Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie yang kebiasaannya berimej seksi kini tampil sopan dan berhijab telah menarik perhatian warganet.
Memetik OhBulan, dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, Zarina yang mesra disapa Anju dilihat sedang menikmati buah cocktail avocado yang dicicah dengan sambal belacan.
"Sangat lemak dan manis! Tekak Melayu, memang tak boleh hidup dengan sambal belacan. Kalau tak ada memang tak lengkap hidup".
Bagaimanapun, penampilan Anju yang mengenakan baju dan berhijab serba hitam itu telah mencuri perhatian warganet.
"Manisnya Anju bertudung".
"Anju pakai tudung macam perempuan Arab, lawa gila".
"Cantik Anju pakai tudung, semoga istiqamah. Amin".
Selain memuji kecantikan yang dimiliki pelakon berusia 36 tahun itu, ramai yang mendoakannya agar Anju kekal beristiqamah bertudung. |