CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10405|Reply: 113

[Tempatan] [VIDEO] Selamba masak mi segera di stesen minyak. #108, Polis buka kertas siasatan

[Copy link]
Post time 13-5-2024 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-5-2024 12:13 AM

[VIDEO] Selamba masak mi segera di stesen minyak

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... a-di-stesen-minyak/

Oleh KOSMO!
13 Mei 2024, 10:02 am



Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan individu ‘berkelah’ di sebuah stesen minyak di Genting Highlands mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit dua saat yang tular di media sosial mendapati, beberapa individu bertindak melepak di stesen minyak tersebut sambil memasak mi segera.

Di dalam video itu turut kelihatan terdapat sebuah kereta peronda memasuki stesen berkenaan berikutan terdapat ramai individu berkumpul di stesen minyak tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan kumpulan terbabit yang tidak menghiraukan keselamatan dengan menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak selain turut mengganggu pengguna lain.

“Kalau dah buat ‘gathering’ begini habis orang nak isi minyak tu macam mana? Berseronok tanpa susahkan orang tak boleh ke?,” soal Annaz.

“Memasak berdekatan dengan stesen petrol? Perangai pelik-pelik jelah puak ni. Dahlah api terbuka pulak tu, sebelah bahan mudah terbakar. Elok sangatlah tu. Harap kena saman,” kata User.

“Buat sesak. Menyusahkan orang lain nak isi minyak. Entah minta kebenaran pemilik stesen minyak ke tak. Kalau tak ada kebenaran, paling kesian cashier (juruwang). Mesti kena maki sebab tak halau dan biarkan geng ni lepak situ,” kata Akhmar.

“Langsung tak fikir keselamatan orang lain. Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas dekat mereka ini,” kata Mann. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 11:08 AM | Show all posts
eee tk malunya mcm tkde otak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak² sunat laser.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah dekatnya dengan pam minyak dia pakai dapur gas macam tu. Ingatkan duduk kat hujung2 pagar stesen minyak yang luas dan jauh dari pam. Sedangkan handphone pun kena denda dan boleh masuk penjara kalau guna dekat pam minyak. Satu kerja pulak nak kena buat sign dilarang memasak di stesen minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 11:23 AM | Show all posts
dak dak hikers ke tuuu? hmmmm tak berhagakkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 11:50 AM | Show all posts
bingai betul...
pastu acah2 bangga buat kelaku gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh ehh memasing.menyusahkn orang lain.dh la sempit
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling penting staff stesen minyak tu tgk aje ke??
Bese sesak² mcm ni cepat aje dorg suruh disperse sbb nk bg laluan kt customer nk isi minyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada adik bradik acik porom ka dlm ramai² tuh..
Kasi sekeh sikit
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 12:19 PM | Show all posts
Elok diangkut tidur 1 malam kat balai baru berakai.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gen manja
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 12:29 PM | Show all posts
ni sbb tgk video reen rahim tu kan, tiba2 semua nak ikut trend... jadah la diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 12:42 PM | Show all posts
angkut lepas tu suruh depa masak maggi dalam lokap. Masakkan untuk anggota balai sekali
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Generasi skg mmg ramai yg sengal? Cari sorg2 dlm vid ni kasi saman
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
She-Ra replied at 13-5-2024 11:23 AM
dak dak hikers ke tuuu? hmmmm tak berhagakkk

Takde tmpt hiking kot kat atas genting highland tu. Puncak gng situ dah jadi tmpt pencawang telekomunikasi rasanya & jadi kwsn larangan. Kat area goh tong tu ade la kwsn mendaki. Tu pun kwsn private property juga  
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 13-5-2024 12:29 PM
ni sbb tgk video reen rahim tu kan, tiba2 semua nak ikut trend... jadah la diorg ni

Reen rahim masak megi gak ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 01:13 PM | Show all posts
mujur melayu yg buat kalo bangsa lain dah tak cukup 10pages kena maki
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu tak de duit nk mkn luar sampai nk kena bawak dapur masa bercuti, dok rumah je lahhh.....

Tak paham aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 01:17 PM | Show all posts
perlu dikenakan tindakan undang2 kerana membahayakan orang awam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Daratnya. Bahaya pulak tu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.110874 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list