ni ko jgn biadab dgn netizen. Diaorg boleh pulau radio kau just like that musibat tua. Aku ...
Sekejab je..pastu pastu penuh balik. Eh jab, ni boikot mcd ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Betulla kata mamat botak ni, kenapa pulak derang kena minta maaf. Dia dah tunaikan apa yg kau nak kan. Offered 1 yr renewal, kau yg nak 6 months pastu tak renew kau buat bising lak. |
|
|
|
|
|
|
|
cik piah takde segmen ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang dgr radio bukan sb DJ...org nk dgr lagu2 best...dgr celoteh DJ x kuasa aku..aku lebih suka dgr lagu....so x de kena mengena org nk boikot sebab DJ...kakau DJ x bersuara hanya putar lagu...lagi aku suka |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 20-1-2024 03:02 PM
Sekejab je..pastu pastu penuh balik. Eh jab, ni boikot mcd ker?
Radiolah.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 20-1-2024 03:17 PM
Radiolah.
Sib baiklah iols kertu, channel melayu iols dengar hanya radio klasik tu pun kalau drive ptg balok kerja dengar segment adila. Tak reti dengar yg ramai2 dj, jadi bingit. |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni betul...bingit...dah laa xbest...dgn iklan byk...lagu2 best penyebab org nak dgr radio...aside kalo dpt DJ best xdelaa ngantuk sgt...
so far ok je pada aku tyzo tu since balik keje je mmg on segmen dia...kdg2 terkekek sendiri...
dr amek DJ acah mcm hot...suara gersang geli aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah dengar dua2 belah pihak baru aku faham kes ni secara menyeluruh.
Pada aku tyzo ni yg emosi lebih2.
1. Tyzo sendiri yang minta kontrak disambung 6 bulan masa peringkat perbincangan bulan Ogos 2023 iaitu dari Oktober 2023- Mac 2023
2 pihak suria tamatkan kontrak awal 2 bulan iaitu Januari 2024 TAPI GAJI AKAN DIBAYAR SEPERTI BIASA UNTUK TEMPOH 2 BULAN TU IE GAJI FEB DAN GAJI MAC.
Ok sangatlah tu. TAKDE LANGSUNG UNSUR PENGANIAYAAN PUN.
Penganiayaan hanya berlaku kalau suri fm SESAJE TAMATKAN KONTRAK AWAL DAN TAK BAYAR GAJI. Barulah tyzo boleh dikatakan teraniaya.
Kesian giler dj lin terpaksa hadap cemuhan netizen yang tak tahj citer sebenar.
Aku dah beralih arah dan DAH TAK RASA KESIAN KAT TYZO. |
|
|
|
|
|
|
|
hunny_bunny replied at 20-1-2024 03:30 PM
yg ni betul...bingit...dah laa xbest...dgn iklan byk...lagu2 best penyebab org nak dgr radio...asi ...
Ya...kalau on radio dlm kereta..dari start memandu dari rumah sampai ofis..satu lagu je dpt dgr...selebihnya iklan dan celoteh DJ yg syok sendiri...mengantuk terus jadinya..baikla download music kegemaran dan dgr. |
|
|
|
|
|
|
|
Aahhh bosan lah
Kalau your ex-employer unjustified report je mahkamah buruh ke hape
Muak dah Aku dgn tyzo-suria nih
Macam Kan pulak si tyzo ni kene campak Dalam lubang taik tak berperi kemanusiaan
|
|
|
|
|
|
|
|
ajeajelah replied at 20-1-2024 03:46 PM
Dah dengar dua2 belah pihak baru aku faham kes ni secara menyeluruh.
Pada aku tyzo ni yg emosi lebi ...
Kalau tak silap...dia belum dpt increments rm500.
1. fm suria offer one year contract.
2. Tyzo mintak increments rm500.
3. Dj lin kata ..buat 6 bulan contract dulu. Nanti lepas 6 bulan will consider the increment.
Atau dapat increment tapi contract 6 bulan je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus pakcik
Buat hape Ko nak Minta maap?
Kompom Ko dah consult loyer sebelum buat sume action
Byk cekadak pulak nitijen yg tak tahu corporate law ni
Moga suria terus maju #walo Aku tak layan this stesen |
|
|
|
|
|
|
|
Dato ce komen sikit tok..dengar cerita berskandal di tangga bersama dj lin...ikut jejak langkah view chin bunggung dgn mira ke tok |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk netizen yang agak kurang pandai sikit, dj ni nature of business ni memang berasaskan KONTRAK. Renew atau tamatkan kontrak tu perkara biasa je. Bukan macam kerja lain yg diserap jadi pekerja tetap. Sebab tu sejak zaman berzaman, dj radio come and go. Nothing new dan tak peelu meloncat pun kalau ada dj yg ditamatkan kontrak.
Tyzo dah silap percaturan konon nak gaslighting dengan minta renew kontrak 6 bulan instead of 1 tahun(1 tahun tempoh biasa yg suria fm sarankan untuk semua dj) sambil tyzo insinuate make as if dia hot di pasaran sebab ada stesen radio lain ura2 nak ambil dia jadi dj. Dengan harapan suria fm naikkan gaji sebanyak rm500 supaya tyzo tak lari ke stesen radio lain. Hence when the new contract of mac 2024 onwards bring renewed, suria fm akan naikkan gaji sebanyak rm500. Inilah dinamakan gaslighting. Tapi tyzo terperangkap atas "permainan" dia sendiri. Suria fm tamatkan kontrak dia awal at tme same time gaji 2 bulan masih jalan. Dalam erti kata lain, there will be no more contract renewal. |
|
|
|
|
|
|
|
seripahzeripah replied at 20-1-2024 04:29 PM
Dato ce komen sikit tok..dengar cerita berskandal di tangga bersama dj lin...ikut jejak langkah view ...
Wow so hot!
|
|
|
|
|
|
|
|
ajeajelah replied at 20-1-2024 04:30 PM
Untuk netizen yang agak kurang pandai sikit, dj ni nature of business ni memang berasaskan KONTRAK. ...
@MatDeghem |
|
|
|
|
|
|
| |
|