|
Baru-baru ini, satu perkongsian gambar yang dimuat naik oleh pelakon serta usahawan yang juga adik kepada chef selebriti Fazley Yaakob, Raf Yaakob mendapat perhatian netizen.
Dalam gambar tersebut, Raf berkongsikan kepada umum mengenai aktivitinya makan bersama rakan-rakannya.
Ayuh sambung berborak, gelak dan tawa kemana sahaja kita pergi.
Melihat kepada gambar, kelihatan rakan-rakan Raf yang turut makan bersama dengan membawa pasangan masing-masing. Ini termasuklah Wawa Zainal dan Aeril Zafril.
Bukan itu sahaja, gambar tersebut juga menunjukkan sesi bergambar dimana pasangan masing-masing bermesra bersama pasangan.
Meskipun kesemua rakan-rakan Raf berpasangan, tetapi Raf yang keseorangan menunjukkan simbol hati sahaja.
Melihat diruangan komen, pelbagai reaksi yang diterima oleh Raf terhadap gambar tersebut.
"Sedih la tengok gambar ini".
"Tiba-tiba rasa sedih pula bile tengok gambar ni".
"Raff sorang je tiada partner".
"ercaya degan janji Allah.. Allah akan hadirkan seseorag yg terbaik bila tibe masanya. Doa yg baik2..Insha Allah"
Ada sesetengah dari netizen yang merasa sebak dan sedih apabila melihat perkongsian gambar yang dimuat naik oleh Raff.
Malah ada juga yang bergurau dengan menyatakan bahawa bekas isteri Raff yang sebenarnya mengambil gambar mereka semua dan sebab itulah Raff hanya membuat simbol berbentuk hati.
Sekadar rekod, sebelum ini Raf Yaakob menerusi laman Instagram miliknya, mengumumkan perpisahan dengan Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid atas dasar tiada persefahaman bersama.
|
|