View: 13031|Reply: 45
|
Erma Fatima Kesal Dengan Tajuk Berita Tempatan – ‘Janganlah Guna Tittle Pelakon, Kesian Industri Kami’
[Copy link]
|
|
Pelakon dan penerbit, Erma Fatima meluahkan rasa kesal terhadap pihak editor media tempatan kerana menggunakan tajuk berita yang kurang sesuai
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali memuat naik potongan akhbar yang bertajuk ‘6 ‘pelakon’ wanita bersama ‘Hot Daddy’ dituduh hari ini’.
Pengarah berusia 54 tahun itu berasa kurang senang dengan penggunaan perkataan ‘pelakon’ pada tajuk akhbar berita tersebut.
Menurut Erma, perkataan ‘pelakon’ tidak seharusnya digunakan pada tajuk berita berkenaan kerana seolah-olah memberi gambaran negatif terhadap anak seni.
Kalau setakat berlakon jadi extra harap janganlah hendaknya guna tittle pelakon tu ya. Kesian industri kami.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan juga warganet menyokong kenyataan Erma berikutan tajuk berita tersebut boleh menimbulkan tanggapan buruk terhadap industri hiburan.
Untuk info, sebelum ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua teman wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.
Mengikut pertuduhan, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, bersama dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, dituduh mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Sumber: IG Erma Fatimah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
elehh apa yang salahnya
betul la tu
awat nak terasa
mcm la keje pelakon tu mulia sangat hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu nak tulis apa? Pelakon kan tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah betul la penggunaan perkataan pelakon..
dah tu nak guna perkataan apa?
artis? bintang? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg komen ya betul dgn statemnt nenek lampir pun 2x5 je bangang...habis tu takkan nak letak "6 pendakwah wanita...blabla plak |
|
|
|
|
|
|
|
betullah istilah pelakon, yg skrg pun dah banyak mula dgn soft porn kan dalam industri di malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah pelakon. Pelakon porn kan. Tapi handsome jugak kan daddy ash tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat mcm mana kak Erma..
Ada yg berlakon satu drama jer pun org panggil pelakon cthnya bini mawi tu.
Yg dah tepu mcm si jering minda pun org panggil pelakon jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Extra pon mmg perlakon kan.abestu tu nk tulis apa?retis? |
|
|
|
|
|
|
|
Bintang lucah ok ke? Tp bintang ke? Cam malap je |
|
|
|
|
|
|
|
laaaaa...itu pun nak sentap? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon lah tu
Nama pun berlakon
Melakonkan watak
Lakonan yang dilakonkan oleh pelakon
Adoiii
Kau sekolah tak - Diva AA |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh apa bezanya pun drama melayu isley pun ada soft porn juga |
|
|
|
|
|
|
|
La....kena explain ke pelakon extra lalu lalang..penat kak |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kata ganti nama lain ke? Betullah tu.
Nama pekerjaan. Bidang yg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
NazRysha replied at 1-2-2024 11:06 AM
elehh apa yang salahnya
betul la tu
awat nak terasa
Mmg pelakon pun. Bukan dia tulis dramatis ke primadona ke |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke dunia seni itu luas dan liar? |
|
|
|
|
|
|
|
Cehhh ko pon buat drama berunsur soft porn… cuma kes drama ko tu zul je kena denda.. pelakon ppuan & pengarah penerbit x kena apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Celebrity porno? Influenzahh lucah? Artis drama lucah? Semua pun bawa maksud yang sama yakni pelakon... Cari duit dgn aksi haqaa gituu |
|
|
|
|
|
|
| |
|