CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3606|Reply: 22

Mengapakah Dunia Islam Berdiam Diri Krisis Libya

[Copy link]
Post time 21-3-2011 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Ketegangan di negara Libya tidak pernah terjadi dalam dunia sebelum ini. Seorang penjenayah dan tidak berakal telah membangunkan negara penindas selama 42 tahun dan membawa seluruh kelengkapan tenteranya untuk membunuh rakyat awamnya di samping memusnahkan negara sendiri. Anehnya dunia Islam berdiam diri menyaksikan jenayah kejam ini.

Apakah Al-Quran tidak mengarahkan memerangi kelompok yang bertindak zalim atas kumpulan yang lain dalam negara Islam? (Surah al-Hujurat, ayat 9)

Peperangan tidak diperlukan namun mengapakah pemimpin negara Islam, cendiakawan dan ahli politik berdiam diri? Mengapakah Pertubuhan Persidangan Islam menyepi? Mengapakah Liga Arab tidak memainkan peranan mereka?

Setidak-tidaknya negara Islam mampu mengiktiraf revolusioner secara rasmi manakala pemerintah Libya serta tali barutnya diakui sebagai penjenayah perang, kemudian mereka ini dihadapkan ke mahkamah antarabangsa.

Ini boleh memanaskan para revolusioner di samping memberitakan penjenayah Libya tidak mempunyai masa depan. Meskipun ia dapat memberikan kesan untuk menghadang jenayah, namun ia masih belum memadai.

Jelas sekali semua jenayah kejam tiada tandingan ini dilaksanakan ke seluruh kota-kota Libya dan orang awamnya dibunuh. Mustahil kerajaan ini dapat memerintah lagi di waktu mendatang, apakah mereka ingin mengiktiraf secara rasmi pemerintah seperti ini?

Umat Islam mengulangi hal yang sama di Yaman dan beberapa negara Islam yang lain. Jikalau pihak Barat kelihatan berpeluk tubuh bergembira menonton perkembangan yang memusnahkan dan membunuh negara Islam ketika menggulingkan kerajaan mereka, bagaimana pula halnya dengan umat Islam yang berdiam diri?

sumber : Macam Macam Ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 09:38 AM | Show all posts
apabila iman tidak ada di dalam diri, dunia yg sementara ini lebih di sayangi. takutkan kehilangan harta, kekayaan.

selagi itu liga arab berdiam diri..

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 12:48 PM | Show all posts
because we don't care. we only care when Muslims get attacked by non-Muslims.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 01:29 PM | Show all posts
kenapa org tak nampak campur tgn luar? tgn2 ghaib?

kenapa dorang gaduh2?after 40 over years baru nak perasaan dia tak bagus?

ingat...libya salah sebuah negara pengeluar minyak!
jadi...apa puncanya dorang kacau libya???? after iraq...libya n egypt pulak ke?

tengok....pagi ni harga minyak dunia naik ke turun???? naik...sebab apa? yahudi kurang ajar nih mainkan kita semua...

libya...dulu aman...damai...ekonomi okey...rakyat okey..sapa nak study oversea goverment bayar semua..tu yg ramai dtg malaysia...sebulan dpt RM8000.00 sapa mau bagi oo..

tapi now...abis..segalanya abis..musnah...
gaddafi jahat...aduhhh...dia nak amik komisen utk dia punya pasal la..standard la..
itu bukan duit rakyat..
now libya musnah...sapa yg untung sapa yg rugi????

untung...org barat..kapitalis barat..yahudi2..tycoon2 minyak!
rugi........rakyat libya khususnya...org arab am nyer serta masyarakat dunia ketiga...!

perlu ingat kenapa jadi mcm ni...main point dia oil and gas..!jgn plak sebab tak suka pemimpin kita buang...marahkan nyamuk kelambu dibakar...kini situasi di Libya tak ubah seperti pepatah melayu...menang sorak kampung tergadai!!!

pengajaran yg boleh diambil...org yg sebangsa dgn kita..lagi baik dari org luar..its in your blood..satu line..bangsa melayu!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 02:43 PM | Show all posts
kenapa org tak nampak campur tgn luar? tgn2 ghaib?

kenapa dorang gaduh2?after 40 over years baru  ...
sonsinsun Post at 22-3-2011 13:29


asyik salah yahudi je. orang arab tu yang bebal. nanti kau pergi arab kena lanyak dengan diorang takkan nak salahkan yahudi lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 03:21 PM | Show all posts
oh i see...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2011 03:30 PM | Show all posts
Reply 5# manap77


so sapa yg untung disebalik kekacauan didunia arab????? jawab...jawab...
apa yg naik disebalik kekacauan didunia arab???? jawab...jawab...

sapa yg control crude oil market???

dah memang dorang yg buat kacau bukan nak salahkan buta2 jek...aduh...abis org arab bangang?
memang dorang bangang sebab termakan dengan cakap yahudi!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 03:59 PM | Show all posts
Ooo.... i See......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 06:51 PM | Show all posts
Reply  manap77


so sapa yg untung disebalik kekacauan didunia arab????? jawab...jawab...
apa y ...
sonsinsun Post at 22-3-2011 15:30


masalah korupsi tu sebab perangai tamak diri sendiri je, salah diorang la. yg orang lain amik kesempatan tu dah memang lumrah manusia bila kita sendiri yg lemah dan tak jujur. mudah la dalam dunia ni kalau semua kesalahan dah siap2 kita cakap sume tu tangan2 ajaib yahudi. baik takyah ada undang2 macam tu. dah terang2 kerajaan arab memang patut tumbang sbb autokrasi melampau2. kat malaysia ni pun kita dok kutuk macam2 kerajaan. nanti kalau terbukti kak rosmah kantoi makan duit rakyat, boleh terima ke kalau nak kata semua tu bukan salah dia tapi salah tangan yahudi yg jadikan dia macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 09:48 PM | Show all posts
bangsa arab tu sendiri tak bersatu padu...

bangsa arab mendiami bumi ni dari pantai barat utara benua aprika... menganjur sehingga ke bumi mesir... bersambung sehingga ke semenanjung arab dan ke timur sehingga ke Iraq... Punya ler besau bumi arab ... tapi kalo mereka sendiri tak bersatu... cam ner mereka nak menang...

lepas tu, umat islam tu sendiri tak bersatu... tak yah ambik contoh jauh... contoh paling bak kat bumi Malaysia sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 11:55 PM | Show all posts
Pak Arab skrg tak bleh pakai sangat

terang lagi bersuluh Pakatan Salib mau minyak..
takde lain DAJAL akalu tak USA dan Britain tunjangnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 07:58 AM | Show all posts
asyik salah yahudi je. orang arab tu yang bebal. nanti kau pergi arab kena lanyak dengan diorang ...
manap77 Post at 22-3-2011 14:43

Cuba ko pegi Israel lak..diorang lanyak tak ko..sama je..dua dua bangsa ni perkauman dia kuat.....
Sepatutnya liga Arab dan OIC memainkan peranan mereka..kalau Barat boleh kontrol ekenomi kenapa tidak satu pun negara islam yang kaya dengan minyak  kontrol harga minyak tetapi menyerahkannya kepada OPEC....

Contohnya minyak dijual murah kepada negara islam tetapi mahal kepada negara bukan islam....
Kenapa saya berkata begitu :-
Barat tidak pernah memberi barang berkualiti dengan harga yang murah kepada mana mana negara islam tetapi boleh lak bagi diskaun kat negara negara sahabat.... Dari segi kualiti sistem pertahanan negara yang dijual kepada negara negara islam memang ketinggalan zaman.... banyak downgradednye...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 08:36 AM | Show all posts
apabila iman tidak ada di dalam diri, dunia yg sementara ini lebih di sayangi. takutkan kehilangan h ...
en_halil Post at 22-3-2011 09:38



    emm betul la
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 01:39 PM | Show all posts
Reply 9# manap77

haaa...apa makna duit rakyat tu? tahu ke?jgn ikut sgt ckp anwar kata duit rakyat la itu ini membazir...heheheheh


jawab cepat apa itu duit rakyat????
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 01:41 PM | Show all posts
Reply 11# srumut


senang ceita mcm ni la...org takkan buat sesuatu tanpa untung...lagi2 USA...
bukan nak tuduh tapi tgk la...itu yg terjadi...!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 01:42 PM | Show all posts
Reply 12# tempur

satu lagi dia taknak org islam lagi kuat daripada dia...tu yg beria-ia nafikan hak Iran utk dptkan kuasa nuklear!kenapa???? kenapa????
sebab yahudi takut kena bom dgn Iran..!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 01:55 PM | Show all posts
negara arab(islam) yg len tu ada kepentingan kat negara2 barat nun...
ingat donia jer...x hengat nak mati...
nak watper harta menda yg berbilion tuh, bkn leh bwa mati pon...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 03:10 PM | Show all posts
aku rasa pemberontak ngan NATO yang bunuh org awam kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 03:33 PM | Show all posts
Bilalah kerajaan Mesir nak putuskan hubungan dengna Israel nih....

Revolusi dah revolusi dah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 03:36 PM | Show all posts
asyik salah yahudi je. orang arab tu yang bebal. nanti kau pergi arab kena lanyak dengan diorang ...


ada puak2 tu suka sgt ber ana...ber ente..... tak takut kne lanyak ke dgn puak arab yg perkauman kuat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.068652 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list