View: 27338|Reply: 92
|
[Tempatan]
Pemuda Bergaji RM1,100 Ada Hati Nak Pakai Proton X70.Wajar atau tidak?
[Copy link]
|
|
Semua orang mengimpikan mahu memiliki kereta mewah di dalam kehidupannya. Namun, kita sering diingatkan untuk mengukur baju di badan sendiri kerana setiap orang mempunyai tahap kewangan yang berbeza.
Kereta-kereta di dalam pasaran berharga RM80,000 sudah dikira mewah dan memerlukan seseorang untuk mempunyai tingkat gaji yang tertentu sebelum boleh menguruskan komitmen bulanan dengan selesa.
Bagaimanapun, masih wujud segelintir individu yang kurang cakna perihal wang apabila masih mahu membeli kereta mewah meskipun hanya bergaji kecil.
Terbaharu, seorang pembantu jualan jenama Proton memperlihatkan satu tangkap layar WhatsApp di mana seorang individu bergaji RM1,100 mahu membeli kereta model X70.
Malah, pemuda itu seperti menekan pembantu jualan untuk membenarkan dia membeli kereta SUV mewah tersebut.
Wanita itu lantas memberitahu bahawa bulanan kereta X70 sahaja sudah mencecah RM1,200 jadi mana mungkin dia mampu membayar komitmen dengan gaji sebegitu.
Dalam pada itu, pembantu jualan itu turut mendedahkan bahawa ramai individu berusia sekitar 17 tahun hingga 21 tahun nak merasa kereta mewah seperti X50, Civic, Vios dan City.
Bila disarankan untuk mengambil Axia dan Saga kata tidak minat pula. Dia lalu mengatakan generasi sekarang mempunyai cabaran besar dalam pemilihan kereta kerana semua mahu nampak gah tetapi realitinya tidak mampu.
Hantaran wanita itu ternyata meraih perhatian netizen yang mana rata-ratanya hanya mampu geleng kepala dengan kehendak anak muda pada masa kini dalam pemilihan kereta. Mereka merasakan golongan muda banyak yang tidak berpijak di bumi nyata apabila mahu membeli kereta mewah dengan gaji yang kecil.
Sumber Gambar: TikTok @nfkyraaa |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni semua pompuan punya mind control |
|
|
|
|
|
|
|
kereta tu keperluan iya. Kalau jarang2 bawak dan sejenis malas keluar rumah pastu takda kepentingan, takyah beli pun takpa. Unless gaji chuols letops, nak tukar sebulan sekali pon ok sajork
bbnu mudah kena sindrom FOMO. Kalau pakai latest ifon dah kira terpaling vass gitoh. Kereta kena branded. Sama macam ex-staf kat tempat meols la sibuk nak beli ifon tapi hagham tak reti guna ifon yihhh sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sedar diri....rasa dah hebat sangat kerja tu.
Adik angkat aku yang Indon tu busuk busuk RM2,500 sebulan. Dia dah ambil lesen sekarang nak beli Honda Civic nak angkut awek Melayu katenye |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 2024 ada lg yg percaya cerita rekaan mcm ni?? Sah2 la content nk promote dia agent proton. Alahai. Mana ada org bodoh gaji 1100 nk x50. Kalau myvi ke aku percaya lg |
|
|
|
|
|
|
|
Mentaliti rakyat malaysia masih berfikiran kereta lambang kejayaan/kekayaan sedangkan ramai je yang betul-betul kaya pakai kereta biasa-biasa, hidup aman damai bebas hutang. Yang gaji tak seberapa je biasanya suka berhutang sana sini nak nampak mewah/kaya. Pinjam sana sini lepas tu bila opr naik salahkan kerajaan zalim, salah yahudi kapitalis, salahkan bank makan riba. Sendiri punya bingai tak sedar |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rasa mcm demi content je ni. TETAPI memang ada yg macam ni. Atas demi gaya akhirnya papa kedana. |
|
|
|
|
|
|
|
berangan tu tak salah
yg salah kalau tak buat kira2
ada satu dak ni muda belia baru abis skola keje bakery
tapi first car dia nak angkat ativa dgn alasan senang bwk mak ayah dia jalan2
kdg2 bbnu ni bila dia dapat pay slip ada basic + ot total 4 angka nampak byk nau di mata dia
tak congak2 lak cost petrol rotex insurance maintenance fee segala
|
|
|
|
|
|
|
|
Cheap marketing pon category CI ka hanat?
Way back '07 festaim aku beli keta pn dah reti guna car loan calculator tuh nk bajet² pakai keta apa
|
|
|
|
|
|
|
|
Anggaplah ini hasil daripada cita-cita Mahathir dengan kereta nasionalnya. Setiap rakyat Malaysia perlu ada at least sebiji kereta.
Buka kilang kereta tapi market cuma di Malaysia. Buang duit spend utk R&D sebab tak balik modal kerana market kecik. Korea Selatan pun ada industri kereta tapi mereka eksport ke negara lain termasuk amerika. Tiada siapa mahu import kereta proton di luar negara kecuali third world countries.
Paling membimbangkan adalah normalisali perbelanjaan yang besar rakyat Malaysia untuk loan kereta berbanding dengan pendapatan. Ada orang yang sanggup habiskan 1/4 daripada gaji utk installment kereta. Orang ini sebenarnya sama ada tak layak membeli kereta atau beli kereta yg di luar kemampuan mereka. Ada sesuatu yang tak kena dengan prioriti hidup dan kesedaran kewangan orang ini.
Berbelanjalah ikut kemampuan. Nasihat yang mudah tapi ramai orang masih tak faham. |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 4-5-2024 10:41 PM
berangan tu tak salah
yg salah kalau tak buat kira2
After sales yg pening kepala sebenarnya. Bulan2 tu dah siap bajet sebelum sign agreement lagi boleh tolak tepi siap2. Insurans walau setahun sekali je setahun awal dah kena kumpul. Servis 3x setahun dah sama rege dgn insurans. Situ pun dah double costnya.
Budak2 reti tak pasal ni ehhh. Main sauk je beli. Dah tua ni komitmen hutang la paling elak |
|
|
|
|
|
|
|
X70 memang tak wajar sebab design tak sesuai dgn orang muda
X50 ke S70 ke design wise ok lagi la sebab nampak sporty |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 5-5-2024 06:41 AM
berangan tu tak salah
yg salah kalau tak buat kira2
iols ada kazen penah tnya dia nk beli first car nk gi keja.. iols nasihat ko beli je keta second hand dulu yg mampu byr..nk gi keja je kan? pastu nanti income dah stabil,gaji dh byk ko beli la keta lain... now bkn dh ada keta baru je siap dh bole beli rmh lg... okla heols dgr nasihat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Layak pkai moto jer dik. Jadah nak x70 pulak |
|
|
|
|
|
|
|
dulu keje slip gaji rm1k+, kelisa pun x lepas tu 15 tahun lepas , bulanan pun dlm rm300+ |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 5-5-2024 02:58 AM
Tak sedar diri....rasa dah hebat sangat kerja tu.
Adik angkat aku yang Indon tu busuk busuk RM2,500 ...
2500 nak beli civic??? Tak sedar diri betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sales person mcm ni tak bagus, suka² nk share whatsapp prospect mcm tu. Budak tu pun tanya elok². Budak muda skrg ramai yg belum tahu reality. Tak semua ada family or background yg boleh bg info. Dh dia tanya jwb and educate je lah. Tak perlu buat baham posting utk jadikan bahan umpat. Sbb tu org pegi beli dgn bangsa lain sbb diaorg pandai tackle and bg solution secara matang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beli aja jika nak sangat. Guna sebulan dua pun tak apa janji kereta sendiri! |
|
|
|
|
|
|
| |
|