View: 8811|Reply: 68
|
[Tempatan]
MPP Uitm seru siswa pakai hitam bantah kemasukan bukan bumiputera
[Copy link]
|
|
MPP Uitm seru siswa pakai hitam bantah kemasukan bukan bumiputera
https://www.malaysiakini.com/news/705599
Diterbitkan: May 15, 2024 2:59 PM
Dikemaskini: 2:59 PM
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyeru mahasiswa di universiti itu memakai pakaian hitam esok sebagai membantah rancangan membuka UiTM kepada pelajar bukan bumiputera.
Mereka turut meminta mahasiswa memuat naik gambar bersama tanda pagar #MahasiswaUiTMBantah di platform media sosial sebagai menyokong kempen yang dilancarkan sejak semalam.
“Objektif penubuhan UiTM adalah untuk memastikan mahasiswa kurang berkemampuan dalam kalangan bumiputera untuk mendapat akses di pengajian tinggi.
“Kami sebulat suara menyokong agar UiTM kekal dengan objektif asal penubuhannya iaitu untuk melindungi dan memajukan mahasiswa bumiputera sebagai benteng pertahanan keistimewaan dan kemajuan bangsa,” katanya.
Pada 25 April lalu, portal berita kesihatan Codeblue melaporkan Anggota Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN Raja Amin Raja Mokhtar sebagai berkata UiTM bersetuju membuka laluan kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di situ.
Raja Amin mendedahkan universiti itu bersetuju membuka program berkenaan secara sementara kepada tujuh graduan bukan bumiputera.
Isu ini timbul apabila pelajar yang terlibat dalam Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) ditolak permohonan mereka dalam Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR) oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berikutan sijil itu tidak diiktiraf.
UiTM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini turut meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti mereka menerima pelajar antarabangsa sekarang.
Pada 8 Mei, Naib Canselor UiTM Shahrin Sahib berkata universiti itu tetap komited mempertahankan Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya membenarkan kemasukan pelajar bumiputera ke institusi berkenaan.
Bagaimanapun, Shahrin berkata UiTM akan menerima apa sahaja keputusan kerajaan yang mendapat restu Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Mahasiswa PKR menyifatkan kenyataan MPP UiTM sebagai “gimik” untuk menakutkan bumiputera.
Jurucakap mereka, Afi Asif berkata MPP UiTM sepatutnya menjelaskan punca permasalahan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataanyang akan mengakibatkan kekeliruan buat mahasiswa serta orang awam, khususnya golongan bumiputera.
“Hal yang berbangkit berkenaan dengan kampus UiTM bakal dibuka sepenuhnya kepada bukan bumiputera adalah tidak benar dan songsang sama sekali.
“Walhal pihak Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah memberikan kenyataan rasmi berkenaan ini,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi jer la...Msia Madani kan KERAJAAN PERPADUAN.....apa nk dibeza bezakan sesama rakyat Msia ni semua...PRK KKB pung elok jer Melayu bg undi...yg ni kenapa pulok nk dibeza bezakan..... |
|
|
|
|
|
|
|
sikit2...jgn diberi ruang dan peluang nanti semua disapu |
|
|
|
|
|
|
|
semua depa nak sapu. ingat kita ini pergi india ke china dapat x hak sama rata. indonesia cukuplah |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 15-5-2024 03:29 PM
sikit2...jgn diberi ruang dan peluang nanti semua disapu
tak baik tau..x tunjukkan KJAAN PERPADUAN langsung |
|
|
|
|
|
|
|
perpaduan la sangat klu nak minta kerja hanya layan yg fasih mandarin sahaja
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 15-5-2024 03:42 PM
perpaduan la sangat klu nak minta kerja hanya layan yg fasih mandarin sahaja
PERPADUAN adalah..'lu olang saja ikut kita olang...kita olang tak payah ikut lu olang'-Ah Bank |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan non bumis memang boleh masuk UiTM ke? Bukan memang dah hada kuota 5% ka 10% gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
sbg alumni UiTM, esok aku pakai hitam. |
|
|
|
|
|
|
|
balik ni kena carik baju hitam |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik aku memang dah hitam |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 15-5-2024 03:47 PM
Bukan non bumis memang boleh masuk UiTM ke? Bukan memang dah hada kuota 5% ka 10% gitu?
itu mrsm rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
iols bukan alumni uitm. tp iols pn nk pkai hitam la esk |
|
|
|
|
|
|
|
Raja amin bapak alicia? Dulu kes domestic violent pukul mak alicia, raja amin minta ringan hukuman sbb ada kencing manis darah tinggi. Pakar jantung tak control bp level sugar level ke? Ke sbb penyakit keturunan?
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ALUMNI UiTM..
BANTAH SEKERAS2NYA CADANGAN NI..
HARAM JADAH KEPADA SAPA YG SETUJU DGN CADANGAN NI |
|
|
|
|
|
|
|
Pakaian hitam x pe, jangan hati hitam. |
|
|
|
|
|
|
|
Xde masalah.. selalu pun baju aku hitam putih. Alumni uitm kena bg sokongan, lantak p makcik2 forum nk kata apa pun |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 15-5-2024 08:11 AM
itu mrsm rasanya
Oooooooo gitu panjang o aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 15-5-2024 03:11 PM
Bagi jer la...Msia Madani kan KERAJAAN PERPADUAN.....apa nk dibeza bezakan sesama rakyat Msia ni sem ...
Cadangan non bumi masuk kursus kardiotoraks ni cdangan profesor felo Akademi Sains la bodoh,takde kena mngena pun dgn kjaan..ntah2 prof yg bagi cdangan tu barua PN yg saja nak mainkan isu kaum. |
|
|
|
|
|
|
| |
|