View: 46573|Reply: 231
|
Hisyam Hamid dan isteri sudah bercerai setahun lalu? Ini jawapan tuan badan
[Copy link]
|
|
Pelakon berasal dari Singapura, Hisyam Hamid akui masih belum bersedia untuk memberi komen berkenaan dakwaan bahawa dia dan isterinya, Rosmawati Hanafi atau Mel sudah bercerai.
Menerusi satu temu bual, aktor berusia 38 tahun tersebut berkata dia perlu mengambil kira banyak faktor penting sebelum mengulas lanjut tentang isu ini.
Hisyam bagaimanapun berkata dia bakal mengeluarkan kenyataan berkenaan dakwaan tersebut namun ketika ini dia mahu menjaga hati dan perasaan dua anak mereka.
Tambah Hisyam, setiap rumah tangga pasti tidak lari daripada berdepan dengan masalah dan sudah tentu ada pasang surutnya.
"Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya belum bersedia nak beri komen perkara ini. Saya akan beri kenyataan bila sampai masanya."
Ujar pelakon Ariana Rose tersebut, hubungannya dengan Mel tetap baik malah wanita berkenaan masih menjadi pengurusnya dan mengatur kerjaya seninya seperti biasa.
"Hubungan kami sampai sekarang okay dan Mel masih menjadi pengurus saya. Kami juga keluar bersama dengan anak-anak pada Aidilfitri, baru-baru ini. Cuma ada perkara yang ‘personal’ (peribadi) yang saya belum boleh komen lagi."
Hisyam turut akui tidak terkejut dengan spekulasi tentang rumah tangganya dan sedar ia sudah berlegar sejak setahun yang lepas.
"Saya faham sebagai ‘public figure’ semua orang nak tahu mengenai perkara itu (isu rumah tangga). Saya tak terkejut pun sebab perkara itu sudah lama diperkatakan. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya mengenai perkara itu dan ramai juga yang turut mendoakan kami."
Dalam pada itu, Hisyam berkata dia berterima kasih kepada rakan wartawan dan semua pihak yang menghormati serta memahaminya dalam hal ini.
Untuk rekod, Hisham berkahwin dengan Rosmawati pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.
SUMBER : Harian Metro/Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
uishhh....anak2 dah besar weiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
dapnya heolssssssssssss... emmmm! |
|
|
|
|
|
|
|
Bercerai ler tu kot xpun berpisah je belum
jatuh talak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jawapan macam tu, dah bercerai la tu...
Kalau tak bercerai, tak de nya nak jawab camtu... |
|
|
|
|
|
|
|
HH ni kawen muda la kan. now umo 38.
anak sulong umo 17 tahun. meaning heols ni umo 21 dh ade anak |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan mcm nak tunggu
the right time to disclose |
|
|
|
|
|
|
|
helok lagi heols walau udah 38.. bini dia dah nampak tua dah.. tp hisham ni dgn anak2 tu nampak cam abang je.. jambu betul heols |
|
|
|
|
|
|
|
macam jawapan irma hasmie arituh
sayangnya lahai bercerai, anak2 dah besar panjang
ada skandal ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
baru 38? selama ni ingatkan lbh krg mat aron dah 40an.
dah berpisah la tu kalau dak mau merempan org ckp dah cerai berai pdhal elok lagi berbini.
|
|
|
|
|
|
|
|
jiran iols ada sorg gini
tgi, slim fit
nampak muda dan rsnya plg2 pun umur dia early 40s
anak2 ramai like 5 or 6 gitu
yg sulung baya2 ank hisyam ni la
|
|
|
|
|
|
|
|
not another sondol menyondol eh
berangkai2 plk |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki handsome ade rupa pun hidup tak bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
So dah cerai la ni... Makin hot la lepas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap ada video leak hisham hamid |
|
|
|
|
|
|
|
Bercerai tapi masih jadi manager..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah jumpa he depan depan herlok jugakkk |
|
|
|
|
|
|
|
heols kawin awal, tak silap dalam 19-21 tahun camtu. Rasanya masa tengah sambung belajar kat kolej KL/Singapore. Eh adik dia pon ada yang belajar kat mesia kan. Rasanya diorang ni ada je sedara belah2 JB sana, sebab dia ada embah (nenek) keturunan jawa. |
|
|
|
|
|
|
|
tahun lepas umur 38 tahun ni pun masih 38..
macam nekta pulak umur tersangkut di skala 30++++
|
|
|
|
|
|
|
| |
|