View: 24375|Reply: 28
|
Hangpa Pandai Pergi Tadbir Pasukan Bola Dan Bayar Gaji, Bolehkah? - Sanusi Cadang SPRM Ambil Alih KDA FC
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini secara sinis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil alih pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) FC.
Kata beliau, ‘gangguan’ dilakukan SPRM dengan melakukan siasatan dan tangkapan ke atas beberapa individu termasuk CEO Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kononnya terlibat rasuah turut menjejaskan KDA FC.
“Saya cadang SPRM ambil pasukan bola sebab pandai sangat pi siasat, tuduh dan tangkap sana sini. Hangpa pandai pergi tadbir pasukan bola dan bayar gaji, bolehkah?
“Bila kita dah buat elok, saya ambil empat tahun dahulu boleh bayar hutang tapi dok kacau macam itu, rosak habis semua. Jadi akibatkan tak boleh bayar gaji,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini.
Beliau yang juga Presiden KFA berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tunggakan gaji dihadapi pemain dan pengurusan KDA FC.
Muhammad Sanusi pada pada masa sama yakin jika KDA FC terus dilanda masalah, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan kehilangan pasukan tersebut untuk musim depan bermula Mei ini.
“Ia sebab hangpa kacau, sukan tak boleh kacau macam itu. Apabila kacau seolah-olah keadaan buruk, maka pasukan bola pun terima nasib dan padahnya,” ujarnya.
Ujarnya, tuduhan yang dilakukan ke atas KFA sebelum ini akan turut terpalit kepada KDA FC.
“Orang bukan faham KDA FC dan KFA, mereka tahu pasukan bola sahaja. Bila dibuat tangkapan, dituduh ada rasuah padahal tidak ada maka penaja-penaja KDA FC pun lari,” jelasnya.
Mengulas mengenai tunggakan gaji dihadapi pemain dan pengurusan KDA FC, Muhammad Sanusi berkata, beliau tidak boleh mencampuri urusan kelab itu kerana ia telah diswastakan dan menjadi sebuah syarikat.
Namun, beliau dimaklumkan pengurusan KDA FC sedang berusaha menyelesaikan masalah tunggakan gaji tersebut serta berharap ia dapat diselesaikan segera.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Kah kah kah.. sop sanusi. Bila dia terang2 tak competence, dia kalih suruh lawan dia tolong selesaikan. Greater kedah konon. |
|
|
|
|
|
|
|
cadangan bodoh....
dia ni memang keluar kenyataan tak fikir dulu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Org kedah bangga dengan nusi.
KDA FC nak jadi tukang lobi projek Hang reject tu pasai la SPRM kacau KDA FC. |
|
|
|
|
|
|
|
CNY karaoke lagu apa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila la dia ni nak cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
Betulla sanusi ckp bukan rasuah. Rasuah ada balasan kepada pemberi. Diorang scammer, amik duit je tapi projek tender xkasi |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah dia cakap. Dah elok2 susun strategi, financial, sponsorship semua pastu ada org buat pertuduhan mcm2. Terpikir jugak yg buat pertuduhan tu ada provide bukti sahih ke tak atau sekadar hearsay? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada pun cite pasal nusi selain karaoeke...baru le ceria sikit walanon |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa pulak SPRM kena manage kelab bola. Dorang bukan gila kuasa macam politicians semua dia nak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang buat laporan tu company yg kena scammed dgn derang. Ingat dapat project sekali tak dapat dia mintak balik la duit tapi tak dapat kan so ini lah cara nya nak dapatkan balik. Depa suruh company ni masukkan ke dalam akaun KFA.
Kan ada thread dah sebelum ni .. MB akan bongkarkan scandal RM6 juta..ujung2 scandal presiden KFA rupanya ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Smlm berita psl loji air kedah x siap,harini berita psl rasuah pulak..hoii org kedah,hangpa x malu ka ada mb cokia camni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Supporter dia semua otak ikan emas. Haritu dia kata dia dah bayar SEMUA hutang SADA yg buat masa PH tadbir. Haritu tarif air naik, dia cakap lega, boleh la bayar hutang Federal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Walanon bukan paham pun apa sanusi tu ckp. Dia kan bebal. Dia tahu bila sanusi karoke je... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kelab daud bakar kan..dia pun dh senyap skang kt ig |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 8-2-2024 03:54 PM
Yang buat laporan tu company yg kena scammed dgn derang. Ingat dapat project sekali tak dapat ...
“Bila kita dah buat elok, saya ambil empat tahun dahulu boleh bayar hutang tapi dok kacau macam itu, rosak habis semua. Jadi akibatkan tak boleh bayar gaji,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini.
Kata² Nusi atas ni, macam ada kesinambungan pulak dgn kes duit 'ehem ehem' masuk akaun. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika SPRM jadik duduk bawah Agong (dibaca Johor), mau si Nusi ni telan balik apa yg dia cakap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|