View: 24736|Reply: 33
|
Editor Sarawak Report, Rewcastle-Brown Dipenjara 2 Tahun Fitnah Sultanah Terengganu
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri memerintahkan demikian selepas tertuduh didapati bersalah memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Beliau mengarahkan Rewcastle-Brown, 65, menjalani hukuman penjara dua tahun tersebut bermula tarikh sabit kesalahan iaitu hari ini.
Mahkamah sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap wanita Britain tersebut kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh dalam kes berkenaan.
Prosiding perbicaraan kes semalam dijalankan secara ‘in absentia’ atau tanpa kehadiran di bawah Seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah.
Rewcastle-Brown berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap wanita berkenaan berhubung fitnah dalam buku tersebut selain menuntut ganti rugi am RM100 juta.
Pada 23 September 2021, Rewcastle-Brown didakwa di Mahkamah Majistret di sini tanpa kehadirannya sebelum dia memohon untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K. Muniandy bagaimanapun menolak permohonan berkenaan pada 21 Jun tahun lalu.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
X paham aku status mat salleh ni? Rakyat msia ke apa? Rakyat msia ada org putih ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Malas nak komen kalau ada Sulatanah dan Sultaneh ni |
|
|
|
|
|
|
|
But bukan haritu mahkamah tinggi tolak saman sulatanah ke?
Ke U turn lepas tukar hakim?
Di Msia ini, anything can fly...semua boleh jadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Mat salleh ni dok uk kan...bertuah le dia nak datang msia semata2 nak serve her jail sentence.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bersalah so mmg editor ni mempitenah la ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 1 hal pulak rakyat nak menanggung makan minum kincin vera free dia ni
Suruh bayar denda, banned dia dari masuk malaysia dah la. Ini nak penjarakan dia. Banyak cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 8-2-2024 06:18 AM
Dah 1 hal pulak rakyat nak menanggung makan minum kincin vera free dia ni
Suruh bayar d ...
Tak perlu risau minah salleh ni tak lah bodoh nak serah diri. Setakat jatuhkan hukum je mahkamah kita mampu. Sajat yg dhaif pun tak mampu nak dicari , usah mimpi lah nak cekop Jho lo semua tu....shok sendiri boleh le |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dia ketawa baca berita ni di kejauhan. |
|
|
|
|
|
|
|
apakah yang dipitnahkan tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
Omputih pun membawang. Hal sultanah pun dia amiktau.. klo aku xkose.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia nak ke beli tiket flite ke msia semata2 utk dipenjara 2 tahun ? ermmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
dia antara yg bnyk share psl dalaman 1mdb
dlm netflix man on the run tu pun bnyk interview part die
btw umur 65 gmbr ats tu nmpk muda dia |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni jenis hati kering. Petang semalam rilek2 je dia komen panjang lebar pasal harta family taib & si ragdoll |
|
|
|
|
|
|
|
pasal related dgn IMDB juga...tak silap la kalau kes ni sama
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari zaman penjajah sampai lah dah merdeka nak harap omputih juga tolong jaga malaysia ni. Orang sendiri sibuk apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Makcik ni sewel.ko gaduh dngn PAS tetiba petik nama queen penyu.mendapat la kau. |
|
|
|
|
|
|
|
Yestana hantu. Membazir berbilion.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde ke gosip kuda putih dari alam sebelah tu puan brown?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|